Peluang Untuk Bahagia 18

6.1K 289 11
                                    

ADAM gelisah. Fail bertimbun di atas meja yang memerlukan tanda tangannya dibiarkan begitu. Hari ini, satu kerja pun dia tidak lakukan. Bagaimana hendak buat kerja kalua sudah tidak senang dan gelisah saja. Orang lain kalau hendak kahwin dalam masa lagi 2 minggu lagi bergembira kerana tidak sabar menanti hari yang bersejarah itu. Dia juga tidak sabar, tetapi hatinya lebih kepada gelisah.

Skrin iPhone ditenung dan WhatsApp yang dihantar dari Lara dibaca beberapa kali sebelum dia mengeluh gelisah. Rasa ingin meraung saja saat ini. Kenapa Lara buat dia begini? Majlis perkahwinan mereka hanya tinggal 2 minggu saja lagi. Sudah tidak lama bukan?

Pagi tadi dia dikejutkan dengan WhatsApp dari Lara yang mengatakan gadis itu sudah berangkat ke Paris kerana ada perkara penting yang hendak diselesaikan. Dia tidak faham, apa yang lagi penting dari perkahwinan mereka berdua?

Sekali lagi pesanan WhatsApp itu dibaca bersama kerutan dahi.

Lara

-Adam. I'm sorry. I tak boleh nak teruskan perkahwinan kita.
-I'm really sorry.
-I'm on flight now and akan fly ke Paris in a few minutes.
-Adam. I pergi ke sana sebab ada perkara yang perlu settle. Maybe tak sempat before our wedding.
-So, I decided untuk batalkan our wedding and I bukan nak tangguh.
-But I nak putus dengan you.
-I tak boleh kahwin dengan you.
-I merayu pada you, mohon batalkan perkahwinan kita.
-Jangan contact I lagi.
-Bye

Adam senyum sinis kerana sakit hati baca setiap bait yang dihantar oleh Lara. Mudahnya gadis itu pergi meninggalkan dia dan memaksa dia batalkan perkahwinan mereka. Tidak sedarkan Lara bahawa dia sangat sayang dan cinta pada gadis itu? Lara adalah segalanya pada diri dia.

iPhone digenggam kuat seiring dengan rasa sakit hati yang mencengkam.

"Kenapa you buat I macam ni, Lara? You tahu yang I cintakan you!"

Dia mula menyerabutkan rambutnya. Dia tertekan! Majlis lagi 2 minggu tetapi pengantin perempuan buat hal lari ke Paris!

Adam mendengus. Hendak menghubungi Lara dan paksa gadis itu berterus-terang dengannya tidak boleh kerana Lara masih lagi berada di dalam flight. Nak tak nak dia kena sabar sehingga Lara tiba di sana. Dan kemudian dia akan terus menghubungi gadis itu. Dia mahu Lara berterus-terang sebab kenapa gadis itu batalkan perkahwinan mereka berdua.

Apa yang buat Lara putuskan pertunangan mereka?

Dia ada buat salahkah?

Tak! Dia yakin dia tiada buat salah kerana baru sahaja beberapa lepas mereka berdua keluar bersama dan Lara kelihatan sangat gembira. Tiada apa yang berlaku antara mereka berdua. Jauh sekali mereka berdua bergaduh. Tiba-tiba Lara buat keputusan yang mengejut ini.

Dan, kenapa baru sekarang? Kenapa bukan mereka berdua menetapkan tarikh perkahwinan mereka berdua? Kenapa sebelum mereka berdua sudah membuat segala persiapan untuk perkahwinan mereka berdua? Kenapa 2 minggu sebelum majlis berlangsung baru Lara buat keputusan begini?!

"Lara."

Buat pertama kali hatinya kecewa hanya disebabkan seorang perempuan yang sangat dia cintai! Pertama kali di dalam hidupnya dia merintih kerana seorang perempuan bernama Lara!

Air mata lelaki yang hendak mengalir lekas diseka apabila pintu bilik pejabat diketuk dari luar.

"Masuk."

Terus pintu itu dibuka dari luar dan Intan merangkap PA mula masuk ke dalam bersama segaris senyuman. Adam membalas senyuman.

"Maaf mengganggu Encik Adam. Tapi, lawyer yang Encik Adam suruh saya hubungi semalam, dia dah sampai."

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now