Peluang Untuk Bahagia 3

10.6K 387 17
                                    

20 tahun berlalu...

2016,

JAM tangan dikerli sekilas sebelum dia mengeluh dengan kuat sekali. Tangan kanan mengibas wajah yang sudah panas membahang. Bukan panas kerana cuaca tetapi panas kerana menunggu seorang hamba Allah yang berjanji ingin berjumpa dengan dia namun belum lagi muncul.

Ini bukan bukan pertama kali hamba Allah itu buat begini kepada dia. Biarkan dia tunggu beberapa jam. Yang paling lama dia menunggu hamba Allah itu adalah hamper 2 jam! Siapa tak bengang?

"Heih! Mana mamat ni? Aku dah setengah jam tunggu dia dekat sini. Kata habis kelas pukul 2. Sekarang dah pukul berapa dah." Dia mula merungut seorang diri.

Sekali sekala senyuman diukir bila ada rakan-rakan kampusnya yang lalu dihadapan dia. Kalau dia tahu lelaki itu lewat begini, lebih baik dia pergi solat Zohor dulu. Tak ada la buang masa dengan tercongok dekat tepi student centre kampus dia ini.

"Hai."

Cepat saja kepalanya menoleh apabila terasa seperti ada seseorang yang menegurnya. Bukan terasa tetapi memang ada orang menegur dia pun. Dahi berkerut kerana tidak pernah melihat lelaki itu.

Ya. Yang menegur dia itu adalah seorang lelaki. Dan pelajar sama kampus dengan dia mungkin. La! Memang pelajar sama kampus dengan dia la sebab lelaki itu memakai kad pelajar yang sama.

"Ha-hai."

Tiba-tiba saja jadi gagap membalas teguran lelaki itu. Senyuman aneh terukir dibibirnya. Sungguh dia tidak benar nampak lelaki itu. Bagaimana lelaki itu tiba-tiba saja boleh menegur dia?

Lelaki itu tersenyum manis. "Awak Kayla, kan?"

Semakin pelik Kayla bila nama dia juga diketahui lelaki itu.

"Ha'a." Itu saja yang dibalas oleh dia. Dia bukan biasa sangat bercakap dengan lelaki melainkan dari Adam. Hanya Adam saja yang buat dia selesa.

Iyalah mana tak buat dia selesa kalau membesar pun sama-sama. Dah macam belangkas pun ada.

"Saya Haris. Cousin Adam. Lupa ke?" Haris memperkenalkan diri. Senyuman lebar tidak lekang dari bibirnya. Kayla juga tidak lepas dipandang.

Lama Kayla diam. Cuba untuk mengingati lelaki bernama Haris itu.

"Haris?" Dia mula tersenyum lebar saat teringat akan lelaki itu.

Betullah lelaki itu sepupu kepada Adam. Masih ingat dia setiap kali cuti sekolah tentu Amir dan Zarina akan pulang ke kampung di Melaka untuk melawat nenek Adam. Dan secara tidak sengaja tentu dia dan Adam akan bermain bersama dengan Haris. Tetapi itu ketika dia dan Amir masih sekolah rendah. Sejak dah sekolah menengah sehingga sekarang, Amir dan Zarina tidak membawa dia dan Adam pulang ke kampung lagi kerana mereka berdua sibuk dengan pelajaran.

"Okay, baru saya ingat. Haris yang tinggal dekat Melaka rumah Nenek tu kan?"

Haris mengangguk laju. "Tak sangka dapat belajar satu kampus dengan awak. Sebab, Adam tak ada cakap pun awak belajar dekat sini juga."

Setahu Haris, Kayla ini adalah anak angkat kepada bapa saudaranya, Amir. Kedua ibu bapa Kayla meninggal sejak kecil lagi. Dan itu sahaja yang dia tahu. Yang lain tidak tahu.

"Oh." Bagi Kayla tiada masalah kalau Adam tidak memberitahu bahawa dia turut belajar di sini. Dia dengan Haris bukan ada kaitan apa-apa pun.

"Weh, Kayla!"

Mereka berdua berpaling mendengar suara itu. Kelihatan Adam berlari anak mendekati mereka berdua dengan nafas tercungap-cungap. Wajah lelaki itu jelas keletihan dan kepenatan kerana berlari mungkin.

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now