RALIT sekali Kayla memandang suaminya yang leka memandu. Dahi berkerut kerana hairan wajah lelaki itu tenang saja biarpun sekarang mereka sedang menujuk ke klinik Doktor Zaharil. Semalam dia habis pujuk lelaki itu untuk pergi buat pemeriksaan lagi. Adam yang sakit tapi dia pula yang bersungguh-sungguh mahu buat pemeriksaan.
Walaupun sedang kusyuk memandu dan memakai Reyban, Adam perasan yang dirinya sedang direnung Kayla tidak henti-henti.
"Kenapa tengok abang macam tu? Ada yang tak kena ke?"
Lambat-lambat isterinya itu menggeleng.
"Abang."
"Hmm?"
"Boleh tak kalau Kayla tak panggil abang dengan panggilan 'abang' tu?"
Permintaan Kayla mengerutkan dahi Adam.
"Kenapa?"
"Emm, i think macam tak sesuai la sebab kita kan sebaya." Pada Kayla, panggilan itu tidak sesuai buat mereka.
Dia juga kekok hendak memanggil Adam begitu. Selama ini asyik aku kau dan awak saya. Bila kena panggil begitu rasa janggal. Lagipun mereka sebaya.
"Then nak panggil apa? Tak nak eh awak saya. Abang tak suka." Awal-awal lagi Adam memberi amaran. Jari telunjuk digoyang kiri dan kanan tanda dia tidak suka.
Kayla tergelak.
"Kayla dah fikir semalam."
"Semalam? Amboi! Okey. Apa panggilan yang sesuai untuk kita?"
"Bie? Boleh kan?" Kayla beri cadangan. Macam sweet saja bila dapat panggil Adam begitu.
"Bee? Lebah?"
Soalan polos dari Adam diketawakan Kayla sepuas-puasnya. Adui! Kenapa suaminya ini? Tak pernah dengar ke panggilan macam tu? Umur dah masuk 28 tahun pun otak beku lagi.
Ops! Terkutuk.
Dia masih ketawa.
"Bukan lebah la. Awak ni. Bie tu singkatan bagi hubby. Ada pula lebah. Macam tak pernah bercinta pula." Ayat terakhir dia hanya menggumam sendiri.
Ingat yang Adam pernah bercinta dengan Lara, hatinya dijentik cemburu. Benarkah hati Adam sudah tidak menerima Lara? Sedangkan Adam sudah lama bercinta dengan perempuan itu. Dari zaman universiti hinggalah Adam dah bina rumah tangga bersamanya.
Walaupun masih ragu-ragu, dia kuatkan hati untuk percaya. Adam itu baru saja berubah. Banyak lagi masa yang perlu dia beri kepada lelaki itu.
"I still can hear that, dear. Jangan nak ungkit tentang dulu, okey? Abang tak suka." Tegur Adam serius.
Tidak suka bila Kayla menyebut tentang itu. Kerana dia tahu, isterinya itu akan kecewa lagi. Bila ingat masa lalu, tentu saja perbuatan dia pada Kayla juga dia akan ingat. Begitu juga dengan Kayla.
"Not abang. Bie." Segera Kayla membetulkan. Teguran Adam diendahkan.
"Tak nak la Bie. Apa kata panggil Hubby terus. And untuk Kayla, i'll call you Honey? Lain dari yang lain, kan? It's that good, right?"
"Hubby and honey?"
Adam tersenyum apabila melihat isterinya disebelah seperti teruja sangat dengan panggilan itu.
"Yup. Hubby and Honey. Comel kan?"
"Oh okey macam ni. Honey tu kita tukar ejaan. Kita eja H.U.N.N.Y. Nak tak?"
Semakin lebar senyuman Kayla melihat anggukan Adam. Adam pandang Kayla.
"So, start from today you're my hunny bunny. Cute kan? My hunny bunny pipi bulat." Ujar dia seraya mencubit-cubit pipi kanan Kayla
YOU ARE READING
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]
RomanceLelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak apabila ditiup secebis rasa cinta di dalam hati. Semuanya diluar kemampuan setiap man...