SHAWL yang sudah siap digosok dicapai dan terus diletak ke atas kepala sebelum dililit kemas. Lipmate tersusun cantik di atas make up desk pula dicapai dan dicalit sedikit pada bibir. Pergerakan tangan mula perlahan apabila bayangan kemesraan antara Adam bersama Lara terlintas di benak fikiran. Serta merta dia dapat rasakan hatinya pedih. Lagi pedih bila Adam dengan selamba menyuruh dia pulang sendiri semata-mata lelaki itu mahu menghantar Lara pulang.
Kayla menyentuh dadanya yang berdebar sedikit. Tidak tahu sebab apa. Tetapi yang dia tahu hatinya sakit sangat. Dia memejam mata rapat.
"Kayla, kau tak boleh ada rasa macam ni. Adam tu dah kau anggap macam family sendiri. Ingat, kau dengan dia hanya kawan baik. Tak lebih dari tu dan kau tak boleh berharap lebih daripada tu." Mata dibuka semula memandang diri sendiri melalui cermin yang berada dihadapan.
Kayla mengeluh perlahan.
Penat dengan diri sendiri. Penat untuk menghalau perasaan yang tiba-tiba muncul untuk lelaki bernama Adam. Dia tidak tahu sejak bila perasaan seperti ini wujud untuk lelaki itu. Dia sendiri juga tidak perasan bila dia jatuh pada kawan baik sendiri.
Sebolehnya dia tidak mahu perasaan ini ada pada dirinya. Tidak mahu! Dia bimbang jika perasaan sebegini boleh menyebabkan hubungan baik dia bersama Adam akan hancur dengan mudah.
Dia sayangkan Adam. Dan, dia harap sayang dia terhadap Adam hanya sekadar kawan baik dan tidak melebihi dari itu. Mulai hari ini dia akan cuba untuk menghalau perasaan seperti itu lagi. Kali ini dia akan nekad untuk mencuba. Adam juga sudah mempunyai pilihan hati sendiri.
Sebelum perasaan sayang dia terhadap Adam sebagai kawan baik berubah menjadi sayang lain, lebih baik dia cegah awal-awal. Mencegah lagi baik dari merubati. Dia tidak mahu merubati diri sendiri kelak kerana kecewa. Lebih baik dia mencegah.
Nafas ditarik dalam dengan mata terpejam. Lama dia menahan nafas sebelum dihembus lembut sambal mata juga turut dibukanya. Diri sendiri direnung.
"Okay, Kayla Raihana! You can do it! Lupakan perasaan tu dan kau boleh hidup dengan tenang. Anggap saja itu adalah mainan perasaan! Yeah! I can do that!" Tangan dikepal erat sambil bersorak kecil. Yakin yang dirinya boleh menghalau perasaan itu terhadap Adam.
Bersama semangat baru, dia mencapai beg galas yang sudah siap dikemas segala keperluan untuk ke kampus. Jam tangan yang lupa dipakai terus dia ambil dan dipakai pada pergelangan tangan kiri. Tidak sempurna gaya dia tanpa jam tangan. Terasa kosong saja.
Pintu bilik dibuka dan dia terus laju turun ke bawah. Ruangan dapur dituju. Kayla tersenyum manis melihat Puan Zarina yang asyik menyediakan sarapan. Wanita yang masih lagi belum sedar akan kehadirannya itu dihampiri secara senyap.
Cup!
Pipi kanan wanita itu dikucup laju sehingga terperanjat Puan Zarina dibuatnya. Wanita itu menggosok dadanya kerana terkejut dengan tindakkan Kayla yang mengejut juga itu.
"Kayla. Terkejut la Umi. Heish, budak bertuah ni tak sah kalau tak usik Umi kan? Hari ni kelas pagi ke?" Sambil membebel, cawan berbunga dari almari dicapai dan dibawa ke meja makan.
Kayla tersengih. Dia suka bila dapat mengusik Puan Zarina. Tambahan pula kalau dia dapat mengusik Encik Amir, lagi la dia geli hati. Dalam hati, dia sentiasa bersyukur kerana kasih sayang kedua orang tua itu tidak pernah berkurang walaupun dia sekadar anak angkat dalam keluarga ini.
Malah, yang buat dia lagi terharu adalah bila Encik Amir dan Puan Zarina tidak pernah memarahi dia. Tinggikan suara pun tidak. Dia dilayan dengan baik sekali sejak kecil. Sejak Ayah dan Ibunya meninggal.
YOU ARE READING
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]
RomanceLelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak apabila ditiup secebis rasa cinta di dalam hati. Semuanya diluar kemampuan setiap man...