PROLOG

195 15 0
                                    


"Maybe, this quiet path
where wildflowers bloom
will lead me to your heart
as I'll find mine"
­– Anonymous


PAGI ini Alya setia menanti Sean untuk sama-sama bersarapan. Cuaca agak dingin, sedingin hatinya. Hari ini dia nekad untuk bersemuka dengan kekasihnya itu bagi meletakkan titik penamat untuk perhubungan mereka. Berbulan-bulan lamanya Alya cuba bertahan untuk terus bersabar dan bersangka baik walau telah diunjukan segala bukti. Namun, hari ini dia tidak mampu lagi untuk terus bertahan dan menganggap hubungan ini perlu dipertahankan lagi. Dia perlu mengambil kata putus bukan hanya untuk diri sendiri malah untuk satu nyawa kecil yang bakal lahir nanti.

"You look worried. Kenapa?" soal Sean sejurus duduk di hadapan Alya. Lelaki itu kelihatan seperti kebiasaannya, sentiasa menunjukkan keprihatinan terhadap Alya. Alya hanya tunduk memandang cawan kopi di meja. Dia tiba-tiba berasa geram kerana lelaki di hadapannya ini masih mampu bersikap biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Alya menghela nafasnya dalam-dalam.

"Sean, there's something that I need to tell you."

"What? You tak sihat ke?"

"I okey... cuma I rasa I perlu berterus-terang dengan you."

"About what?"

Alya terdiam seketika dalam cuba mencari kata dan ayat yang sesuai agar tidak mencetuskan salah faham. Dia sedar bukan mudah untuk Sean menerima keputusannya ini tetapi adalah lebih sukar untuk Alya sendiri menerima hakikat lelaki ini sudah berlaku curang terhadapnya malah bakal menjadi seorang ayah dalam beberapa bulan sahaja lagi. Jiwa Alya berperang antara hakikat yang perlu diakuinya dengan rasa cinta yang masih menebal terhadap lelaki itu.

"I need to stop."

"Stop? I tak faham."

"I nak putuskan pertunangan dan batalkan rancangan perkahwinan kita."

"What?! Why? Are you crazy? Semuanya dah hampir siap diatur. Lagi sebulan lagi Alya. How can you make this decision?"

"I have to, Sean. I am not ready to be a wife. I am not ready to commit myself into marriage life."

"Alya... mungkin you cuma gementar saja. Semua orang pun akan rasa cold feet bila hari perkahwinan makin hampir. Why mesti ambil keputusan drastik macam ni?" Alya kembali diam, cuba menyusun ayat agar lelaki di hadapannya ini mampu menerima dengan hati terbuka dan memberi dirinya sedikit ruang untuk bernafas.

"Sean, listen to me... I know this is not easy for you. It is not easy for me either. But I have to be truthful to you and myself. I just can't, Sean. I am not ready. Let us give ourselves some time," sekali lagi Alya cuba menenangkan lelaki di hadapannya ini. Dia sama sekali tidak akan menyatakan sebab sebenar kenapa dia bertindak mengambil keputusan ini. Dia masih punya ehsan terhadap satu lagi jiwa yang mengharapkan lelaki ini.

"Kenapa tiba-tiba? Do you have someone else?!" bentak Sean mula menunjukkan kemarahannya.

"No, I'm not. Like I've said, Sean... I am not ready."

"Are you sure? You tak ready ataupun you memang tak sukakan lelaki. You ingat I tak tahu about your other life? I masih lagi boleh sabar," tiba-tiba Sean mempersoalkan keputusan yang diambil Alya. Alya sendiri kebingungan. Apa kaitan keputusan yang diambilnya ini dengan kecenderungan seksualitinya? Alya sendiri tertanya-tanya apakah yang Sean maksudkan.

STAYWhere stories live. Discover now