BAB 10

93 8 0
                                    


"Terkadang aku ingin pulang ke daerah ini selamanya namun hakikat menjadikan daerah ini racun yang membunuh." – Alya


DINGIN malam seakan mengigit lumat jiwa Alya kala ini. Kesunyian yang bercampur-baur bersama rindu dan dendam yang bercabang-cabang. Perit dan ngilu yang entah bila akan hilang. Kenangan-kenangan yang membunuh seluruh senyum daripada jiwanya. Perlahan-lahan airmata itu kembali gugur. Kamar sunyi ini, menjadi satu-satunya saksi kecamuk hatinya. Gelodak yang bagaikan bom jangka mampu meletup dan membunuh dirinya bila-bila masa.

Kelmarin Alya mengambil keputusan untuk mengambil cuti panjang dan pulang ke Greece. Kembali ke bandar Nafplio yang sudah lama ditinggalkannya. Rindu terhadap mama dan adik. Ya, rindu. Dia rindu untuk menyusuri Arvanitia Promenade dan menikmati lorong-lorong sempit berbatu serta bandar medieval lama. Sebahagian usianya dihabiskan di daerah indah penuh sejarah itu. Dia rindukan kenangan-kenangan manis di sini. Walaupun ada di antara kenangan-kenangan itu akhirnya menyebabkan dia berkelana jauh.

"Alya, dinner jom..." tegur mama sambil mengusap lembut kepalanya. Ya, dia rindukan suara mama. Lembut mendamaikan.

"You look thin. No food to eat or what over there," seloroh adiknya, Adra.

"Am I? Tak adalah kurus sangat, kan mama?"

"Kurus. Betul cakap Adra tu."

"You need to move on. I can find someone even better for you," tempelak Adra lagi kerana sudah terlalu faham akan sifat kakaknya ini yang masih tidak sembuh daripada luka hatinya.

"Adra..." tegur mama agar perbualan sebegitu dihentikan.

"So, how long are you going to stay this time?" soal Adra lagi. Adiknya itu memang petah bercakap sejak kecil. Ada sahaja yang ingin disoal atau dijadikan bahan perdebatan.

"Two weeks."

"Hopefully..." Adra seakan tahu jika tidak kena gayanya percutian selama dua minggu ini boleh saja disingkatkan bergantung kepada bagaimana Alya berhadapan dengan kecamuk di jiwanya sendiri.

"How's your school?" cuba dialihkan bual adiknya sebentar tadi.

"I hate the lectures. This one week holiday is like a dream come true," jawab Adra sambil menggayakan lagak betapa bersyukurnya dia dapat kembali ke sini.

"Pernah ke adik suka attend class? Esok teman Kak Aya ke Bourtzi."

"Expenses on you?"

"Of cause lah..."

"Okay... on."

Usai makan malam Alya kembali ke balcony menikmati keindahan malam. Kedudukan rumahnya yang berada di kawasan yang agak tinggi, membolehkan dia menikmati suasana malam di bandar Nafplio yang indah dilimpahi cahaya.

"Alya..."

Dia berpaling melihat mama yang datang menghampiri dan kemudian duduk disebelah. Bahu Alya durangkul dalam pelukan mama.

"Are you okay, sayang?"

"Alya okey mama, jangan risau."

"It's been years, Alya... I'm worried seeing you sad. Mama nak anak mama happy macam dulu. Kalau baba ada, dia pun mesti risaukan Alya".

"Mama, Alya okey. Don't worry."

"You always say you are okay when you are actually not. Mama mungkin tak faham apa yang Alya lalui dan apa yang Alya rasa. Tapi mama tahu Alya tak gembira. Mama rindu anak mama yang dulu. Anak mama yang vibrant, carefree. Mama dah lama tak lihat anak mama yang dahulu. Mama rindu," ujar mama sambil mengelus lembut rambutnya. Dia cuma mampu diam.

STAYWhere stories live. Discover now