SUDU yang baru hendak disua, Puan Zarina letak kembali di dalam pinggan. Keluhan dilepaskan melihat Kayla yang muram itu. Sepanjang Adam tidak sedarkan diri, beginilah keadaan Kayla. Banyak termenung dan hilang selera makan. Walaupun dipaksa, tetap tidak mahu makan.
"Kayla. Sampai bila nak macam ni, nak?"
"Sampai Adam sedar."
Begitulah yang akan dijawab Kayla. Dia tidak pernah tengok sisi Kayla yang begini. Waktu Adam tidak sedarkan diri selepas pembedahan juga Kayla tidak sampai tahap ini. Muram dan termenung saja. Raut wajah jelas tiada keceriaan.
Faham. Kayla jadi begitu disebabkan trauma dengan kejadian lepas. Juga disebabkan terkenang kandungan yang telah keguguran itu. Kayla seakan sudah hilang semangat dalam diri.
Bahu anak itu diusap perlahan.
"Kayla tak boleh macam ni, sayang. Mana Kayla yang Umi kenal? Mana semangat anak Umi ni? Hmm?"
Lama Kayla termenung.
"Semangat tu ada pada Adam. Kalau Adam bangun, barulah Kayla akan bersemangat." Tidak sedih dan juga tiada riak mahu menangis, namun air mata turun dipipi tanpa diminta. Riak wajah dia juga tidak berubah.
Kayla tidak tahu sudah berapa titik air matanya mengalir setiap kali terkenangkan nasib diri. Terkadang, dia termenung juga air mata akan keluar.
Semangat dia hilang. Untuk pulihkan semangat itu, hanya Adam saja yang dapat lakukan. Seminggu sudah Adam tidak sedarkan diri. Punca, doktor juga tidak dapat kesan. Semakin hari, jantung lelaki itu semakin lemah. Dan Adam perlu bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan buat masa ini.
Dia juga sudah pulang ke rumah. Tapi tiada apa yang berbeza. Separuh dirinya masih berada disamping Adam.
"Umi, Kayla nak Adam."
Sayu hati seorang ibu milik Puan Zarina mendengar rintihan itu. Dia juga tidak dapat tahan rasa sebak apabila setiap luahan itu terungkap dibibir Kayla.
"Dia dah janji akan sentiasa ada dengan Kayla. Tapi kenapa dia masih tak sedarkan diri, Umi? Dia- dia benci Kayla ke? Dia benci Kayla sebab Kayla, Haris tikam dia. Macam tu ke, Umi?"
"Kayla. Kenapa cakap macam tu. Istighfar, nak. Tak baik. Adam sayangkan Kayla." Kepala Kayla diusap disertakan dengat ayat yang dibaca perlahan.
"Kalau dia tak benci, kenapa dia masih tak bangun?"
Perlahan Kayla ditarik ke dalam pelukan.
"Dia nak berehat sekejap."
"Kayla rindu dia, Umi. Rindu sangat. Kayla rindu anak Kayla juga." Kali ini barulah Kayla benar-benar menangis. Dia teresak di dalam dakapan Puan Zarina.
Terseksa jiwa dan hati menunggu khabar bahawa Adam telah pun sedarkan diri. Namun, itu hanya harapan dia. Setiap saat dia menunggu, Adam tetap tidak sedarkan diri.
"Adam bencikan Kayla sebab tak dapat jaga anak kita orang dengan baik. Kan, Umi?" Dia masih fikir jauh. Itu yang bermain dikepala.
"Tak baik cakap macam tu, Kayla. Ini semua dah tertulis. Kayla, nak bahagia bukan senang tau. Banyak dugaan dan ujian yang perlu dilalui. Dalam berumah tangga memang banyak ujian, nak. Jangan fikir negatif. Biarkan Adam berehat buat sementara ni. Insha allah, bila dia dah sedar anak-anak Umi ni akan bahagia hingga ke Jannah. Sabar ya?" Kepala Kayla dikucup sekilas. Entah cara apa lagi yang perlu dilakukan untuk kembalikan semangat Kayla semula.
Semakin teresak-esak Kayla didalam pelukan Puan Zarina. Tidak tahu bagaimana untuk dia kuat semula kalau setiap kali fikir akan Adam, terus dia lemah sendiri. Setiap hari berdoa agar suaminya itu diberikan kesembuhan dan sedarkan diri.
