Peluang Untuk Bahagia 43

10.8K 386 20
                                    

SECAWAN kopi diletakkan di atas meja yang berada diantara ruangan sofa. Kemudian, Puan Zarina mengambil di atas sofa berselahan dengan Encik Amir. Itulah yang sering dia lakukan bila nampak saja Encik Amir sedang duduk berehat. Kalau tidak disediakan air, memang tidaklah suaminya mahu bancuh sendiri.

"Abang."

"Hmm."

"Tu, saya ada buatkan air kopi untuk awak."

Isterinya dipandang bersama senyuman manis.

"Awak ni asyik bagi saya minum air kopi je. Kena potong kaki nanti awak juga yang susah."

"Tak ada maknanya kena potong kaki. Saya buat kurang manis tu. Macam tak pernah minum pula."

Encik Amir ketawa kecil mendengar bebelan dari isterinya itu. Pantang diusik sikit, terus membebel mengalahkan nenek tua.

"Oh, ya. dah lama saya rasa Adam tak datang sini? Abang ada tanya dia tak kenapa dia tak datang? Saya rindu dengan dia."

"Rindu? Eh, tak silap saya baru tiga hari lepas dia balik sini. Itu lama awak cakap?" Tergeleng Encik Amir.

Baru saja tiga hari lepas Adam datang melawat mereka di rumah ini. Itu pun sebaik saja anak lelaki mereka baru pulang dari Terenggu terus singgah di sini terlebih dahulu. Dia ada juga memberi cadangan kepada Adam supaya terus tinggal di sini. Adam tinggal di sana juga bersendirian selepas Kayla dihalaunya keluar. Tetapi tidak tahu kenapa sukar benar anak lelakinya itu mahu kembali tinggal disini semula. Dengan alasan, sunyi rumah itu kalau ditinggalkan.

Puan Zarina menjeling.

"Lama la tu. Awak tak apa lah hari-hari tengok muka Adam dekat office tu. Saya ni nak nampak muka dia sekali seminggu pun susah. Tak tahu apa yang seronok sangat tinggal dekat sana seorang diri pun saya tak tahu la. Awak cuba la pujuk dia tinggal dekat sini."

"Saya dah cuba dah. Dia cakap kalau dia tinggal dekat sini, nanti rumah dia tu sunyi tak ada orang. Dah itu yang dia jawab, saya nak pujuk macam mana lagi? Awak macam tak kenal anak awak tu. Lepas dia tahu perkara sebenar soal Lara tu, terus sikap dia jadi berubah."

Kata-kata Encik Amir diiyakan Puan Zarina. Perasan, sikap Adam memang lain selepas daripada kejadian itu. Nak sulungnya itu suka sangat termenung sendiri. Bila ditanya, Adam akan jawab sedang termenungkan Kayla. Parah sungguh! Tidak lain tidak bukan, Adam masih terasa bersalah buat Kayla begitu.

Pandai buat pandailah tanggung. Dia sudah pun menemukan Adam dengan Kayla. Kalau Adam anak yang bijak, Adam akan gunakan peluang itu dengan sebaik mungkin. Untung saja dia sayangkan Adam, kalau tidak memang tidak beri sedikit peluang pun kepada anak lelakinya itu untuk bertemu dengan Kayla dan meminta maaf.

"Lepas dia balik dari Terengganu hari tu, dia ada cerita apa-apa tak dekat abang? Fasal dia dengan Kayla?"

"Tak ada la pula."

"Abang tak ada tanya dia?"

"Tak. Biarlah dia buka mulut cerita sendiri. Abang malas nak ambil tahu. Cukuplah kita bagi dia peluang berjumpa dengan Kayla. Yang lain-lain tu pandai dia la urus sendiri." Ujar Encik Amir seraya mencapai cawan dihadapannya.

"Saya kesian kadang-kadang tengok anak kita tu. Dia suka termenung sekarang sebab fikirkan kesalahan dia pada Kayla."

"Memang kesian. Abang pun kesian juga. Tapi nak buat macam mana? Masa dah berlalu. Dah tiga bulan dah berlalu. Sekarang dia pun dah sedar. Kita biarkan dia selesaikan dan betulkan dengan baik. Pandai buat pandailah dia tanggung and fix everything."

"Itulah-"

Bicara Puan Zarina terganggu. Bunyi loceng pintu utama yang ditekan dari luar mematikan percakapannya. Suaminya dipandang.

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now