"Yang ingin kau kendong... apa? Yang ingin kau agung... siapa? Yang sarat itu bukan lagi cinta. Yang berat itu bukan lagi rindu. Hanya picis lucuan. Hanya indah yang kau kotorkan." – Adib
SUDAH seminggu Alya bekerja di sini. Masa semakin berganjak. Tidak pernah menunggu walau sedetik. Perempuan bernama Alya itu boleh jadi kegagalan pertamanya jika tidak kena gaya. Mana mungkin ego lelaki sepertinya diperlakukan sedemikian rupa. Mana mungkin dia membiarkan sahaja teman-teman yang saling bersaing menggagalkannya kali ini. Apatah lagi melihat luruh ego dirinya sendiri. Kenapa terlalu sukar untuk mencuit kekebalan perasaan perempuan bernama Alya ini? Alya bukan seorang yang sukar didekati. Tidak juga bersikap menolak secara total tetapi gadis itu punya cara tersendiri, sukar untuk dibolosi.
Ah! Kelibat Alya kelihatan lalu di hadapan pejabatnya, berbual bersama beberapa kakitangan. Dia pasti bukan bual kosong seperti sesetengah pekerja lain. Jika bukan soal kerja Alya tidak mungkin menjengah ke sini. Gadis tinggi lampai itu kemudiannya menyerahkan dokumen ke tangan pembantu peribadi Adib. Tidak berpaling langsung ke arahnya. Adib segera bangkit sejurus melihat Alya mula melangkah pergi.
"Alya..." sapanya membuatkan Alya berhenti melangkah dan berpaling.
"Ya...."
"How's the proposal?" Alya menghampirinya semula dan senyum manis seperti selalu.
"Yang mana satu? You gave me two."
"If it's okay with you... a few minutes in my office, please," dia mempersilakan Alya masuk. Alya kembali senyum, mengangguk dan kemudian ikut masuk ke biliknya. Segera dia mempersilakan Alya duduk tetapi ditolak dengan sopan.
"So, which proposal?" soal Alya semula.
"Both," jawab Adib ringkas.
"The first one, regarding advert concept as per request, I am still discussing it with my fellow designers and I will come out with the proposal to Puan Zahara, first. We will discuss further after that. Give me till next week. I'll get back to you," jawab Alya dalam nada serius.
"I believe it can help push the sales even further if what we discussed earlier could be materialized. So, what about the second proposal?" Gadis di hadapannya hanya tersenyum. Entah mengapa dia merasakan jantungnya berdetak lebih kencang.
"Oh! About the dinner... and why are you so keen to have a dinner date with me?" soalan Alya bagai menjentik dahinya sendiri.
"Why not? There's nothing wrong, right?"
"Tak salah, cuma I am not the type yang prefer spend my night di luar rumah pada hujung minggu".
"A woman like you... spending your weekend nights alone at home? That can't be right, Alya," saja Adib cuba mencungkil isi hati Alya lebih jauh.
"Well... sekarang you jumpa seorang yang lain daripada apa yang you pernah jumpa sebelum ni. Maybe one day, but for the time being, I prefer we stick to breakfast or lunch every now and than," jawapan Alya bagai sembilu menusuk ke hatinya tetapi dia masih cuba berlagak tenang. Terlalu memaksa menampakkan sebahagian kelemahan diri sendiri.
"I am just asking and I respect your decision," dalam hatinya Adib menyumpah-nyumpah kerana gagal lagi.
Gadis bernama Alya ini kembali menjadikan ego jiwa seorang lelaki seperti dirinya bagai disiat dan dilapah-lapah. Namun Adib cuba juga mengumpul senyum. Entah kenapa wajah manis di hadapannya ini menjadikan dirinya lebih tenang daripada kebiasaannya. Bening mata dan manis senyum Alya yang ditatapnya, menjadikan Adib seorang penerima berbanding pendesak seperti selalunya. Alya kemudiannya meminta izin untuk beredar kerana tugasan dan dengan hormat dia mengangguk tanda mempersilakan.
"By the way... it is always the best not to rush. I love your tie," Adib terpinga-pinga mendengar komen Alya sejurus gadis itu ingin berganjak keluar.
Alya meninggalkannya termangu-mangu di pintu pejabat, kelu lidah untuk berkata. Sorot tajam mata dan dengusan tidak puas hati Lieza menjadikan Adib lebih canggung berdiri di situ.
