BAB 3

98 10 0
                                    


"... somehow our mind can play a trick, a playful scene yet powerful enough to stand between imagination and reality; both never run far from one another" – Adib


PEREMPUAN... hakikatnya sama sahaja bagi Adib.Mula-mula memang malu-malu, kemudiannya bagaikan kelkatu menghurung lampu. Apa bezanya gadis bernama Alya ini bagi dirinya. Tiada beza apa-apa. Esok lusa pasti berada dalam genggamannya juga. Adib senyum sendiri ketika beredar tadi. Melihat sinar bundar di mata Alya, redup damai. Membayangkan mungil ulas bibir merah gadis itu, mengundang debar di dadanya. Mengingati lunak suara Alya, mengundang segala macam rasa dan kemahuan. Alya atau perempuan yang lain itu baginya hanya satu objek yang boleh diperguna, tetap sama sahaja. Pusing ke kiri, pusing ke kanan, dia boleh gamit yang mana sahaja yang disukainya. Perempuan baginya hanya sekadar pakaian... sesuatu yang perlu, tidak semestinya kekal satu.

Kembali ke pejabat sendiri, Adib disapa Lieza. Gadis genit yang dilantik menjadi setiausaha sulitnya. Perempuan baginya sama sahaja. Samada yang sudah berkahwin atau belum. Jika pandai berbahasa, ada wang ringgit yang boleh dikorbankan, yang sudah berpunya pun boleh sahaja menjadi pemuja. Yang malu-malu pun boleh sahaja bertukar bila malam tiba. Dia sudah cukup masak dengan perilaku yang sebegitu. Apa bezanya Alya? Hanya satu perlumbaan untuk dijadikan satu lagi tawanan dan dibawa ke kamar tidur."We'll see how long will it takes for this one," kata-kata Azmin, salah seoarang rakan sepejabat, terngiang-ngiang ketika mereka keluar berhibur semalam.

"Betting as usual, my friend?"

"I believe in you, Dib..." balas Khalid sambil menepuk-nepuk bahunya.

"My man... we all believe in you. It's not about win or loose anymore. It's about how long will it takes," Tian, lelaki tionghua pula bersuara.

"Okay... okay... I'm in," balas Adib menyahut cabaran.

"The last time... it took you two weeks, Adib. You should do better than that. If one of us get her first... you'll throw the party," Azmin sekali lagi bersuara bagai menginjak-injak ego lelakinya.

"Kau memang selalu tak mahu mengaku kalah, Min. Dah berkali-kali kau gagal pun masih juga ada hati nak mencabar aku. Kalau aku gagal sekalipun, aku tak peduli jika yang mencabar aku adalah orang macam kau," bisik hatinya setiap kali teringatkan kata-kata Azmin. Lelaki tinggi lampai itu memang tidak pernah mahu kalah. Walaupun berkawan baik tetapi seakan ada pertandingan senyap di antara mereka.

Jika ada perempuan baru, bekerja di pejabat ini, begitulah selalunya sembang kosong mereka. Seakan perempuan-perempuan itu satu bentuk permainan. Jika perempuan itu punya paras rupa, bualan itu boleh jadi lebih hangat. Seperti selalunya dia tidak mahu kalah dan dia tidak pernah kalah. Adib kembali tersenyum sendiri mengingati wajah Alya jauh lebih cantik berbanding perempuan-perempuan lain yang pernah dibawa ke bilik tidurnya. Mengingati kembali susuk tubuh Alya yang tinggi lampai. Membayangi kembali leher jinjang, rambut lurus paras bahu, kulit mulus dan susun atur langkah Alya, mengiurkan.

Tengah hari ini adalah permulaan. Permulaan untuk Adib menyusun kata-kata. Pedulikan sahaja dengan sejarah-sejarah lepas yang masih berlegar daripada mulut ke mulut. Selama ini pun sejarah dirinya tidak pernah putus berlegar namun dia yakin, bahawa perempuan itu sama sahaja. Ibarat kelkatu menghurungi cahaya lampu. Walau tahu implikasi pun, kelkatu tetap menghurungi lampu juga hinggalah gugur kepak dan jatuh bertimpa-timpa ke bumi. Adib tersenyum sinis.

"Well... obviously I am not the kelkatu in this issue," Adib berkata kepada dirinya sendiri.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan Lieza masuk sambil membawa beberapa fail yang dimintanya. Sudah dua kali Lieza bermalam di rumah bujangnya. Tanpa perlu dia susah berusaha.

