PUAN ZARINA mengeluh sambil memandang wajah simpati Adam. Serba salah mahu mengikut permintaan anak sulungnya itu. Berpuluh-puluh kali dia berfikir mahu mengikut permintaan Adam. Bukan sukar, jika ikutkan sememangnya dia akan beri apa yang Adam pinta. Tetapi bila fikir yang dia sudah berjanji dengan Kayla, dia jadi serba salah.
"Umi bukan tak nak bagi. Tapi, Adam faham kenapa, kan?"
"Umi, please. I'm begging you." Tangan Puan Zarina dipegang erat oleh Adam. Matanya memandang wajah wanita kesayangannya itu dengan penuh harapan.
Pegangan Adam dibalas erat. Puan Zarina tersenyum hambar. Susah betul hati tuanya bila melihat wajah berharap anaknya itu.
"Kenapa Adam nak sangat phone number Kayla tu?"
"Of course sebab Adam nak contact dengan dia. Umi, trust me. Adam bukan nak buat apa pun pada Kayla. Adam dah berubah, Umi. Adam dah cakap yang Adam nak usaha dapatkan kemaafan daripada Kayla. Dan Adam juga nak tebus kesalahan Adam pada dia, Umi. Please."
Tangan Puan Zarina bergerak menepuk perlahan bahu kanan Adam. Dia percaya. Percaya yang Adam sudah berubah. Dia juga mahu hubungan Adam dan Kayla macam dulu, berbaik semula. Namun, dia juga harus fikir tentang Kayla. Gadis itu sudah banyak terseksa disebabkan anaknya sendiri. Kasihan pada Kayla bila setiap kali teringat perbuatan Adam pada gadis itu.
Padanya, Adam memang seratus peratus sudah berubah. Dan dia juga yakin yang Adam akan sayangkan Kayla. Tapi bila teringat akan Kayla, mahukah gadis itu menerima Adam semula? Selepas apa yang Adam lakukan, mampukah Kayla memaafkan Adam?
"Umi percayakan Adam. Umi bukan tak nak bagi. Cuma, Umi takut Kayla makin jauh dengan kita nanti. Adam faham kan?"
Adam membisu.
Jika dia masih lagi tiada nombor telefon Kayla, makin susah untuk dia rapat semula dengan isterinya itu. Susah juga untuk dia ambil perkembangan dari semasa ke semasa tentang keadaan Kayla berada di sana. Tujuan dia mahukan nombor telefon Kayla kerana mahu memastikan Kayla berada dalam keadaan selama di sana.
Cukuplah sebulan sudah berlalu selepas dia bertemu kembali bersama Kayla buat hatinya tidak tenang saat memikirkan isterinya itu. Rasa ingin tahu keadaan Kayla benar-benar mendera hatinya. Mahu sekali dia mendengar khabar dari suara Kayla sendiri.
Untuk kali ini, dia tidak mampu untuk menipu diri sendiri yang sebenarnya dia sangat merindui Kayla. Bukan sekejap dia dan Kayla berpisah. Empat bulan sudah. Kali ini juga dia nekad untuk perbaiki segalanya yang sudah tergendala dulu. Masuk hari ini, sudah 9 bulan usia perkahwinan dia bersama Kayla. Hampir setahun. Namun satu pun tiada yang berubah.
Dia menyesal kerana terlalu banyak membazirkan waktunya sebagai seorang suami kepada Kayla. Kesal sebanyak mana sekalipun tidak dapat mengundurkan masa kembali ke masa lalu. Dan kerana itu dia nekad untuk terus berubah dan membaiki segalanya tentang dia bersama Kayla.
Puan Zarina menghela nafasnya.
"Kesian Umi tengok anak Umi ni." Pipi Adam diusap sayang. "Rindu Kayla ya?" Tahu, salah sebab kenapa Adam beria-ria mahukan nombor telefon Kayla kerana anaknya itu terlalu rindukan isteri.
Hanya mata yang layu memandang Puan Zarina. Biar saja lah Uminya tahu dan faham sendiri. Rasa rindu yang sedang dia tanggung ini begitu memberat dan sarat di dalam hatinya. Tidak mampu terungkap.
"Umi faham. Adam rindukan Kayla sangat-sangat. Sebab tu bersungguh-sungguh Adam minta phone number dia. Dah mula sayangkan dia, kan?"
Beberapa saat soalan itu dibiarkan bergantung. Malu untuk Adam mengaku jujur walaupun kepada Umi sendiri.
YOU ARE READING
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish]
RomanceLelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak apabila ditiup secebis rasa cinta di dalam hati. Semuanya diluar kemampuan setiap man...