"Kularik impi dan mimpi dalam lena sunyiku malam ini. Gumal bersama kenangan yang terhenti... dan rindu yang tak kunjung pergi." – Alya
RINDU. Satu rasa yang dimiliki oleh semua manusia. Dibelek-belek gambar baba yang disimpan dalam tas tangannya. Dia rindukan lelaki itu yang sentiasa menjadi idola hatinya. Betapa beruntungnya mama kerana memiliki kasih sayang baba. Kasih sayang tanpa sempadan. Alya sering melihat baba melayani mama bagaikan mereka baru bercinta. Penuh hormat dengan kasih sayang. Setiap minggu baba akan peruntukkan masa untuk membawa mama makan malam berdua.
Selama hidupnya Alya sentiasa mengimpikan kehadiran lelaki seperti baba. Dahulu dia merasakan telah menemui ciri-ciri lelaki seperti itu dalam diri Sean. Jika ciri-ciri itu tidak ada semua pun, sekurang-kurang sebahagian besarnya ada dalam diri lelaki itu. Tetapi manusia boleh sahaja berubah menjadi sebaliknya.
Adakah perlu digadaikan segala harapan itu? Alya mengeluh kerana sedar, dia tidak mampu mengubah takdir yang telah berlaku. Sekalipun hatinya remuk, dia masih menaruh harapan untuk sebuah kebahagiaan kerana tanpa harapan dia hilang daya untuk hidup. Dia mahu terus hidup walau seberat mana sekalipun dugaan yang datang bersilih ganti.
Alya tidak berasa ingin keluar dari bilik hotel hari ini. Sarapan dan makan tengahari semuanya dihantar terus ke bilik. Ruang masa yang ada dihabiskannya dengan membaca dan berehat. Walaupun hatinya masih bimbang dengan sebarang kemungkinan, dia sedar dia tidak boleh terlalu memikirkannya. Namun dalam masa yang sama dia tidak dapat mengelak untuk mengingati kata-kata Safia. Hazrin... ya, nama itu begitu asing baginya. Adakah mana-mana teman lamanya yang bernama Hazrin? Puas dicongak kalau dia tersilap perkiraan. Masih juga nama itu begitu asing baginya. Sedang leka melayan fikir, telefon di meja berdering minta dijawab. Nama Adib tertera di skrin.
"Assalamualaikum..." lelaki itu memberi salamnya dan Alya segera menjawab lantas bertanya khabar seadanya.
"I depan rumah you sekarang, mommy dan Kak Da minta I hantarkan food untuk you, tapi I tak rasa you ada kat rumah sekarang, kan? Kereta you tak ada di porch," ujar Adib membuatkan dirinya serba-salah.
"Ya, I keluar... kenapa tak beritahu awal-awal," sengaja Alya cuba berselindung.
"I pun baru sampai rumah mommy tadi. Tak sempat masuk rumah dah kena halau jadi penghantar makanan," jelas Adib seakan merajuk. Dia cuma senyum mendengarnya.
"So, you kat mana ni? Lets meet up. I boleh bagi you food ni," soal Adib. Alya jadi serba-salah untuk menolak.
"You boleh datang ke Ritz Carlton? I jumpa kawan sekejap di sini, boleh jumpa you after this. I tunggu di The Patisserie," sengaja Alya berkata demikian agar Adib tidak tahu yang dia tidak pulang ke rumah dan tinggal di hotel tersebut. Adib mengiakan dan berkira-kira akan sampai sekitar jam empat petang kerana dia perlu ke Bangsar, menghantar makanan ke rumah ibu saudaranya terlebih dahulu.
Selepas menamatkan perbualan, Alya terus turun ke parkir untuk mengambil kasut di bonet kereta yang lebih kasual bersesuaian dengan pakaiannya nanti. Dia masih ada empat puluh lima minit lagi sebelum Adib sampai. Naik ke bilik, dia segera mandi dan bersiap. Sekadar mengenakan black ankle stratch skinny pants dan light brown waffle oversize crew long neck t-shirt yang menjadi kegemarannya, dipadankan dengan casual lightwear flat shoes berwarna hitam. Rambut lurusnya dibiarkan lepas. Alya sekadar mengenakan temperature type lipstick, lebih mudah. Dia memang gemarkan gaya ringkas sejak dahulu.
Ketika jam berganjak ke angka 3.50 petang, Alya terus turun ke The Patisserie. Sengaja dia turun lebih awal agar Adib tidak mengesyaki apa-apa nanti. Tidak ramai pengunjung di situ petang ini. Pelayan segera datang mengampirinya untuk menyerahkan menu.
YOU ARE READING
STAY
RomanceDUA jiwa bertembung dalam rentetan hidup yang telah ditentukan-Nya. Dua jiwa yang cuba mencari arah, pernah goyah, pernah patah, bangun dan tumbuh kembali. Dua jiwa yang hakikatnya berantakan dalam salah dan benar. Mencari kemaafan dan pengertian. M...