"Damn!" Adib menyumpah-nyumpah dirinya sendiri kerana jadi begitu. Kata-kata Alya menerawang di mindanya. Adakah perempuan itu tahu niat di hatinya? Atau barangkali Alya sebenarnya berbicara tentang tugasan? Dia segera mengambil fail-fail yang diserahkan Alya kepada Lieza sebentar tadi lalu masuk semula ke biliknya.
Perasaan Adib bercampur-baur. Ada rasa geram kerana sekali lagi gagal bertapak lebih jauh ke dalam hati Alya. Ada rasa cemas kerana dia boleh gagal dan bakal ditertawakan teman-teman kali ini. Namun disebalik rasa tersebut, terselit satu rasa gembira hanya kerana melihat Alya muncul menghias paginya hari ini. Entah jenis apakah rasa tersebut dia sendiri tidak pasti. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nama Azmin tertera pada pesanan ringkas.
"Keep it up, bro!"
Ah! Jiwa Adib gumal kembali. Membentak dan memarahi diri sendiri. Pesanan ringkas itu dibiarkan sahaja. Dia tahu Azmin sengaja mencabarnya secara halus. Dia sudah arif dengan sikap Azmin. Jika Adib mendesak sekalipun, bukan sahaja desakannya bakal ditolak, malah mungkin Alya bakal menjauhkan diri pula nanti. Dia tidak mahu jadi begitu. Sedang Adib larut memikirkan strategi apakah lagi yang menungkinkan Alya dijerat, Lieza tiba-tiba masuk tanpa sedikit pun mengetuk pintu seperti selalu.
"You dengan Alya tu ada apa-apa ke?" terjah Lieza dengan soalan cepumas kepadanya. Dilihat wajah masam mencuka Lieza yang masih menunggu jawapan.
"No. Why?" jawabnya acuh tak acuh.
"Habis tu why I tengok you lain macam je bila depan perempuan tu? Dah nak pasang yang baru ke?" bentak Lieza lagi. Walaupun Adib boleh melayan kerenah perempuan tetapi mempersoalkan hak dirinya itu sama sekali tidak boleh diterima. Ada had yang sentiasa diletakkannya di situ.
"Look, dengan siapa I nak bersama hari ini, esok atau lusa itu hak I. You pun dah cukup arif siapa I. You sendiri dah lama tahu reputasi I. I tak pernah paksa sesiapa untuk temankan I ke mana-mana. You pun tahu, bukan you seorang yang I pernah bawa ke bilik tidur I. I am open and you said the same. So, why you tiba-tiba nak marah?"
"Eh! At least be discreetlah. Ini depan I pun you openly cuba nak mengayat perempuan lain. Mana I tak sakit mata tengok," tegas Lieza, masih dalam nada tidak berpuas hati.
"Why should I be discreet in front of you? You dengan Azmin dan Khalid, depan I pun you boleh main mata dengan mereka. I never object to it. Jangan ingat I tak tahu you pun tidur dengan salah seorang daripada mereka. Hey! It's your choice. Same as mine," wajah Lieza terus berubah. Adib hanya memerhati sambil senyum sinis.
"Come on lah, Lieza. You tahu daripada dulu... relationship to me is total bullshit. I don't believe in that. But no one can stop me from eyeing anyone that suits my taste. Can we stop at this. I ada banyak kerja sekarang ni," Lieza mendengus keras dan kemudian berlalu keluar sambil menutup pintu bilik agak kuat.
Huh! Perempuan... tidak cukup dengan satu. Bodohkah dia ingin menyimpan baju yang sudah acapkali dipakai? Jika keadaan memaksa dia memilih untuk menganggap dirinya tidak pernah ada kaitan langsung dengan Lieza atau mana-mana perempuan, esok hari, dia boleh saja menganggap mereka tidak pernah wujud dan bersikap sedinginnya. Dia pernah melakukannya berkali-kali. Adib segera menepis situasi sebentar tadi dan kembali memberi tumpuan kepada kerja.
"Hai, Alya... lelaki, kalau yang jenis susah nak dapat ni, lagi dia suka. We'll see," bisik Adib sendiri.
YOU ARE READING
STAY
RomanceDUA jiwa bertembung dalam rentetan hidup yang telah ditentukan-Nya. Dua jiwa yang cuba mencari arah, pernah goyah, pernah patah, bangun dan tumbuh kembali. Dua jiwa yang hakikatnya berantakan dalam salah dan benar. Mencari kemaafan dan pengertian. M...