Peluang Untuk Bahagia 56

10.3K 351 19
                                    

LARA tahan memerit yang terasa. Nafas juga sudah tidak teratur dengan stabil. Tangan cuba meleraikan cengkaman pada lehernya yang kuat. Terbatuk-batuk dia kerana tidak cukup nafas. Wajah mual berubah pucat.

"Har-Haris! Lep-lepas! Ohok! Ohok!"

Bersusah payah tangan Haris cuba dileraikan dari terus mencekik lehernya. Kuat sekali tangan lelaki itu. Urat-urat hijau ditepi dahi Haris jelas kelihatan.

"You gi-gila ke?!" Dalam suara tersekat-sekat dia menyoal.

"Ya! Memang aku gila! Berani kau tarik diri dari plan aku?!" Mata Haris bertukar menjadi merah. Bengis Lara dipandang.

"Lepaslah gila!" Lara mengangkat kaki mendendang perut Haris.

Terlepas sahaja genggaman Haris dari leher, terus diraba-rabanya. Dia cuba menenangkan diri sendiri. Untuk berlari pergi dia sudah kehabisan tenaga. Tidak kuat untuk lari dari sini. Sudah lama dia didera lelaki itu selepas sahaja dia mahu menarik diri dari rancangan Haris.

"You dah gila Haris! Hentikan perbuatan you! I nak tarik diri sebab plan you tak masuk akal. You nak bunuh Adam, Haris!"

"Ya! Aku memang nak bunuh dia. Aku nak hapuskan dia dari dunia supaya Kayla jadi milik aku seorang!"

"Then, kenapa you marah bila i ugut you i nak bunuh Kayla? Our situation sama! You sayangkan Kayla dan I sayangkan Adam. Kita sama-sama tak nak hilang orang kita sayang. Tapi you! You selfish! You nak bunuh Adam? Then I? You ingat I akan biarkan you bunuh dia?"

Gila! Makin lama dia kenal Haris dia tahu yang lelaki itu gila! Dia memang jahat, tapi tak gila seperti Haris! Sanggup membunuh!

Haris ketawa besar.

"So? Kau memang tak nak ikut plan aku?"

"Yes!"

"Okey."

Haris bermundar mandir di dalam ruangan itu. Lama, sebelum dia kembali menoleh dan mendekati Lara.

"Kau tak nak aku tak kesah. But, plan untuk aku bunuh Adam aku akan teruskan."

"Haris!"

"What? Selagi jantan tu hidup, aku tak akan dapat Kayla kau faham tak?!"

"Jangan jadi pembunuh Haris! I tahu i jahat. I taburkan fitnah! I-"

"Lara! Kau tak payah nak bercakap macam kau tu baik. Membunuh lebih baik dari menfitnah kau tahu?!"

Lara telan liur terasa payau.

Itulah Lara! Kau tak tahu apa-apa pasal agama tapi berlagak!

"Kenapa kau senyap?"

Haris mula mendekati Lara. Jari mengelus lembut rambut Lara yang sedikit keperangan itu kemudian dihidu perlahan.

"Kau nak join aku atau tak? Kalau tak, nyawa Adam kesayangan kau tu aku akan habiskan."

Lara memalingkan wajahnya ke kanan mengelakkan jari Haris dari terus mengelus rambutnya. Rasa takut mula dia rasai.

Haris tersenyum sinis.

"Kau tak nak? Fine! Nampaknya terpaksa lah aku bunuh kau sebab of course kau akan sebarkan tentang plan aku. Kan?"

Terbuntang mata Lara. Apa Haris merepek?

Perlahan-lahan Haris membawa tangan kanannya ke belakang. Dan tanpa amaran dia mula mengeluarkan pisau yang sentiasa dibawa bersamanya.

"No! Haris jangan buat I macam ni! I muda lagi!"

"Kalau kau tak nak aku bunuh kau. Ikut cakap aku!" Pisau itu dibawa ke leher Lara bersama senyuman sinis.

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now