BAB 23

241 3 0
                                    


"Salah diungkap, tafsir terlindung kala hati ini hilang arah mencari diri. Kaki tersadung kala tubuh ini minta ditampung" – Alya

"SELAMAT pagi Cik Alya. Alhamdulillah dah masuk kerja semula," sapa Safia sejurus Alya tiba di pejabat. Alya segera menghulurkan senyumnya kepada Safia lalu terus masuk ke bilik. Sudah seminggu bilik ini tidak dijengah namun dia tahu Safia tetap menguruskannya dengan baik.

"Hari ni Cik Alya kena minum jus dan air kosong. No more coffee for a while," ujar Safia lalu meletakkan segelas jus oren dan satu botol air mineral di hadapannya.

"Thank you, Safia," jawabnya ringkas.

"Cik Alya dah sarapan? Kalau belum saya turun ke cafe belikan apa yang Cik Alya nak," pelawa Safia.

"Tak apa Safia saya dah sarapan di rumah tadi. Terima kasih. You should take your breakfast. I'm okay. Really," ujarnya kerana dia tahu Safia prihatin dengan keadaan dirinya yang baru sembuh daripada sakit.

Kalau boleh Alya mahu fokus kepada kerja-kerja yang banyak terbengkalai sepanjang ketiadaannya. Dokumen-dokumen yang disusun kemas oleh Safia di atas meja perlu disemak satu-persatu.

"Oh! Ya, Safia... tolong setkan meeting dengan team creative esok. Whole day, ya? Hantar invitation dan minta mereka block the time and date. Starts at ten o'clock. I nak semua hadir, ya?"

"Baik, Cik Alya. Ada apa-apa lagi?" Digelengkan kepalanya tanda tiada lagi arahan lain untuk Safia.

Dia kembali membaca dan menyemak dokumen-dokumen di atas meja. Semuanya perlu disemak dengan teliti. Selesai menyemak dokumen-dokumen tersebut, dia beralih pula melihat design concept yang dicetak oleh pekerjanya. Sesekali dia menanda atau memberi komen pada bahagian-bahagian yang perlukan perubahan atau pembetulan.

Alya berhenti seketika lalu menyemak emel di dalam inbox ketika ketiadaannya. Risau jika ada antara emel tersebut memerlukan tindakan segera. Syukur juga, tiada. Hingga waktu berganjak ke tengahari barulah dia dapat menyandarkan badan ke kerusi. Diurut bahunya yang sedikit sakit.

Baru dia teringat, Adib tidak pula datang ke pejabatnya hari ini. Malah Adib tidak kelihatan di ruang cafe juga. Kali terakhir dia bertemu dengan Adib adalah pada petang Ahad lepas ketika Adib menjemput Suri pulang. Dia terus menekan nombor talian Safia, "Safia, Encik Adib ada datang ke sini sebelum saya sampai tadi?" soalnya.

"Maaf Cik Alya, kalau tak silap saya Encik Adib outstation ke Jakarta dengan Puan Zahara malam semalam. Saya pun dapat tahu daripada staff bahagian pemasaran. Cik Alya perlukan approval daripada jabatan pemasaran ke, maybe boleh terus direct dengan Mr. Tian since dia deputy manager," jelas Safia panjang lebar.

"Oh, okey tak apa nanti saya deal direct dengan Mr. Tian. Saya akan keluar sekejap lagi, nanti tolong ambil color proof untuk proposal concept atas meja saya ni. Then dokumen yang dah saya semak ni, mana-mana kesilapan please do the amendment. Just letak semula yang sudah dibaiki atas meja saya. Nanti saya akan tandatangan," jelas Alya.

"Baik, Cik Alya."

Alya lantas meneguk air mineral yang disediakan Safia pagi tadi. Tekaknya terasa kering. Sekejap lagi dia perlu ke hospital untuk konsultasi susulan. Alya kemudian mencapai telefon dan meliha semula kesemua pesanan ringkas antara dirinya dan Adib. Sesekali dia senyum. Sesekali dia mngeluh.

Sedang leka, tiba tiba telefon di tangannya berdering dan nama mama tertera di skrin. Waktu ini di Greece baru sahaja pukul enam pagi. Dia segera menjawab panggilan itu.