"Ini fail-fail yang you minta. Puan Zahara minta you attend meeting dengan NesDa Corp petang nanti," ujar Lieza sambil menghulurkan fail-fail di tangannya. Dia segera mengambil fail-fail tersebut.

"Remind I semula nanti, takut I terlupa."

"EmM.. tengahari ni jom lunch sama-sama," pelawa Lieza bersahaja.

"Tengahari I dah ada lunch appointment di luar, malam ni I free. If you don't mind," jawabnya sambil melihat reaksi Lieza.

"At your home? Dinner on you?" Lieza kelihatan gembira seperti anak kecil diberikan gula-gula.

"Yes... dinner on me. Kalau straight to another kind of dinner pun bagus juga," diberikan senyum penuh makna kepada Lieza dan gadis itu seakan tahu apa yang dimaksudkannya.

"We'll see..." kata-kata Lieza seolah seperti bermain-main di pintalan nafsu lelakinya. Adib tahu dia tidak pernah gagal. Dia tahu apa sahaja yang di inginkannya pasti akan di perolehi, lambat atau cepat. Dilihat langkah Lieza yang berlalu keluar.

"See you tonight..." ujar gadis itu sebelum menutup pintu.

Ah, ramalnya, dia pasti tidak perlu bersusah-payah untuk bawa Lieza ke kamarnya lagi. Teringat bebelan mama yang sering mengharapkan dia mengahiri zaman bujangnya segera. Adib ketawa sendiri. Kahwin? Tidak pernah ada dalam kamus hidupnya sejak sekian lama. Sejak dia melihat sendiri bekas kekasih meniduri teman baik sendiri.

Pernah satu ketika Adib seperti orang lain yang percaya tentang perhubungan. Percaya pengakhiran perhubungan tersebut perlulah berlandaskan yang baik-baik. Pernah satu masa, dia menjunjung perhubungan itu cukup tinggi dan menjaganya sebaik mungkin. Tetapi pilihan yang disangkakannya terbaik sebenarnya palsu. Hilang lenyap segala jujur dan ikhlas. Hancur lebur segala cinta dan janji.

"Apa yang kau nak marah sangat? Bukan aku yang minta kau jadi setia. Kau yang tak kenal aku. Salah aku ke kalau kau yang percayakan aku membabi-buta? Aku yang paksa kau ke? Well, I can choose to sleep with whoever that I want. That's my choice. Kalau kau tak dapat beri apa yang aku nak dan kawan baik kau yang dapat beri, why not?" kata-kata pedih itu masih terngiang-ngiang di telinga Adib hingga kini.

Panas. Hatinya panas. Egonya tercalar. Maruahnya bagai diinjak dan sedikit demi sedikit dia berubah menjadi dirinya yang sekarang. Kahwin? Apa perlunya perkahwinan jika tanpa semua itupun dia mampu memiliki apa yang di perlukan nafsunya? Jika mahu, setiap malam katil empuknya boleh saja dipanaskan. Tiada siapa yang boleh menghalangnya.

Bebelan mama yang meminta dia segera berkahwin tidak sedikit pun mampu mengubah persepsinya tentang perkahwinan. Dia tahu, ikatan perkahwinan tidak mungkin ada dalam kamus hidupnya. Hati dan pendiriannya tidak sejajar dengan semua itu lagi.

"Hai, Adib... siang kau kena korban sikit duit dan masa untuk dapat 'ayam' baru. Malam nanti kau dapat hadiah free ayam sedia ada.. haha," Adib ketawa puas.

Pesanan ringkas daripada Puan Zahara yang meminta dia ke biliknya mematikan apa yang sedang difikirkan Adib. Dia segera meneliti fail-fail dan dokumen di dalamnya satu-persatu. Buruk macam manapun keperibadiannya, itu soal personal. Bila berkaitan tentang kerja dia tidak pernah menganggapnya perkara remeh. Soal kerja dan soal peribadi adalah dua perkara berbeza. Yang satu itu tidak sesekali akan diabaikannya.

"Lieza, I'm heading to Puan Zahara's office. Kalau ada call jangan divert ke handphone I. I don't want to be disturb masa jumpa Puan Zahara nanti. Just take the message," ujarnya memberi arahan seperti kebiasaan jika dia perlu menghadiri mesyuarat atau berjumpa dengan Puan Zahara.

STAYWhere stories live. Discover now