"Dah. Umi tak nak anak Umi lemah macam ni. Kayla bukan seorang yang lemah, nak. Kalau betul Kayla nak Adam sedar cepat, Kayla juga kena bangkitkan semangat semula. Berdoa dan terus berdoa kerana hanya itu sahaja yang kita mampu usaha. Selain dari tu, kita serahkan kepada Allah. Umi yakin Adam akan sedar dalam waktu terdekat ni. Jangan fikir sangat, ya?"
Sedih. Jika Adam ada, tentu anaknya itu tidak suka melihat keadaan Kayla yang begini.
❤❤❤❤❤
AKID menutup mulut yang luas menguap. Seharian dia berada disini menjaga Adam yang terbaring kaku. Sesekali ada juga dia bercakap dengan Adam. Mahu bangkitkan semangat abangnya itu.
Dia mengeluh.
"Abang. Bila abang nak bangun ni? Sudah-sudahlah tidur memanjang. Dah seminggu abang tidur. Tahu tak? Akak dekat rumah tu dah macam apa entah. Makan tak nak. Asyik menangis je. Bangunlah, abang. Kesian dekat akak."
Tangan Adam dipegang kemas.
"Akid tahu abang dengar. Dan Akid harap abang tak akan kecewakan kami semua especially akak. She's love you. Dia macam hilang arah dan tempat berlindung. Bangun, ya?"
Dada Adam yang teratur turun naik itu mengerutkan dahinya. Dia silap pandangkah? Bukankah petang tadi abangnya bernafas dengan sangat lemah? Sudah beberapa hari abangnya begitu.
"Stabil la pula." Kepala digaru.
"Woi bang. Kalau dah bangun buat cara dah bangun. Jangan nak berlakon. Alah elok pula tu bernafas dengan stabil. Orang seorang je dekat sini ni. Janganlah macam ni."
Kalau orang luar lihat, tentu menyangkakan dia adalah seorang yang gila. Mana tidaknya, orang sedang koma boleh pula dia buat bual.
Dia kembali serius.
"Akid tahu abang boleh. Kuatkan semangat lawan semua tu."
Iphone berdering segera dipandang dan dicapai.
"Akak?" Tanpa menunggu terus dia menjawab panggilan dari Kayla.
"Hello, Akid. Adam macam mana? Dah sedar?" Laju sekali Kayla menyoal belum sempat Akid menyapa.
"Macam tu la, akak. Abang degil. Keras kepala betul. Orang suruh bangun, bukannya suruh pergi berlari. Itu pun malas." Sengaja ingin menghiburkan Kayla. Namun sia-sia bila disana senyap sepi.
"Akak?"
"Kenapa dia buat akak macam ni, Akid? Akak tak kuat." Suara Kayla berbunyi muram.
"Akak. Jangan macam ni. Walaupun abang tak sedar, but he's still here. Ada dengan kita, dengan akak. Akak jangan lemah sangat. Ya?"
"Akak dah cuba, Akid. Akak dah cuba. Tapi-"
"Akak. Akak dengar sini. Abang akan sedar. Percaya cakap Akid. Akak sekarang hanya perlu bersabar saja. Ak-" lidah Akid terkelu serta-merta.
Mata terpaku pada dada Adam yang sudah berombak kencang. Kelajuan yang sangat lain.
"Akid? Kenapa?"
"Ak-akak, Akid letak dulu. Nak pergi tandas." Panggilan segera dimatikan. Adam diterpa.
"Abang kenapa ni?"
Nafas Adam semakin laju sehingga katil sedikit bergerak namun mata masih tertutup rapat. Segera butang merah ditekan kuat memanggil doktor ke dalam.
"Ya Allah, kenapa dengan abang ni?"
Dalam dia sedang kalut dan menyoal sendiri, dia dikejutkan lagi dengan alat bantuan pernafasan Adam terhenti dari mengeluarkan bunyi. Seiring dengan dada Adam yang laju bernafas sebentar tadi.
"Ab- abang?"
Pada masa itu, dokto mula masuk ke dalam bilik.
"Maaf, encik. Encik sila tunggu diluar." Arah seorang jururawat yang turut ada disitu.
Akid sudah pucat dan cuak. Dia hanya ikut arahan dan keluar dari bilik. Tangan sudah terketar-ketar. Keadaan abangnya seperti...
"Allah akbar! Jangan fikir bukan-bukan Akid!"
🍃🍃🍃🍃🍃
Tbc
YOU ARE READING
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]
RomanceLelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak apabila ditiup secebis rasa cinta di dalam hati. Semuanya diluar kemampuan setiap man...