Peluang Untuk Bahagia 10

7.6K 297 10
                                    

KEPUTUSAN peperiksaan akhir yang terpapat di dada skrin handphone dipandang tidak percaya. Berkali-kali matanya digosok dan ditenyeh supaya apa yang dia nampak sekarang ini adalah benar dan bukan khayalannya. Dan, untuk memastikan itu semua bukan mimpi. Mata dikecilkan dan handphone didekatkan lagi untuk melihat jelas. Sungguh dia tidak percaya. Tidak lama kemudian, senyuman terukir lebar dan terus bertukar menjadi sorakkan yang kuat. Tidak lupa juga dia mengucapkan kata syukur dan Alhamdulillah.

Tanpa membuang masa, Kayla bangun dari buaian dan terus berlari laju masuk ke dalam rumah. Kelibat Puan Zarina dicari.

"Umi!"

Puan Zarina yang sedang mencari sesuatu di dalam peti itu terus tegak berdiri bila jeritan Kayla bergema satu banglo ini. Cepat-cepat dia mendapatkan Kayla yang berlari laju ke arahnya bersama wajah ceria. Berlainan pula dengan wajah dia yang jelas terkejut dan kerisauan.

"Kayla, kenapa ni? Berlari sambil jerit bagai?"

Kayla berhenti dihadapan Puan Zarina. Perasaan gembiranya tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Yang dia mampu sekarang hanya tersenyum dan ketawa girang.

"Umi. Kayla kan Kayla-" tidak dapat dia meneruskan kerana terlampau teruja dan gembira. Dia sangat puas hati sekarang ini!

Dahi Puan Zarina berkerut. "Okey, okey. Now, take a breath and release it slowly."

Kayla terus buat apa yang disuruh Puan Zarina. Perasaan gembira sehingga dia terlupa cara mahhu bernafas dengan stabil dan tenangkan diri. Selesai, dia tersenyum lebar.

"Now, tell me apa yang buat anak Umi happy sampai macam ni sekali."

Segera Kayla tayang handphone kepada Puan Zarina bersama senyuman tidak lekang dari bibirnya. Kalau boleh, sekarang juga dia mahu berlari satu taman kawasan banglo keluarganya sambil menjerit gembira.

Disebabkan terkejut, handphone Kayla dirampas dan dipandang penuh tekun. Dia tidak percaya. Kemudian, Kayla dipandangnya pula sebelum dia terus memeluk tubuh itu erat. Kepala Kayla dikucupnya sayang. Kedua-dua pipi Kayla dipegang dan dia tersenyum lebar juga.

"Betul ke ni, sayang? 3.95? Anak Umi dapat pointer 3.95? Ya Allah!" Kayla ditarik balik ke dalam pelukan selepas anak gadis itu mengangguk. Mengalir air matanya kerana terharu.

Bukan tidak pernah Kayla dapat pointer sebegitu. Boleh dikatakan setiap sem pasti Kayla akan dapat dekan. Tidak kalah dengan Adam juga. Kedua-duanya sama bijak dan pandai. Dia bersyukur. Tetapi keputusan terakhir ini buatkan dia lagi bangga kerana keputusan kali ini menentukan Kayla sama boleh atau tidak dinobatkan sebagai naib chanselor atau ANC. Sudah lama dia dengar itu adalah impian Kayla untuk Ijazahnya kali ini. Ketika Diploma, Kayla tidak dapat mencapai impian itu. Dan sekarang, impian itu sudah jadi kenyataan. Dan Kayla dapat menaiki pentas dengan disarung selempang sempena kejayaannya sebagai pelajar UKM!

"Ya Allah! Tahniah anak Umi. Umi tahu Kayla boleh buat. Impian Kayla dah tercapai, nak. Umi bangga sangat dengan Kayla."

Kayla turut mengalirkan air mata kegembiraan. Ya! Itu impiannya sejak pertama kali melangkah ke peringkat Ijazah. Dan dia tidak akan ulangi perkara sama ketika di peringkat Diploma. Jatuh sekali bukan bermakna dia akan jatuh selamanya. Masih ada banyak lagi dihadapannya yang dapat buatkan dia bangkit. Impian tetap impian. Sepayah mana harus dia capai, dia tidak akan putus asa dan terus bersemangat.

"Thanks, Umi. Berkat doa Umi. Kalau Ayah dengan Ibu ada, tentu dia orang bangga dengan Kayla macam mana Umi bangga sekarang. Kan, Umi?" Dalam gembira, terselit juga kesedihan yang mensayukan hatinya.

Di saat dia berjaya, orang yang paling penting dalam hidupnya tiada disisinya lagi. Di saat dia menjadi insan berguna, dia tidak dapat lagi membalas jasa kedua orang tuanya. Hanya doa saja yang dapat dia lakukan. Sayu mencengkam jiwa.

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now