BAB 34

86 3 0
                                    

"Dalam aku bersendiri mencari kekuatan, terkadang kaki tetap tersadung mengingatkan diri... aku masih perlukan bahu menampung sandar." – Alya

SUDAH seminggu Alya berulang-alik ke tempat kerja dari rumah Puan Azah. Hari ini dia akan pulang semula ke rumah sendiri. Walaupun Alya gembira tinggal sementara di rumah wanita itu, dia masih rindu untuk punya masa bagi dirinya sendiri. Kadang-kadang sunyi juga menenangkan. Sejak pagi tadi Alya sibuk menghadiri pelbagai mesyuarat. Banyak urusan yang perlu diselesaikannya kerana sudah agak lama dia bercuti.

Adib juga sudah maklum yang Alya akan balik ke rumahnya sendiri selepas habis waktu kerja nanti. Bermakna dia tidak akan ada di rumah Puan Azah hujung minggu ini. Urusan baik pulih rumahnya juga telah selesai. Semua tingkap dan pintu sudah siap dipasang jeriji baharu. Sistem keselamatan juga sudah ditukar kepada yang baharu.

Atas saranan pihak berkuasa juga, Alya bercadang untuk mengupah pengawal keselamatan bagi menjaga rumah dan keselamatannya selepas ini, cuma dia belum ada masa yang mencukupi untuk menyemak dan mencari syarikat keselamatan yang bersesuaian. Sedang leka menyemak beberapa fail tiba-tiba pintu pejabatnya diketuk.

"Cik Alya, busy ke?" soal Safia yang menjengah masuk. Alya segera menggeleng dan mempersilakan Safia duduk.

"Ada apa Safia?"

"Mm.. masa Cik Alya cuti lama baru-baru ni, saya ada terima tiga panggilan untuk bercakap dengan Cik Alya," jelas Safia teratur. Dia segera memberi tumpuan kepada pembantu peribadinya itu.

"First call yang saya terima saya dah cam suara pemanggil tu dan saya ingat pesan Encik Adib untuk take note nama dan particulars pemanggil. Saya tanya nama and the rest. Pemanggil tu cakap dia kawan lama Cik Alya, namanya Hazrin. Tapi bila saya keep on tanya particulars lain dia macam keberatan nak beritahu. Cik Alya betul ada kawan nama Hazrin?" soal Safia ingin tahu. Dia termenung cuba mengingati nama Hazrin.

"I don't think I have a friend by that name. My Malay friends bukan ramai. Mustahil I tak ingat nama mereka," Alya berasa agak pelik.

"Saya dapat dua lagi call daripada orang yang sama tapi bila saya inform Cik Alya tiada di pejabat dia terus matikan talian. Receptionist di lobi pun setiap hari inform ada penghantaran bunga untuk Cik Alya tapi saya tak benarkan mereka terima. Saya rasa macam tak sedap hati pula Cik Alya," luah Safia tentang rasa risaunya. Maklumat daripada Safia itu menyebabkan perasaannya juga menjadi risau tiba-tiba namun Alya masih cuba berlagak biasa.

"Saya rasa lepas ni kalau Cik Alya balik, nak ke parkir better minta pengawal keselamatan temankan. Saya dah maklumkan kepada pihak kawalan keselamatan. Mereka sudah maklum. Cuma, mohon Cik Alya inform mereka di nombor sambungan ni, mereka akan tunggu di lif lobi since petak parkir cik Alya di blok B," jelas Safia lagi.

"I'm okay Safia, Jangan risau," ujarnya menenangkan Safia yang kelihatan sungguh risau.

"No, Cik Alya. This is serious. You can't take this lightly," luah Safia lagi. Alya cuma mengangguk tanda faham akan kerisauan Safia itu dan segera berjanji mengikut saranan tersebut.

"Dah waktu lunch, Cik Alya tak keluar?" soal Safia lagi. "Nak saya belikan apa-apa?" Alya menggeleng dan menyatakan dia tidak berasa lapar kerana telah mengambil sarapan yang agak berat pagi tadi.

Keluhan resah dilepaskannya selepas Safia keluar. Sungguh, Alya juga sebenarnya turut risau. Jika dia berkongsi maklumat ini dengan Adib, dia pasti lelaki itu akan menghalangnya pulang ke rumah petang nanti. Alya tidak mahu terus menyusahkan keluarga Adib dengan masalah peribadinya. Jauh di lubuk hati, dia ternyata bimbang untuk pulang dan tinggal bersendirian di rumah lantas segera menyemak maklumat hotel terdekat.

STAYWhere stories live. Discover now