BAB 11

88 8 0
                                    


"Aku mahu tahu segalanya tentang kamu. Namun tak sanggup menatang kecewa yang bakal bertandang" – Alya


SESEKALI Alya menukar posisi baringnya. Resah dalam diam. Sesekali dia merintih sendiri, menangisi perjalanan hidup yang terpaksa dilaluinya selama ini. Sungguh, dia letih. Melihat jam di hujung meja yang semakin berganjak ke angka tiga membuatkan jiwanya semakin resah. Sudah tiga malam berturut-turut dia tidak dapat melelapkan mata selepas menerima panggilan Izra. Dia cukup tertekan. Lantas dicapai telefon bimbit di meja. Jarinya pantas mencari nama Adib. Apakah betul tindakannya ini? Apakah ini yang dimahukannya? Dia tiada pilihan setelah jarinya bertindak lebih dahulu daripada fikirnya dengan menekan nombor telefon Adib.

"Hello..."

"Alya? Assalamualaikum," sambut suara Adib dihujung talian bagai satu rahmat untuk hati resahnya.

"Wa'alaikummussalam."

"This is a surprise," ada nada gembira dalam ulas bahasa Adib.

"Sorry ganggu you. You mesti dah nak tidur. Stupid of me."

"No. No. I dekat rumah my mom. All my aunties are here. Usually, if they're coming, the entire house won't sleep that early. Thus, I am not sleepy and you are not bothering me in any sort. Bukan ke sekarang pukul tiga pagi di sana? You suppose to be in bed. Asleep. Dreaming," soal Adib hairan.

"Can't sleep... obviously."

"Are you okay? You're not in trouble, are you?" soal Adib lagi. Kali ni nadanya seperti risau.

"No. No, I am not," Alya dapat merasakan Adib tersenyum dihujung talian sana.

"Rindu I ke?" terdengar dihujung talian ketawa nakal Adib mengusiknya seperti selalu.

"Okay... let's not talk about anything that trouble you. We can talk about this night. I sekarang tengah duduk di balcony. The night is chilling. Not enough stars in the sky. Patches of cloud everywhere. Going to rain, I guess. I balik rumah my mom and all my aunties and cousins semua ada, bising bingit. Ni yang kecil ni daripada tadi ke hulu ke hilir ikut I. So, how's your holiday?" soal Adib

"Nice of you to describe that chilling and glittering atmosphere. Intertwined with all the ruckus. Kind of sweet. My holiday? Well, not as great as I wish."

"Ahh... It can't be that bad, right?"

"It was bad and still does. Deal dengan orang yang you tak mahu ada kaitan, making bad decision as always. Kind of badlah, kan?" kedengaran Adib ketawa kecil di hujung talian.

"But you are smiling right now and you are still on leave, therefore it's not that bad, right?" kata-kata Adib seakan memujuk hatinya.

"Yes, I guess so."

"I wish I am there..."

"Kenapa mesti you wish ada kat sini?"

"Sejuk sikit... tambah pula ada perempuan cantik."

"Kat sini memang ramai perempuan cantik," sengaja Alya buat-buat tidak faham.

"Yang kat talian ni lagi cantik."

"Pandailah you main ayat..." balas Alya acuh tak acuh.

Akhirnya perbualan kosong tentang kehidupan seharian berlanjutan kepada soal ibu saudaranya yang seramai lima orang hingga kepada sekecil-kecil sepupunya yang berusia seminggu. Semuanya menjadi topik bual dinihari yang menenangkan hati resah Alya. Sesekali dia ketawa mendengar kisah-kisah lucu yang diceritakan Adib. Sesekali mereka berbeza pendapat dan cuba menegakkan kebenaran mengikut penilaian masing-masing.

"I have a set of kepoci aunties," Adib memberi komen berkenaaan ibu saudaranya.

"Kepoci? What's that?" Alya keliru. Walaupun dia fasih berbahasa Melayu tidak bermakna dia tahu tentang bahasa pasar yang diguna oleh orang lain.

"Lupa puak... kepoci tu macam busybody," terang Adib.

"Oo... so, Apa yang buat your aunties busybody sangat pun? Suruh you kahwin? Carikan calon?"

"Orang perempuan ni dia macam ada radar. Macam tahu-tahu je apa yang ada dalam fikiran masing-masing," Alya ketawa kerana faham telahannya benar.

"But they have the right to be kepoci... You are not getting younger. Of cause, they will pick the best candidate for you."

"Eh, yang nak kahwinnya I. Yang nak hidup dengan bakal isteri tu, I. Kenalah cari yang suits," balas Adib.

"Okay... tell me what suits you?"

"You," Alya terus terdiam mendengar jawab Adib itu.

"It's already five in the morning kan kat sana? You should sleep, rehat, tenangkan hati. Life is not that bad. Sometimes it is, but not always. I know something is troubling you. If not you wouldn't have called me. Not in a million years. But I guess you don't need me to ask what's troubling you. You just need to talk. I hope you tak kisah I bercerita pasal my aunts... my freaking hilarious family," ujar Adib selepas beberapa minit.Mungkin Adib menyedari rasa serba-salah atau canggung yang dirasai Alya.

"No. No, I love to hear all those stories. I guess I better go to sleep and you better do the same too. You need to work tomorrow, I am not."

"Oh, thank you so much Nuril Alya Abdul Hadi for reminding me," Adib ketawa dan dia dapat membayangkan lekuk manis lesung pipit di pipi lelaki itu.

"Okay than... night Adib. Jangan lupa solat subuh and thanks sudi temankan I. Assalamualaikum."

"Insya-ALLAH I will. Well, you memang tahu I will be happy to get your call. Okeylah. Goodnight, Alya. Wa'alaikumussalam," dimatikan talian dan Alya kembali mendongak ke siling kosong. Menanti keresahan sebentar tadi kembali bertandang. Detik demi detik. Aneh, dia seakan tenang dan kemudian bunyi pesanan ringkas menerjah ke telefon bimbitnya. Segera dilihat...

"It's a wonderful morning and it's indeed raining. Imagine it as a lullaby. Dream a wonderful dream than, Alya."

Alya senyum membaca pesanan tersebut lantas kembali berbaring. Membayangkan bunyi derap hujan yang berdedaian jatuh ke tingkap kamar. Tap! Tap! Tap! Diamati... hingga menjadi irama indah menenggelamkannya dalam lena. Damai.

STAYWhere stories live. Discover now