"Hello, asslamualaikum mama," ujarnya lembut.

"Wa'alaikumusalam. Alya, did you sakit masuk hospital last week?" kedengaran suara mama cukup tegas. Dia terdiam seketika. Siapa pula yang memberitahu mama tentang perkara itu. Alya jadi serba-salah.

"Mama tanya ni. Kenapa diam?"

"Ma, Alya dah okey. Jangan risau," jawab Alya dengan seribu rasa bersalah.

It's not about you are okay or not Nuril Alya. I am your mother. I deserve to know about your well being. Mama dapat tahu pun daripada adik sebab pihak syarikat hubungi dia. Itu pun last Saturday baru adik dapat inform mama sebab dia ada assigment di luar kawasan tak ada coverage," marah mama.

"Alya minta maaf, ma. Alya tak ada niat nak susahkan hati mama," jelasnya mengakui kesilapan diri.

"Kenapa beri nama dan contact number adik saja kepada syarikat in case of emergency? Kenapa tak letak nama mama sekali. Alya dah tak sayang mama ke?" bentak mama di hujung talian.

"Mama, bukan macam tu. Alya tak nak mama risau. Really. Alya minta maaf. Alya dah okey, dah sihat dan dah masuk kerja hari ni," jelasnya lagi memujuk si ibu.

"Macam tu je la alasan. Your anxiety is getting worst isn't it? Jangan bohong dengan mama kali ni," suara mama masih tidak menunjukkan marahnya sudah berkurang. Alya hanya diam tanpa jawapan.

"Mama tak mahu Alya bergantung kepada ubat semata-mata. You have to seek professional help, Alya. Please do so. If only you cooperate with the authority to get the culprit that harmed you, maybe you can start living," Alya tetap diam tanpa kata.

"Do you love, mama?"

"Ma, kenapa cakap macam tu?" sayu di hati Alya mula tumbuh.

"Habis tu apa mama cakap semua Alya tak nak dengar. Kalau Alya sayang mama, sayang adik mesti Alya dengar nasihat mama. Mama dah minta pihak syarikat untuk tukarkan nama dan nombor telefon keluarga tedekat," Alya kembali diam. Tidak perlu menegakkan kesilapan nyata seperti itu.

"Bulan depan mama datang. Adra is going to sit for her exam next week. Alya tahu tak risau mama ni macam mana? I don't want to hear any excuse from you, bulan depan mama akan datang and young lady, you better take the time to think," mama terus mematikan talian.

Alya termenung seketika. Ya, dia mengakui kesilapan sendiri. Bukan tidak diingatkan Adib sebelum ini tetapi dia kasihankan mama. Dia tidak mahu menyusahkan mama. Sambil mengeluh berat, dikemaskan handbag kerana dia perlu ke hospital semula.

"Safia, saya keluar dulu. Kalau ada call urgent berkenaan kerja just divert the call to my handphone. If not just ambil message. Saya tak pasti akan masuk ke pejabat semula," jelasnya kepada Safia yang pantas menganggukkan kepala. Fikirannya menerawang entah ke mana dan ketika itu juga satu pesanan ringkas masuk ke telefon bimbitnya.

"Kak Ya, are you okay? I'm sorry I have to inform mama, I am so worried," pesanan daripada Adra dibacanya. Dia mengeluh lagi.

"Ya, Kak Aya, okey. Jangan risau. Please pujuk mama for me, ya. Kak Aya dah masuk kerja pun. Lepas kerja nanti Kak Aya call adik, okey? Jangan risau, nantikan nak exam," dibalas pesanan ringkas Adra agar adiknya itu dapat bertenang.

Dia sudah cukup arif dengan sikap Adra. Nampak sahaja kasar tetapi hatinya lembut. Mudah risau sama seperti mama berbanding dengan dirinya yang lebih mengikut sikap baba. Tidak mengapalah, jika terpaksa mendengar bebelan mama selama manapun dia akan menerima seadanya kerana kesilapan itu sudah jelas memberat kepada dirinya sendiri.

STAYWhere stories live. Discover now