"KAYLA" Mati pergerakan tangan Kayla dari memulas tombol pintu bilik. Dia baru saja sampai di rumah selepas dibelanja minum oleh Haris. Adam yang melangkah menghampiri dia dipandang aneh. Wajah lelaki itu tegang saja.
"Kau kenapa?"
Pertanyaan Kayla tidak dibalas. Adam semakin menghampiri Kayla yang berdiri dimuka pintu bilik itu. Tangan dikepal kuat sebelum dia berhenti di sisi gadis itu. Geraham bergerak-gerak menahan amarah apabila teringat akan kemesraan antara Haris dan juga Kayla.
"Lambat kau balik. Pergi mana? Bukan ke biasanya lepas kau habis kelas kau terus balik rumah?"
"Ha?" Dahi Kayla berkerut.
Sejak bila Adam pandai ambil kesah terhadap dia? Sejak lelaki itu sudah ada Lara, Adam tidak lagi kesah tentang dia. Ke mana dia pergi, bila dia balik pun lelaki itu tidak hairan la. Hari ni kenapa pula? Memang perangai lelaki pada hari ini pelik-pelik ke?
"Sejak bila kau kesah aku pergi mana ni, Adam? Ikut suka hati aku la nak balik lambat ke cepat ke. Kau ni sibuk kenapa? Sebelum ni tidak kesah pun. Pelik la." Malas mahu melayan sikap Adam yang aneh, tangan kembali hendak memulas tombol pintu. Tetapi ada tangan lain pula yang tangkas membuka.
"Eh! Adam apa ni?!" Wajah Kayla mula berubah cuak bila dengan mengejut Adam membuka pintu bilik dan segera menolak dia masuk ke dalam bersama-sama dengan lelaki itu. Kini, dia dan Adam berada di dalam bilik berduaan.
Adam tutup pintu rapat dan pintu dikunci.
"Weh! Kau gila ke apa ni? Kau keluar la!" Kayla mula rasa seram sejuk melihat wajah bengis Adam di hadapannya sekarang. Perasaan takut menyelubungi dirinya. Sudahlah hanya dia dan Adam saja berada di dalam bilik ini. Puan Zarina pula berada ditingkat bawah.
Tanpa kata, Adam menarik tubuh Kayla dan disandar pada pintu. Dia mengepung gadis itu menggunakan tangan kiri dan kanannya. Wajah menikam anak mata Kayla.
"Kau gila ke? Nanti Umi tahu kau dalam bilik aku apa kita nak jawab?"
"Kau diam!"
Kayla tercengang. Terangkat bahunya kerana terkejut dengan suara keras dan tegas dari Adam. Terus mulutnya terkatup rapat dan hanya mata memandang wajah Adam. Lelaki itu seakan-akan marah kepada dia. Apa yang telah merasuk lelaki itu? Sebelum ini Adam tidak pernah bertindak sehingga masuk ke dalam biliknya.
"Adam, please. Keluar dari bilik aku. Jangan buat aku takut dengan kau."
Walaupun dia yakin Adam tidak akan berbuat apa, tetapi semua itu tidak boleh dijangka. Tambahan pula hanya mereka berdua di dalam bilik ini. Dan kedudukan antara mereka berdua sangat dekat sehingga masing-masing dapat rasa hembusan nafas sesama sendiri. Dada berdebar kerana ketakutan.
"Kenapa kau keluar dengan Haris tanpa pengetahuan aku, Kayla?" Kali ini nada suara Adam bertukar perlahan tetapi masih dingin.
"What?"
Mahu saja Kayla beri penampar kepada Adam dengan tapak tangannya. Hanya disebabkan itu Adam bertindak sehingga turut masuk ke dalam biliknya dan mengepung dia sebegini?
"Eh lepas la Adam. Itu semua bukan urusan kau. Lepas!"
Tangan Adam kiri dan kanan ditepis Kayla agak kasar. Tidak suka bila lelaki itu mula bertindak gila! Mereka bukan muhrim dan tidak elok bila berkeadaan seperti ini! Syaitan ada saja untuk menghasut mereka berdua melakukan perkara tidak elok tanpa sedar. Dan dia tak nak semua itu berlaku.
Namun, sedikit pun lelaki bernama Adam itu tidak berganjak. Adam tetap memandang Kayla dengan geram. Soalannya tidak dibalas tetapi lain pula yang Kayla berkata.
YOU ARE READING
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]
RomanceLelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak apabila ditiup secebis rasa cinta di dalam hati. Semuanya diluar kemampuan setiap man...