MAKANAN ikan ditangan dilempar ke dalam kolam ikan sedikit demi sedikit. Walaupun begitu, fikiran menerawang dan melayang ke arah lain. Sekali sekala keluhan dihela lembut. Selepas majlis annual dinner KM Sdn. Bhd., dia tidak lagi mendengar khabar tentang Kayla. Menantunya itu juga tiada menelefonnya.
Sudah 2 hari berlalu. Itu yang membuatkan hati tuanya resah. Sudahlah begitu, Kayla pulang dari annual dinner tanpa pengetahunnya. Kayla sedikit tidak memberitahu kepadanya yang mengatakan menantunya itu mahu terus pulang ke rumah Adam.
Puan Zarina berasa tidak sedap hati. Ketika annual dinner, hanya sekali dia bersemuka dengan Kayla. Itu pun ketika awal kedatangan Kayla ke hotel tersebut. Dia baru saja ingat mahu menjamu selera bersama Kayla dan juga Adam. Kecil hatinya bila dapat tahu Kayla dan Adam sudah pulang.
"Assalamualaikum."
Suara Encik Amir menyedarkan dia.
"Waalaikumussalam. Saya dekat kolam ikan ni."
Tidak berapa lama, kelibat suaminya mula kelihatan. Encik Amir menghampiri Puan Zarina.
"Awal abang balik."
"Hari ni tak ada apa yang penting pun. Itu yang balik awal."
"Oh. Dah makan ke? Saya ada masak sikit tu. Malas la nak masak banyak-banyak. Abang pun jarang makan. Adib tak payah cakaplah. Balik dari kampus terus membongkang. Nanti malam baru makan itu pun sikit je." Kadang-kadang dia malas hendak memasak. Membazir saja bila difikir semula.
Bebelan Puan Zarina dibalas ketawa kecil dari Encik Amir. Dia bukan tak nak makan. Tapi bila usia semakin lanjut, selera makan tu berkurangan sedikit. Tak ada selera sangat.
"Oh Na. Hari ni Adam dengan Kayla tak masuk kerja. Awak tahu kenapa?" Baru dia teringat.
Pagi tadi P.A Adam mula kelam kabut mencarinya kerana ada meeting yang perlu dihadiri oleh Adam. Tetapi dalam jam 9, anak lelakinya tetap tidak masuk ke pejabat. Terpaksalah dia menggantikan Adam di dalam meeting tersebut.
Mendengarkan itu, dahi Puan Zarina bertukar menjadi kerutan.
"Adam dengan Kayla?"
Encik Amir mengangguk perlahan.
"Dah dua hari mereka berdua tu tak masuk pejabat. Kalau semalam tu saya tak pelik. Tapi hari ni dah masuk hari kedua. Nak kata dia orang pergi holiday, tak ada pula cakap apa-apa, kan?"
Hati Puan Zarina kembali diserang risau. Baru saja tadi dia terfikirkan Adam dan Kayla. Bila dapat tahu tentang ini, lagi buat dia risau.
Hairan Encik Amir melihat isterinya yang diam membisu itu. Isterinya seperti sedang fikirkan sesuatu. Mula lah tu fikir yang bukan-bukan.
"Na?"
"Ha, ya?"
"Fikirkan apa? Tak payah lah fikir yang mengarut. Ni yang malas nak bagitahu. Awak mulalah fikir yang bukan-bukan."
"Tak. Saya tak fikir yang bukan-bukan."
"Habis tu? Yang diam tu kenapa?"
"Saya cuma terfikir. Abang ingat tak malam annual dinner tu?"
Jawapan dibalas dengan anggukan dari Encik Amir.
"Abang tahu kan yang Kayla dengan Adam balik tanpa bagitahu kita dulu?"
"Yes."
"Abang tak rasa pelik ke? Lepastu budak berdua tu tak masuk kerja serentak. Pelik la. Saya rasa ada yang tak kena ni. Entah-entah dia orang ada masalah. Saya risau la. Iya la, mana pernah budak berdua tu buat hal macam malam haritu. Terus balik tak tunggu kita. At least inform dekat kita kata nak balik tu pun tak apa. Ini tidak, terus balik macam tu. Jumpa apa pun tidak. Pelik."
YOU ARE READING
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]
RomanceLelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak apabila ditiup secebis rasa cinta di dalam hati. Semuanya diluar kemampuan setiap man...