SENYUMAN paling mesra Kayla hadiahkan kepada semua tetamu jemputan yang hadir di dewan tempat persandingan dia dan Adam. 3 jam sudah berlalu dia dan ahli keluarga Adam berada di sini. Dia bersyukur kerana ramai yang datang dan semua berjalan dengan lancar. Cuma ada beberapa segelintir tetamu bertanya tentang namanya kerana hairan bila nama yang disebut Adam tadi berbeza dari apa yang tertera pada kad jemputan. Dan itu dia serahkan kepada Adam untuk menjawab bila setiap kali ditanya. Pandai-pandailah lelaki itu kelentong. Itu bukan masalah dia.
Bersama dress pengantin berwarna ungu, bersusah payah Kayla berjalan tambah pula dengan heels semakin buat dia terseksa hendak berjalan. Paling dia hairan, kenapa dia tidak tahu semua yang berlaku hari ini sedikit pun dia tidak tahu. Baju akad nikah, cincin dan baju bersanding semuanya bukan milik Lara tetapi miliknya. Ketika Puan Zarina melarang dia dari memakai baju bersanding Lara, dia berasa pelik. Rupanya, ibu angkatnya itu telah sediakan baju yang lain untuknya. Hanya warna yang sama. Syukurlah kerana sekurangnya dia tidak memakai apa yang sepatutnya Lara pakai. Lega hatinya bila Puan Zarina buat semua itu. Kasih sayang ibu angkatnya itu langsung tiada kurang.
Bangku panjang berwarna putih yang tersedia di tepi dewan Kayla hampiri dan duduk disitu menghilangkan rasa lenguh pada kaki kerana banyak berdiri. Rimas pun ada dengan dress kembang yang dipakai. Dengan make up lagi. Kayla melepaskan lelah disitu. Adam dibiarkan entah ke mana.
Kayla termenung.
Betulkah semua ini? Benarkah yang dia sudah sah menjadi isteri Adam?
"Semua ni macam mimpi je."
Suasana meriah dewan diperhati. Masih ramai tetamu walaupun sudah hampir petang. Majlis bermula jam 2 petang dan sekarang sudah hampir jam 6 petang namun tetamu seperti tidak mahu henti saja datang ke sini.
"Kayla."
Kayla berpaling. Terkaku. Tidak semena-mena matanya berair. Dadanya sebak melihat gerangan itu.
Haris datang!
"Haris."
Kayla dihampiri dengan senyuman nipis tetapi cuba dimaniskan. Tidak mahu Kayla nampak kesedihannya. Untuk datang ke sini selepas majlis akad, berkali-kali dia fikir. Tetapi akhirnya kaki jejak ke sini juga. Tidak tahu atas tujuan apa, tapi hati meronta ingin melihat Kayla.
"Hai. Selamat pengantin baru."
Lekas Kayla bangun berdiri. Mata sudah merah kerana menahan dari air mata mengalir. Terasa sakit hatinya melihat wajah Haris tidak seceria dulu. Wajah Haris penuh dengan kebohongan. Berbohong yang lelaki itu kuat dan tidak kesah tetapi dia tahu, Haris sangat kecewa. Dan penyebab kecewa itu adalah dia!
"Sorry sebab datang tak bagitahu."
"Haris."
"Shhh, ini majlis perkahwinan awak dengan Adam. Jangan menangis." Suasana dewan Haris pandang sekilas. "Grand. Awak pun cantik. Bila awak pakai macam ni nampak macam the real princess. My princess."
Akhirnya air mata tumpah jua. Semakin sebak bila Haris menggelarkan begitu. Gelaran yang tidak ubah.
"Haris, saya-"
"Don't say sorry. As i said, i'm fine with this. I can handle it. You don't have to worry. Now, you just have to focus on your newlife as a wife. Adam's wife. Remembered that."
Kayla gigit bibir.
Ya Allah! Haris, kenapa awak sabar sangat? Kenapa awak tak tunjuk je perasaan awak sebenar? Tolong cakap dekat saya yang sekarang ini awak sedang marah. Jangan buat saya rasa semakin bersalah bila tengok muka awak yang tenang tu.
YOU ARE READING
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]
RomanceLelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak apabila ditiup secebis rasa cinta di dalam hati. Semuanya diluar kemampuan setiap man...