"Yang kau lihat hanyalah satu jasad; jiwanya berterbangan, teroleng dan hilang entah ke mana. Mampukah kau terus melihat indah?" – Alya
ALYA sedar siapa dirinya. Dia tidak pernah rasa layak untuk kembali merasai nikmat bahagia. Setiap hari dia perlu berperang dengan gelodak perasaan yang adakala sukar di mengertikan. Ada masa dia penat untuk terus hidup dalam rasa takut dan resah. Ada ketikanya pula dia berharap diberi peluang agar jiwanya terubat kembali. Ada juga waktu-waktu di mana dia merasakan dia mahu menyerahkan hatinya agar dimiliki kembali oleh seseorang; di sayangi dan di cintai.
Sampai bila dia harus berperang dengan pelbagai rasa ini? Lelahnya semakin menggunung. Alya sedar jiwanya tidak sihat. Dia tahu dia perlu mencari jalan keluar daripada rasa sakit ini. Namun kekuatannya semakin menipis. Airmatanya mencurah laju. Segalanya dipendam sendiri dan dia tidak tahu bagaimana untuk meluahlan segala yang terbuku di hati.
"Kalau you need to talk just call or message me later, okay?" kata-kata Adib itu sekali lagi menumpahkan tangisnya. Tiba di rumah, direbahkan tubuh ke sofa dan Alya menangis lagi. Apabila tangisnya kembali berkurang, dia segera naik ke bilik. Kosong. Ya, kosong sentiasa menunggunya di mana-mana.
Alya lantas menghantar pesanan kepada Adib menyatakan yang dia sudah sampai ke rumah kemudian terus membersihkan diri dan menunaikan solat. Di luar rumah kedengaran bunyi guruh menandakan hujan bakal turun bila-bila masa. Dipasangnya musik lembut supaya tidak terlalu sunyi. Dia segera berbaring dan menutup lampu utama dan dibiarkan lampu tidur terpasang agar tidak terlalu gelap.
Bunyi guruh semakin galak. Ketika kecil dahulu, jika bunyi guruh begini, Adra pasti akan datang ke bilik Alya. Bukan kerana adiknya itu takut tetapi lebih kepada memahami dirinya yang memang tidak sukakan bunyi guruh. Sedang fikirannya menerawang, telefon di atas meja tiba-tiba berbunyi. Nama mama terpampang di skrin.
"Assalamualaikum, mama," jawabnya lembut.
"Wa'alaikumussalam. Alya dah nak tidur ke?" tanya mama. Alya menidakkan.
"Dah makan?" tanya mama lagi. Alya segera mengiakan. Dia tahu mama risaukan dirinya.
"Mama nak beritahu, mama baru dapat news, Uncle Nikos passed away a few hours ago," ujar mama lembut.
"What?! Hari tu Alya jumpa, he looked just fine," sungguh dia benar terkejut. Baru bulan lepas, dia duduk santai di restoran milik Uncle Nikos, berbual-bual dengan rakan baik baba.
"He passed away in his sleep, sama macam baba," ujar mama sedih barangkali teringatkan baba.
"Esok Alya call rumah Uncle Nikos, ya. Aunt Grace would be happy to hear from you even if you can't be there for her," sekali lagi mama bersuara. Alya mengiakan kehendak mama. Ya, dia cukup arif tentang makna kehilangan.
"Alya..." suara mama terhenti di situ, seolah-olah sedang menyusun ayat yang terlalu rumit.
"Mama sayang Alya. Please jaga diri, jaga kesihatan. Losing baba is indeed hard, sayang. Mama risaukan Alya. Adik pun risaukan Alya. Mama tak tahu nak maafkan diri mama jika jadi apa-apa kepada Alya. Alya faham, kan?" suara lembut mama kedengaran begitu sayu menusuk hatinya.
"Mama, janganlah risau. Kan Alya cakap, hari tu masa di wad ada kawan yang tolong temankan Alya. Alya tak mahu beritahu Mama Ngah sebab nanti mesti dia call mama dan buat mama risau. Alya tak mahu mama risau. Alya okey," jelas Alya bagi menenangkan hati mama.
"Nanti kenalkanlah kawan tu dengan mama dan cakap terima kasih sebab tolong jagakan anak kesayangan mama waktu sakit. Dua hari lagi mama datang, bolehlah jemput kawan tu makan di rumah. Mama masak," balas mama buat dia serba salah namun didiamkan sahaja.
