Peluang Untuk Bahagia 38

11.3K 367 29
                                    

ADAM menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan. Cuba menenangkan diri sendiri apabila Rin mengatakan yang Encik Amir memanggil dia untuk bertemu di bilik orang tuanya itu. Jarang sekali Encik Amir memanggilnya ke bilik kerja kecuali perkara yang sangat penting saja.

Bertambah gelisah mahu bersua dengan ayah sendiri kerana sejak dari peristiwa Encik Amir memarahinya disebabkan dia telah menghalau Kayla. Bermula dari situlah Encik Amir tidak bercakap dengannya. Usahkan bercakap, bersua pun tidak mahu. Cepat saja ayahnya itu menjauh bila dia tiba di rumah orang tuanya itu.

Tangan bergerak perlahan mengetuk pintu bilik kerja Encik Amir. Dalam otak ligat memikirkan apa yang penting sangat sehinggakan dia dipanggil ke sini.

"Masuk."

Mendengar suara itu, terus tangan memulas tombol pintu. Sebelum melangkah masuk ke dalam, kepala dijengul terlebih dahulu.

"Baba panggil Adam ke?" Soalnya sambil kepala saja yang dijengul ke dalam.

Encik Amir mengangat wajah dari memandang kertas di atas meja kerja. Wajah serius dihiasi dengan senyuman selepas terpandang wajah Adam.

"Oh, Adam. Masuk. Baba ada something want to discuss with you." Kerjanya ditinggalkan sebentar dan dia mula bergerak ke arah ruangan sofa. Single sofa didudukinya.

Adam masuk ke dalam dan menurut saja Encik Amir. Sofa berhadapan dengan ayahnya itu diduduki.

Hairan.

Wajah Encik Amir tidak setegang seperti biasa sebelum ini bila bertemu dengan dia. Malah, wajah itu ceria dan bibir tersenyum kepadanya. Sedikit agar terkejut bila ayahnya itu mengangkat wajah dan memandangnya dengan senyuman. Pelik.

"Baba nak bincang apa?"

"Macam ni. Minggu ni Adam busy tak?"

Adam berfikir sejenak. Dahi berkerut.

"Not sure. But nanti Adam tanya Rin. Sebab Adam pun tak ingat schedule Adam sendiri. Kenapa tu Baba?"

Terangguk-angguk Encik Amir sebelum menjawab pertanyaan anaknya itu.

"Actually, lusa Baba kena outstation dekat Terengganu because of our company dekat sana ada sikit problem yang kena settle. You know, kita kan baru je buka cawangan KM Snd. Bhd. dekat sana? Banyak pula masalah. But, tiba-tiba pula Baba terpaksa hadir meeting tergempar dekat Pahang. Hari yang sama. So, i need your favour untuk ke Terengganu and then settle the problem. Kalau tak pergi kita tak tahu apa masalah yang ada dekat sana. So, can you?"

"Hmm. Insha Allah. Adam tak janji. Nanti Adam check my schedule and confirm dengan Rin dulu macam mana. Pergi sana dalam berapa hari?"

"Three or four days. But depend on our problem dekat sana. Kalau Adam boleh settle dengan cepat, so cepat la Adam boleh balik."

Dalam diam, Encik Amir menyembunyikan rancangannya. Dia bukan sengaja ingin membiarkan Adam ke sana. Dan dia tahu Kayla berada di sana. Dia juga bukan mahu mendedahkan di mana keberadaan Kayla, tetapi sengaja mahu melihat usaha Adam mahu mencari Kayla. Kalau benar Adam sekarang sedang mencari Kayla, sudah tentu di mana-mana saja Adam akan mencari. Itu adalah merupakan satu peluang yang sangat besar untuk Adam mencari Kayla. Jika Adam tiada rasa bersungguh, maknanya Adam tidak mahukan Kayla lagi.

Adam balas senyum sambil mengangguk. Dia terdiam. Rasa ingin bertanya tentang adakah Encik Amir masih memarahinya? Tetapi risau pula andai mood ayahnya itu terus berubah. Dia juga mahu bertanyakan kepada Encik Amie sekiranya Encik Amir tahu di mana keberadaan Kayla.

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now