BAB 32

95 3 0
                                    


"Esok, jika akhirnya kubuka pintu ke taman hatiku, mungkinkah kau bisa menjadi bayu mendamaikan atau barangkali kau sudi menjadi langit, memayung ubunku?" – Alya

DIA segera mengaktifkan telefon bimbitnya sejurus kapalterbang selamat mendarat dan berhenti. Jam menunjukkan pukul sembilan pagi waktu tempatan. Alya malas untuk tergesa-gesa menurunkan bagasi lalu membiarkan penumpang lain berbuat demikian terlebih dahulu. Penerbangan kali ini memakan masa empat belas jam. Sungguh meletihkan. Dia tidak mahu tergesa-gesa dan lebih rela membiarkan penumpang lain keluar terlebih dahulu kemudian barulah diturunkannya bagasi dari ruang penyimpanan.

Pramugari Qatar Airways segera mengucapkan selamat jalan kepada Alya sejurus dia keluar dari perut pesawat menjadikannya penumpang terakhir yang keluar. Dia terus menuju ke ruang imigrasi untuk urusan dokumentasi dan kemudian ke balai ketibaan. Hati Alya masih sarat dengan pelbagai rasa. Segera dihantar pesanan kepada ibunya menyatakan yang dia sudah selamat sampai agar wanita itu tidak risau. Beberapa pesanan ringkas masuk ke taliannya. Kebanyakkannya berkenaan dengan urusan kerja dan salah satu daripadanya adalah pesanan daripada Adib. Dia segera membacanya.

"Alya, nanti dah sampai do text me. I dah sampai airport pukul lapan tadi but your flight belum touch down."

Dia cuma senyum kemudian singgah seketika di tandas untuk membersihkan muka dan mengemaskan diri. Dibiarkan saja wajahnya tanpa sebarang solekan walau secalit gincu. Rambutnya yang dibiar lepas segera diikat kemas. Dia cuma memakai t-shirt tanpa kolar lengan panjang berwarna putih, seluar jeans dan snickers. Entah kenapa walau tidak berdandan cantik dia masih tetap mahu kelihatan kemas di mata Adib.

Selesai sahaja Alya kembali mengatur langkah menuju ke pintu balai ketibaan. Dari jauh lagi kelihatan sudah ramai yang sedang menunggu ketibaan keluarga atau rakan masing-masing. Kelibat Adib tidak kelihatan di kalangan yang ramai itu. Sejurus keluar, barulah Alya melihat Adib berdiri di sisi sebelah kanan. Senyum lelaki itu tumpah ke pandangan matanya.

"Hi," tegur Adib dan Alya hanya membalasnya dengan senyuman.

"Come let me carry the backpack and luggage. You hold the sweater," Adib terus mengambil beg di bahu Alya dan bagasi yang diheretnya. Dia hanya membiarkan sahaja tambahan bantahan. Sesekali Alya melirikkan pandangan ke arah Adib yang juga kelihatan santai dengan hanya mengenakan kemeja kelabu, jeans dan sport shoes.

"Kita singgah di Mitsui sekejap, ya. Lets have our breakfast there sebelum I hantar you balik," ujar Adib lagi. Alya cuma mengangguk dan beriringan mengikut rentak langkah Adib. Sampai di petak parkir, Adib segera membuka pintu bahagian penumpang untuknya sebelum bagasi dan beg galas dimasukkan ke bonet kereta. Sepanjang perjalanan ke Mitsui mereka hanya diam melayan fikiran masing-masing. Hanya bila mereka tiba di restoran Grill & Bars, duduk dan kemudian memesan makanan barulah Alya bersuara.

"You tak kerja?"

"I ambil off day, letih asyik travel saja bulan ni," jawab Adib.

"Bukan sebab nak jemput I?" Adib segera memandang tepat ke wajahnya. Alya cuma senyum. Makanan yang dipesan tadi cuma dijamah sedikit sahaja. Dia masih tidak berselera. Cukup sekadar dapat melegakan tekaknya dengan minuman panas. Itu sudah memadai.

"You look really tired," ujar Adib setelah lama diam menikmati makanan yang dipesannya. Dia cuma mengangguk. Adib segera memanggil pelayan untuk mendapatkan bil. Mereka kemudian bergerak semula menuju ke kediamannya.

"Kalau mengantuk, tidurlah. Nanti sampai I kejutkan," mungkin Adib sudah beberapa kali melihat dia tersengguk-senguk. Alya hanya melihat wajah Adib tanpa sepatah kata, direndahkan sedikit kerusi, bersandar dan kemudian terus terlena.

STAYWhere stories live. Discover now