"TAK NAK! I cakap tak nak, you tak dengar ke? I tak nak masuk selagi Kayla ada dekat dalam. Buat apa dia ajak dia sekali? Sengaja kan nak sakitkan hati I? Huh!" Bentak Lara. Wajah dia yang teruja mahu bermain badminton terus hilang bila terpandang Kayla duduk di atas bangku bersebelahan court badminton. Adam dijeling maut sambil dia berpeluk tubuh.
Sudah tahu dia tidak berkenan dengan Kayla, lagi Adam bawa datang ke sini!
Tergeleng kepala Adam melihat kedegilan Lara. Hampir 15 minit mereka bergaduh kerana Lara tidak mahu masuk ke dalam selagi Kayla ada. Sudah puas dia pujuk agar masuk ke dalam. Memang dia sengaja mengajak Kayla datang ke sini kerana mahu Lara dan Kayla dapat berkawan seperti orang lain tidak mahu kedua-dua gadis itu terus bermasam muka. Namun bila dia teliti dan perhati betul-betul, dia rasa Lara yang bermasalah sekarang. Kayla sudah tahu bahawa hari ini Lara juga akan ada di sini tetapi gadis itu boleh saja datang ke sini tanpa membantah. Dan sekarang Lara yang buat perangai tidak mahu bertemu dengan Kayla.
"I cakap masuk, masuk je la. You degil sangat kenapa?"
"I cakap I tak nak masuk sebab perempuan tu ada dekat dalam. You tu yang tak faham, cakap I degil pula. Suka la you sebab buat I sakit hati, kan?"
"Lara, yang you buat masalah macam ni kenapa?"
"You tu yang buat masalah. Kenapa ajak dia join kita? You tahu kan apa masalah I dengan dia? You lupa yang I pesan dekat you agar you jangan dekat dengan dia? Huh! I benci!"
Lara menghentak kaki kanan dengan kuat tandas protes sebelum berpaling untuk berpatah ke kereta Adam. Bikin dia panas hati saja kalau terus masuk ke dalam. Walaupun dia tahu Kayla dan Adam hanya kawan baik, tetap dia tidak suka dengan perempuan itu! Dia tidak suka Adam dekat dengan perempuan lain selain dia!
Tanpa sempat Lara melangkah, Adam terlebih dahulu meraih tangan gadis kesayangannya. Adam mengeluh. Makin dia layan keras kepala Lara dengan cara kasar, makin gadis itu tidak mendengar kata dan makin degil. Jadi, lebih baik dia buat dengan cara lembut.
Tubuh gadis itu dipusing menghadapnya. Jelas wajah masam mencuka Lara terpapar. Dia tersenyum manis seraya tangan mengusap pipi Lara. Dia tahu berdosa, tetapi bila dengan Lara semua pergerakan dan sentuhannya pada gadis itu tidak terbatas. Dia lagi naik daun bila Lara tidak menolak dan kadang-kadang gadis itu sendiri yang menyentuh dan memegangnya.
"Sayang. I bukan sengaja ajak dia join kita, percaya la. But, hanya dengan cara macam ni saja boleh buat you dengan Kayla berbaik. Come on, I tak suka tengok you buat Kayla tu macam musuh padahal dia tak ada buat apa-apa pun. Please."
Lara ketap gigi.
"No! I hate her! Lepaskan I. I nak balik."
"Say-"
"Adam? Bila kau sampai? Kenapa tak masuk?"
Bicara Adam mati setelah disapa Haris yang baru keluar daripada court badminton. Dan disebelah sepupunya itu berdirinya Kayla yang diam memandang ke arahnya. Untuk kesekian kalinya dia mengeluh bila memikirkan Kayla. Semakin hari Kayla semakin jauh darinya seakan gadis itu sengaja mengelak daripadanya. Kadang-kadang dia teringat akan kata-kata Kayla ketika mereka berdua bergaduh mulut di malam majlis solat hajat diadakan. Kayla mengatakan sebab gadis itu mengelak daripadanya adalah kerana dia sudah mempunyai kekasih. Ya, dia juga perasan Kayla sudah mula menjauh dari dia setelah dia dan Lara bercinta. Namun, dia masih berasa tidak selesa dan tidak senang hati bila Kayla tidak seperti dulu.
"Err- baru je. Lara ni tak nak masuk. Kau nak pergi mana ni?" Mata tidak lepas dari memerhati Kayla yang diam tidak berkutik.
"Kayla nak beli air mineral so aku temankan dia. Kau masuk la dulu. Kita orang pergi beli air kejap. Jom, Kayla."
YOU ARE READING
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]
RomanceLelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak apabila ditiup secebis rasa cinta di dalam hati. Semuanya diluar kemampuan setiap man...