"Okeylah, tidur ya, dah lewat malam, kan? Baca doa tidur ya, sayang."
Alya mengiakan permintaan itu kemudian memberi salam kepada mama sebelum mengakhiri perbualan. Di luar hujan sudah mula turun menambahkan lagi rasa dingin malam itu. Jika sekalipun dipaksa diri untuk lena, Alya tahu dia tetap tidak mampu lalu dibiarkan lamunannya menerawang. Gambar-gambar yang berada di dalam telefon dilihatnya satu-persatu. Kebanyakkannya adalah gambar dia, Adra dan mama. Dalam banyak gambar tersebut terselit satu gambar selfie yang diambil oleh Adib menggunakan telefonnya ketika mereka keluar makan malam beberapa bulan lepas. Alya sudah hampir lupa tentang gambar itu.
"Come, I ambil gambar selfie kita," Adib tiba-tiba mengambil telefon dari tangannya.
"Hey!" Alya tidak mampu berbuat apa-apa. Semuanya berlaku sekelip mata.
Dilihat kembali gambar tersebut. Alya yang kelihatan tidak berpuas hati memandang ke arah Adib manakala Adib pula kelihatan gembira; ketawa menampakkan lesung pipit di pipinya.
"Simpan gambar ni. Mahal ni tau. I mana suka selfie sangat. Kiranya, you dapat selfie dengan orang handsome macam ni bertuahlah tau. Mana tau esok lusa famous boleh jual," Adib berseloroh.
"Hish! Perasan. Nanti I delete."
Entah kenapa dia masih terus menyimpan gambar tersebut hingga kini. Alya mengeluh lagi. Diletakkan telefon ke meja dan cuba memejamkan mata. Ketika itu juga telefonnya berbunyi lagi. Mulanya dibiarkan sahaja namun gerak hatinya menyuruh agar melihat siapa yang cuba menghubunginya. Adib.
"Assalamualaikum," kedengaran suara Adib dihujung talian
"Wa'alaikumussalam," jawabnya perlahan.
"I dah agak you belum tidur, hebat juga telahan I ni," ujar Adib seakan bangga dengan diri sendiri. Alya cuma senyum.
"Kenapa you call ni?"
"Sebab I tau you kalau dengar suara I mesti lepas ni lena ke awan biru. Dahlah handsome suara pulak boleh jadi ubat tidur," jawab Adib membuatkan Alya ketawa.
"I tak pernah jumpa lelaki yang openly perasan macam you ni. Mana you tau entah-entah dengar suara you ni nanti I dapat mimpi ngeri?"
"Eh! Kalau your mom dengar suara I, mana you tau entah-entah dia cakap, Can you be my menantu? Possibility tu ada," ujar Adib penuh yakin. Alya ketawa lagi.
"Ya Allah perasan dan yakinnya dia."
"You tengah buat apa tadi?"
"Baring. Dah tutup mata pun tadi."
"Bohonglah tu," Alya cuma ketawa mendengar balas Adib.
"Kenapa you tak tidur lagi? Dah lewat ni," soal Alya
"Hujan-hujan ni waktu paling best untuk berangan."
"Berangan pasal apa? Ada staff perempuan baru masuk kerja ke?" saja dia menyindir. Adib ketawa mendengar pertanyaannya.
"You ni... pedih menusuk. Mana ada berangan semua tu." Dia hanya mendengar omelan Adib daripada satu perkara ke satu perkara yang lain. Sesekali Alya menyampuk dan entah bila masanya dia seakan dibuai tenang dan terlena.
Ketika bangun keesokan pagi di periksa telefon yang masih ada di dalam genggamannya. Rasa bersalah terus menyelubungi diri kerana sedar yang dia terlena sekaligus membiarkan Adib di talian. Alya cepat-cepat memeriksa telefon dan satu pesanan daripada Adib tertera di skrin. Segera dia membacanya. Antara rasa bersalah dan gembira, senyuman di bibirnya bergumpal menjadi satu terus ke hati.
"Goodnight, Alya. I tau you susah nak tidur. At least now I know you did sleep. Sweet dream. May Allah ease whatever that worries you."
YOU ARE READING
STAY
RomanceDUA jiwa bertembung dalam rentetan hidup yang telah ditentukan-Nya. Dua jiwa yang cuba mencari arah, pernah goyah, pernah patah, bangun dan tumbuh kembali. Dua jiwa yang hakikatnya berantakan dalam salah dan benar. Mencari kemaafan dan pengertian. M...