Peluang Untuk Bahagia 27

6.7K 303 38
                                    

PINTU bilik ditutup dengan kuat sekali seiring dengan rasa panas dan sakit hatinya sekarang. Bersama langkah geram, Lara mendekati katil dan terus membaling beg tangannya ke tilam sehingga terpelanting jatuh ke lantai. Dia bercekak pinggang seraya menguak rambutnya ke belakang.

"Lain yang aku harap, lain yang jadi! Ini semua sebab kau Kayla!"

Penumbuk dikepal kuat. Dia bermundar mandir di dalam bilik. Otak ligat memikirkan cara apa yang perlu dia lakukan untuk singkirkan Kayla daripada Adam.

"I nak you bagitahu I macam mana Kayla boleh kahwin dengan you. And when kau orang berdua kahwin?" Lara bersoal sedikit keras. Dia buat begitu kerana Adam kelihatan agak susah untuk memberitahu dia tentang itu.

Adam menggelengkan kepalanya.

"Kenapa you nak tahu?"

"Sayang. You tanya I kenapa I nak tahu? Of course I nak tahu sebab you tunang I tapi you kahwin dengan orang lain. Nonsense! Tak masuk akal langsung."

Adam mendiamkan diri. Langsung tiada tanda-tanda yang dia akan membuka mulut menjawab pertanyaan dari Lara. Baginya, mudah saja. Lara hanya perlu fikir macam mana cara dia selesaikan hari perkahwinan mereka dulu. Tetapi nampaknya Lara langsung tidak pernah terlintas akan perkara itu.

"Adam. I tanya kan? Tolong jawab. I nak tahu."

Geram saja Lara melihat lagak biasa dari Adam itu. Boleh pula lelaki itu buat tidak tahu dengan pertanyaannya. Sejak bila Adam berubah jadi lelaki seperti itu?

Sebelum bersuara, sempat Adam mengeluarkan keluhan paling kuat.

"Macam ni la senang. Try you fikir sendiri macam mana I settle our problem masa hari perkahwinan kita. Kalau betul you care about me and still love me, you akan terfikir tentang perkahwinan kita yang tak jadi dulu. You akan fikir macam mana perkahwinan tu berlangsung even tanpa you."

Kata-kata Adam mengelukan Lara dari terus menjawab. Dia terfikir sejenak dengan apa yang dimaksudkan lelaki itu. Beberapa saat dia mula terfikirkan sesuatu yang tidak masuk akal baginya.

Adam dipandang dengan pandangan tidak percaya.

"Don't say yang you gantikan tempat I dengan Kayla? I am right?"

Tekaan Lara hanya dijawab dengan jongketan bahu dari Adam. Biarlah gadis itu berteka sendiri.

Lara tidak senang duduk.

"Sayang please say something. Betul ke apa yang I teka ni?"

Sekali lagi Adam menjongket bahu.

"Kalau itu yang you fikir...betul lah."

Pada tika itu api kemarahan dan kebencian kepada Kayla semakin membuak-buak. Tidak tahukah Adam betapa dia bencikan Kayla? Kenapa pula Kayla yang mesti menggantikan tempatnya sebagai pengantin perempuan pada hari perkahwinannya?

Gigi diketap kuat.

"Kurang ajar kau Kayla. Kau ambil kesempatan! Betul lah yang selama ni kau sukakan Adam." Cadar yang terhampar elok di atas katil ditarik sekuat hati sehingga habis berselerakkan. Nafas naik turun dengan laju sekali.

"Aku kena buat sesuatu. Aku tak akan biarkan Adam terus dengan Kayla! Perempuan tu menyusahkan aku! Aku kena cari jalan pisahkan dia orang!"

❤❤❤❤❤

LAJU Kayla berlari ke arah pintu utama setelah mendengar ketukan yang bertalu-talu. Pintu utama segera dibuka dan terpancul wajah Hanan yang sedang tersengih memandangnya.

Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]Where stories live. Discover now