NAMA panggilan yang tertera di dada skrin iPhone mengeluhkan Adam. Sukar sekali untuk dia menjawab panggilan itu. Panggilan dari Doktor Zaharil. Dia bukan tidak mahu merawat dirinya. Tetapi rasa takut untuk hadapi semua itu lagi kuat dari mahu merawat diri sendiri. Dia tidak dengan sebarang kemungkinan yang tidak dijangka.
Kini, Kayla sudah tahu penyakitnya yang sebenar. Dari A hingga Z sudah dia ceritakan kepada isterinya itu. Menangis tidak henti isterinya sewaktu dia mencerita perkara sebenar. Puas dipujuk tapi akhir sekali dia juga disalahkan. Kayla salahkan dia kerana lama sangat berahsia tentang penyakitnya.
Dia bukan mahu berahsia, tetapi lebih kepada menjaga hati semua orang. Tahu, jika ahli keluarga lain yang tahu tentu mereka semua akan bersusah hati.
Dulu, sakit kepalanya sudah lama berhenti walaupun penyakit itu masih ada. Sebaik saja masalah dia dan Lara muncul dulu, sakit kepala datang semula. Hari-hari dia terfikir bagaimana cara untuk mencari Lara agar meneruskan perkahwinan mereka dulu. Hari-hari juga menanggung sakit kepala.
Bermula dari situ sakitnya mula berlarutan. Ditambah lagi dengan masalah dia dan Kayla, fitnah Lara kepada Kayla dan semua kesalahan dia pada Kayla buat kesakitan semakin melarat. Disebabkan itu penyakitnya semakin terus. Dia terlampau banyak berfikir. Ini pula ditambah dengan masalah baru.
Haris.
Sejak dia mula tinggal bersama Kayla semula, dia tahu yang Haris ada mengunjung ke rumah Kayla sewaktu ketiadaannya. Mungkin juga Haris yang tahu dia tinggal disitu. Haris masih lagi belum berputus asa.
Deringan iPhone kali kedua mematikan lamunannya. Agak lama skrin iPhone dipandang sebelum perlahan-lahan ibu jari bergerak menyentuh butang hijau.
"Assalamualaikum, Adam." Terus suara Doktor Zaharil menyapa.
"Waalaikumussalam."
"Kenapa Uncle call banyak kali Adam tak jawab? Adam dekat mana sekarang ni?"
"Terengganu."
Lama untuk dia menjawab pertanyaan itu. Doktor Zaharil langsung tidak tahu yang dia sudah pun berpindah ke sini. Dia juga tidak memaklumkan kepada Doktor Zaharil. Lebih sudah sebulan dia berada di sana dan dia sudah terlepas dua kali appointment bersama Doktor Zaharil.
"Terengganu? Adam kenapa tak datang jumpa Uncle? Adam tahu tak dah dua kali Adam tak datang. Hari tu sekali saja Adam datang check penyakit Adam tu. Uncle risau."
Nafas dihela kuat.
"Sorry, Uncle. Adam lupa nak inform yang Baba dah transfer Adam dekat sini. Stay sini untuk handle syarikat dekat sini. Sebab itu juga Adam tak pergi appointment."
"Ya Allah. Kenapa Adam tak bagitahu? Uncle bukan nak cakap apa but Adam tahu kan hasil dari pemeriksaan hari tu macam mana? Kepala Adam makin teruk. You have to tell your parents as soon as possible. Especially, your wife. Dia kena tahu. Adam kena operate dengan secepat mungkin. You're very lucky actually sebab selama enam tahun darah yang beku tak merebak ke bahagian kepala yang lain. Tapi Adam, itu tak bermakna Adam boleh duduk senang lenang. Benda tu semakin merebak dan Adam sendiri dah tengok result hari tu macam mana. Please listen to me. It's dangerous."
Terdiam Adam mendengar penjelasan itu. Dia tahu semua itu. Dia juga faham Doktor Zaharil nak sangat dia sembuh.
"I'm sorry, Uncle. Adam bukan buat tak endah tapi Adam takut untuk hadap semua tu. Macam Uncle cakap. Kalau Adam teruskan operation tu nyawa Adam just fifty fifty. Adam belum bersedia nak hadapi semua tu, Uncle. And, my wife dah tahu. Cuma Baba dengan Umi je belum tahu. Nanti Adam akan bagitahu."
YOU ARE READING
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]
RomanceLelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak apabila ditiup secebis rasa cinta di dalam hati. Semuanya diluar kemampuan setiap man...