5 bulan kemudian...
BACAAN Yaasin tidak henti dibaca sebanyak tiga kali. Sudah lama dia bertandang di kubur arwah. Selama itu juga air mata tidak kering mengalir seiring dengan bacaan Yaasin. Walaupun rasa sebak, bacaan tetap diteruskan. Sesekali batu nisan dipegang. Tidak dapat sembunyikan rasa sebak dan sedih di dada. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan dia begitu juga dengan arwah yang telah pergi.
Walaupun tidak sempat bahagia lama, namun dia tetap rasa secebis kebahagiaan apabila bersama dengan arwah. Biar sekejap, sudah banyak memori yang terlakar dan tersemat didada. Bersyukur tetap bersyukur. Kasih sayang yang diberikan tidak kurang untuk dirinya ketika arwah masih hidup. Dia masih dapat rasa kasih sayang dari arwah. Kasih sayang tidak ternilai.
Setiap hari doa akan dititipkan buat yang berada di sana, yang telah kembali semula kepada Maha Pencipta. Tidak henti juga dia berdoa agar suatu hari nanti dapat dipertemukan bersama arwah di sana.
Banyak ujian yang ditempuhi dan dilalui. Namun dia tetap bersyukur kerana diberikan kesabaran biarpun akhirnya kecewa. Dia tidak salahkan takdir. Mungkin ini sudah tertulis yang dia bukan seperti orang lain. Bahagianya sekejap.
Air mata diseka. Bacaan kali terakhir dihabiskan. Senyuman nipis diukir.
Dia berpaling ke kiri. Kali ini air mata jatuh lagi. Kubur kecil dihadapan menyapa pandangan.
"Anak Mama."
Nur Kasih Afika Binti Ahmad Adam Firdaus.
Anaknya yang telah pergi belum sempat melihat dunia. Belum sempat melihat wajahnya. Hati ibu mana yang tidak sedih dengan kepergiaan yang seperti ini?
"Sayang, Mama. Elok-elok ya duduk dekat sana? Mama dekat sini sentiasa doakan Kasih. Kasih tetap anak pertama Mama sampai bila-bila. Sayang adalah bukti cinta Mama dengan Papa." Bibir dikemam sekejap meredakan sebak didada.
Kiri dan kanan adalah orang yang telah meninggalkannya. Orang yang dia sayang, semua telah pergi buat selamanya.
Andai dia masih mengandung, tentu sekarang dia sedang menunggu saat untuk melahirkan. Tetapi, itu cuma andaian semata-mata. Hakikatnya, anaknya sudah pergi ke syurga.
"Tenanglah sayang dekat sana."
Batu nisan kecil itu dikucup sayu.
"Mama sentiasa rindukan anak Mama. Nanti kita jumpa di syurga ya? Tunggu Mama."
"Tunggu Papa juga."
Kayla toleh. Terus senyuman lebar terukir sebelum dia menangis teresak-esak dan segera memeluk lelaki itu.
Ya. Lelaki itu, Adam Firdaus. Suami dia.
Ini adalah lelaki yang membuatkan dia paling bahagia. Alhamdulillah, selepas koma selama seminggu Adam sudah sedar dan kembali pulih.
Apa yang berlaku 5 bulan lepas tidak sama apa yang dijangkakan. Selepas sahaja dapat panggilan dari Akid, di mana Adam seperti orang hampir hilang nyawa membuatkan dia tergesa-gesa ke hospital. Walaupun dalam keadaan pantang, dia tidak kesah.
Sampai di wad, dia ingin terkam masuk ke dalam namun dihalang. Doktor masih lagi membuat pemeriksaan ke atas suaminya. Dia berada di luar hanya mampu menangis semahu-mahunya. Tidak terucap dengan kata-kata rasa sakit dan pilu mencengkam hati.
Saat itu, dia fikir Adam akan meninggalkannya buat selamanya. Meninggalkan janji yang akan sentiasa berada disampingnya menghadapi setiap ujian dan dugaan bersama. Dia meronta semahu-mahunya. Tidak sanggup jika hari itu adalah hari terakhir jasad Adam berada di atas bumi.
Encik Amir, Puan Zarina dan Akid tidak sudah-sudah menenangkan dirinya. Dia kerap memukul dada sendiri kerana sangat sakit dengan apa yang terjadi. Dia berharap agar Adam sedar dan sembuh. Namun lain yang jadi.
YOU ARE READING
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]
RomanceLelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak apabila ditiup secebis rasa cinta di dalam hati. Semuanya diluar kemampuan setiap man...