"ISH! Kurang ajar betul!" Iphone dibaling kuat ke atas katil sehingga terpelanting jatuh ke atas lantai. Duduknya dihempas pada hujung katil bersama naik turun nafas dengan laju. Kesabarannya sudah tiada had lagi.
Lara mencengkam cadar sebelum dia bangun dan menarik cadar yang elok terhampar itu. Rambut diserabutkan. Semua rancangnya mahu memilik Adam sia-sia saja! Adam tak lagi percayakan dia!
"Siap kau Kayla. Aku akan pastikan Adam akan bencikan kau sekali lagi!"
Iphone dikutip semula sebelum handbag bernama Channel dicapai dan dia berlalu keluar dari tempat beradunya. Dia mahu pergi ke pejabat Adam dan berjumpa dengan lelaki itu. Apa nak jadi, jadilah! Dia mesti buat Adam percayakannya semula.
Sampai saja dipejabat Adam, lekas dia turun kereta dan masuk ke dalam. Tanpa menghiraukan secretary Adam yang berada diluar, laju saja langkahnya menuju ke bilik lelaki itu. Tidak kesah apa yang akan jadi.
Rin terus bangun bila kelibat Lara melepasi mejanya dengan selamba saja.
"Heih perempuan ni! Tak habis-habis susahkan aku la!" Pantas dia mengejar Lara.
"Miss Lara, wait!"
Mendengar namanya dipanggil, Lara mendengus kuat. Pintu bilik Adam laju dibuka memandangkan dia sudahpun sampai dihadapan bilik itu. Senyuman manis yang diukir sebentar tadi mengendur semula digantikan pula dengan kerutan didahi. Kelibat Adam tidak kelihatan. Yang ada cuma meja, kerusi dan sofa yang terhias diruangan itu.
"Miss-"
"Mana Adam?" Rin dipandang tajam.
"Itu sebab sebelum serang masuk, Miss Lara kena berjumpa dengan saya dulu." Rin menjeling Lara geram. Degil, kepala keras macam batu!
"Mana dia? Jawab boleh tak? Nak membebel pula!"
"Encik Adam tak ada. Dia cuti."
"Cuti? Dia pergi mana?"
"Mana la saya tahu dia pergi mana. Yang saya tahu sekarang ni Miss Lara kalau tak ada apa-apa lagi, Miss boleh keluar. Jangan buat hal lagi."
"Eh!" Bahu Rin ditolak kasar. Lara mencerlung memandang gadis itu.
"Mulut kau tu jaga sikit. Aku datang nak jumpa dengan tunang aku. Better kau bagitahu aku dia pergi bercuti dekat mana."
Terbuntang mata Rin bila diperlakukan begitu. Main kasar!
"Miss Lara, saya cakap tak tahu maknanya saya tak tahu."
"Macam mana kau boleh tak tahu? Kau tu secretary dia and you should know semua tentang dia. Ke mana dia pergi dengan siapa dia pergi. Secretary jenis apa kau ni?! Bagitahu aku sekarang."
"Saya cakap tak tahu."
"Ka-"
"Rin."
Lara dan Rin sama-sama terdiam. Gerangan pemilik suara itu dipandang dengan pandangan gerun.
Lara menelan liurnya. Wajah Encik Amir menyapa matanya tika ini. Mungkin sudah lama orang tua itu memerhatikannya.
Encik Amir mendekati dua gadis itu.
"Apa yang kecoh-kecoh ni?" Rin dipandang. Dia berpura-pura tidak tahu biarpun hakikatnya dia telah mendengar pergaduhan sebentar tadi.
Rin menunduk sedikit.
"Maaf, Encik Amir. Miss Lara dia datang cari Encik Adam. Tapi Encik Adam tak ada. And bila saya cakap tak tahu Encik Adam pergi mana, Miss Lara tak percaya pula." Jawab Rin sambil mengadu. Kesempatan dalam kesempitan. Biar padan dengan muka Lara! Berlagak sangat. Bila dengar suara Encik Amir, tahu pula kecut perut.
YOU ARE READING
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]
RomanceLelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak apabila ditiup secebis rasa cinta di dalam hati. Semuanya diluar kemampuan setiap man...