BAB 20

80 6 0
                                    


"Senyumlah selalu... kerana senyummu adalah tenang yang menyusup diam di hatiku tanpa tahumu." – Alya

SUDAH lima hari Alya berumah di sini. Dari luar tingkap kaca, cuaca kelihatan cerah. Hari ini dia berasa lebih segar daripada hari-hari sebelumnya. Harapnya agar dia dibenarkan untuk pulang ke rumah. Lima hari juga dia ditemani Adib hampir setiap malam. Alya sedar melayan kerenah orang sakit selalunya sukar. Ada rasa segan menyelinapkan ke hatinya. Ada juga rasa bersalah yang tumbuh. Dalam masa lima hari itu juga Alya diperkenalkan dengan adik Adib, Suri. Beautiful and bubbly girl. Punya sikap seperti Adib yang suka mengusik. Ada sahaja bualnya yang lucu menyebabkan Alya selalu ketawa.

Lima hari ini dirasakan terlalu panjang dan setiap malam bersama Adib menemaninya di sini, sungguh, dia sebenarnya takut dengan rasa yang tumbuh sedikit demi sedikit di hatinya terhadap lelaki itu. Walau antara ingat dan lupa, tetapi Alya cukup yakin dia pernah meminta agar Adib tidak meninggalkannya sendirian. Mengingatkan semua itu Alya jadi malu sendiri.

Di satu sudut lain pula, ada rasa bimbang jika satu hari nanti Adib akan bertanya tentang masalah kesihatannya dan mungkin pertanyaan itu bakal lebih dalam. Alya bimbang tentang banyak kemungkinan yang sukar dihadapinya. Lebih-lebih lagi tentang sejarah diri yang mungkin tidak dapat diterima orang lain. Dia tahu, jiwanya tidak sekuat mana untuk menjelaskan segala kisah lampau. Ada keluhan berat yang terhambur dari dada Alya. Dia berharap agar segera dibenarkan keluar supaya segala rasa yang ada di dalam hatinya ini tidak dapat dibaca oleh orang lain.

Tiba-tiba pintu wad ditolak. Alya cepat-cepat berpaling. Wajah Adib sekali lagi muncul. Dilihat jam yang terletak kemas di satu sudut. Sudah pukul lapan malam. Waktu biasa Adib sampai menemaninya dan malam ini seperti malam-malam yang sebelumnya lelaki itu hadir seperti biasa. Salam yang diberi, disambut Alya perlahan.

"Dah dinner?" soal Adib sejurus duduk di sofa. Alya cuma mengangguk.

"Hari ni macam mana? Getting better?" soal Adib lagi dan sekali lagi dia mengangguk.

"Dah makan ubat, kan?" diperhatikan wajah Adib yang tepat terarah kepadanya. Alya segera mengangguk.

"Selalu kalau you dah ambil ubat you akan mudah tidur. Betul ke dah ambil ubat ni?" soal Adib seperti ragu-ragu.

"I tunggu you... Selalu you datang I dah tidur. Bila bangun pagi you dah tak ada, so I thought I should wait," jawab Alya dan sekilas dia melihat senyum di bibir Adib.

"Ni dah mengantuk, kan? Jangan lawan, just baring, rehat. You need that," saran Adib.

"Thank you sebab datang bantu I. I didn't mean to burden you," ujar Alya, lembut. Keluhan Adib terdengar jelas di telinganya.

"Look, Alya. I tiada hak nak paksa you bercerita about those night. But, for you to ask for help, and for me to help, itu perlu. Tak ada salahnya. Jadi tak perlu minta maaf. You kena fokus untuk cepat sihat. Itu lagi penting," jelas Adib.

"I libatkan sekali adik you..."

"Suri? Dia lagi seronok sebenarnya boleh keluar dari kampus. Ada orang melayan celoteh dia. She's quite fond of you. You jangan pelik lepas ni tiba-tiba dia call you. You can't say no to that girl," ujar Adib dengan senyuman.

"How many siblings do you have?"

"Just the two of us. Huge age gap. Ten years. She makes me crazy at times. And you?"

"Sama. I ada younger sister. Tiga tahun lebih senior daripada Suri. She can be very sarcastic. I guess anak bongsu memang ada perangai macam tu agaknya," ujar Alya mengingatkan sikap adiknya, Adra.

"But yang sulung selalunya dapat genetik mak ayah paling cun," Adib ketawa bersahaja. Alya hanya senyum mendengar ulasan Adib itu. Kesan ubat yang diberi jururawat semakin terkesan. Rasa mengantuk sedikit demi sedikit mula menjengah namun ditahannya kerana dia ingin berbual dengan Adib.

"You should tell makcik you yang tinggal di sini, at least ada family yang tahu," saran Adib tiba-tiba.

"Tak apa. Nanti mereka inform mama, I tak mahu my mom risau. Kalau dekat tak apa. Ini mereka jauh di Greece. I ambil keputusan untuk balik dan bekerja di Malaysia pun dah buat mama risau tak sudah," jelasnya kepada Adib.

"But still... tinggal sendiri pun susah juga. If jadi apa-apa bahaya. Kena cari seorang permenant superhero," ujar Adib lagi.

"Superhero?"

"Yalah... protector barulah selamat, bahagia. Nanti boleh cipta little superhero," Alya ketawa kecil mendengar kata-kata Adib itu.

"Tak payahlah superhero, you pun dah cukup. Itupun kalau you tak kisah disusahkan," balas Alya. Ayat itu secara spontan keluar daripada mulutnya. Alya kemudian memandang jauh keluar tingkap sambil melihat langit malam tanpa bintang. Dia tidak kisah lagi jika Adib mendengar kata-katanya dan terkejut. Dia tidak peduli lagi apa fikir lelaki itu terhadapnya.

Dibiarkan sahaja Adib menyambung cerita tentang kerjanya hari ini dan tentang teman-teman sekerja. Entah bila dia mengambil keputusan untuk berbaring dan mula melayan rasa mengantuk yang semakin beraja di matanya. Dalam separa sedar itu dirasakan ada selimut ditarik menutup keseluruhan tubuhnya. Sebahagian lampu di dalam bilik itu ditutup agar tidak terlalu cerah. Tiba-tiba dirasakan ada tangan yang membetulkan duduk rambut yang menutup sebahagian wajahnya. Dibiarkan sahaja kerana rasa mengantuk yang dirasai mengaburi paras sedarnya. Dia dapat merasakan juga tangan itu mengelus lembut rambutnya.

"Sweet dream, Alya. Don't worry, just go to sleep. I won't leave you alone." Suara itu seakan memujuk hati Alya menjadi lebih tenang. Sudah lama dia tidak merasakan ketenangan seperti ini. Dalam samar-samar cahaya, dia kembali membuka matanya. Melihat tepat ke wajah Adib yang sedang duduk di birai katil. Direnung wajah lelaki itu tanpa ada rasa gusar. Tanpa ada lagi rasa celaru yang sering mengganggu dan kemudian dipejamkan matanya. Hanyut dalam lena.

STAYWhere stories live. Discover now