4 tahun kemudian..
2020,
BARANG hantaran yang tersusun di atas katil dipandang bersama segaris senyuman lebar menandakan dia sangat berpuas hati dengan apa terpapar didepan mata sekarang. Tidak disangka penantian 4 tahun akan berakhir jua dalam masa sebulan saja lagi. Betul kata Lara, 4 tahun itu sekejap saja. Pejam celik, Lara sudah ada didepan mata dia. Buktinya ialah kekasih hatinya itu telah pulang 2 bulan yang lepas. Dan sejurus saja itu terus mereka berdua berbincang tarikh perkahwinan yang sesuai. Sekarang dia hanya perlu bersabar menunggu sebulan saja untuk menjadikan Lara sebagai miliknya yang sah.
Pulang saja Lara dari Paris, senyuman dibibir Adam tidak pernah lekang. Betapa dia rindu sekali dengan kekasih hatinya itu. Rasa kehidupan yang sebelum ini dilalui tidak lengkap tanpa kekasih hatinya itu. Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaannya apabila Lara pulang ke Malaysia dalam keadaan sihat saja.
Kini, dia tidak sabar pula menunggu hari yang bakal tiba. Hari dimana dia akan menjadikan Lara miliknya yang sah. Dan tika itu dia tidak perlu bersusah hati lagi kerana Lara tidak akan berjauhan dengannya lagi.
Sejak Lara pulang dari Paris, tiada apa yang berubah pada gadis itu. Sikap Lara yang manja dan suka merajuk dengannya tetap ada. Dia bersyukur kerana Lara tetap setia dengannya. Itulah perkara yang sangat dia risaukan apabila Lara berada di Paris. Namun, semua itu hanya andaian dia sahaja. Dia tahu, Lara akan setia dengannya. Disebabkan rasa sayang dan cinta yang sangat dalam kepada Lara menyebabkan dia fikir bukan-bukan.
Dan dia sekarang sudah tetap bekerja di syarikat KM Auto Sdn. Bhd. Benar kata Babanya dulu, belum belajar belum tahu. Sekarang dia sudah tidak boleh menolak perniagaan itu. Berbulan-bulan dia mula bekerja disitu menjadikan dia mempunyai rasa tertarik untuk belajar dengan lebih mendalam lagi tentang business. Kini, dia telah mengambil alih jawatan Babanya. Sekarang dia adalah COO dalam KM Auto Sdn. Bhd.
Arkitek?
Mungkin dia akan simpan kemahiran dan kepintaran dia di dalam bidang itu untuk masa akan tiba. Rezeki ada di mana-mana dan bila-bila masa.
Puan Zarina menggeleng kepala saat muncul dihadapan bilik anak terunanya. Adam ralit merenung barang-barang hantaran sehingga tidak sedar akan kewujudannya disitu. Anak lelakinya itu dihampiri.
"Ha tenung la hantaran tu sampai hari akad nikah. Tak sabar sangat nampaknya, kan?" Dia menyindir. Melihat Adam gembira dia turut gembira walaupun hati tidak berapa berkenan dengan Lara. Tetapi dia cuba. Jika itu adalah terbaik untuk Adam, maka dia harus menerima.
Lamunan Adam mati dan segera dia berpaling memandang Puan Zarina. Dia tersenyum lagi.
"Adam rasa macam lambat lagi nak sampai bulan depan, Umi. Rasa dah tak sabar sangat ni."
Laju saja tangan Puan Zarina bergerak mencubit bahu anak sulungnya itu. Itu tak sabar atau miang saja lebih? Dia mencebik.
"Gatal eh? Empat tahun boleh tunggu, tak akan la sebulan saja lagi tak boleh? Merenyam kuat rupanya anak Umi ni."
Adam tayang sengihan.
"Dah cukup ke semua ni?" Barang-barang hantaran dibelek Puan Zarina. Semuanya barang-barang berjenama. High class sungguh bakal menantunya itu. Almaklumlah, model katakan.
Sejak anak gadis itu pulang dari Paris, pakaian bukan main semakin seksi lagi berbanding dengan 4 tahun lepas. 4 tahun lepas memang dia perasan Lara itu sejenis perempuan seksi. Memang sesuai la dengan impian gadis itu ingin menjadi seorang model terkenal. Yang dia tidak faham, sejak pulang saja dari Paris terus semakin seksi cara pemakaian gadis itu. Pakaian memang tak cukup kain terus. Tapi, itu jugalah yang dipilih anak lelakinya. Dia berharap Adam dapat mengubah Lara dengan baik. Dia tidak mahu Adam terus menanggung dosa bila Lara sudah sah menjadi isteri anak lelakinya namun masih tidak berubah.
YOU ARE READING
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]
RomantiekLelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak apabila ditiup secebis rasa cinta di dalam hati. Semuanya diluar kemampuan setiap man...