"...dan akulah awan yang meluruh ketika kau menjadi angin yang mengoleng hidupku" – Adib
"MACAM mana Alya boleh rebah? Doktor cakap apa?" soal mommy bertalu-talu sejurus tiba dan bertemu dengannya di perkarangan unit kecemasan. Wajah ibunya itu dan Kak Da yang turut datang kelihatan betul-betul terkejut dan risau.
"Belum tahu lagi mommy, doktor belum keluar lagi."
"Ya ALLAH... lepas kes hari tu dia macam mana? Adib tak ada jumpa dia ke? Tak tanya khabar dia ke?" soal Puan Azah lagi.
"Pagi tadi Adib breakfast dengan dia mommy. She looks just fine cuma..." belum sempat Adib menghabiskan ayat, ibunya bertanya lagi.
"Cuma? Cuma apa?"
"Dia nampak macam letih, Adib tanya juga... dia cakap dia tak dapat tidur semalam. Adib tanya dia okey atau tidak dia jawab dia okey saja. She looks fine, just a bit tired. That's all," jelasnya.
"Ada tanya dia ke kalau-kalau ada masalah lain?"
"Mommy, takkan Adib nak tanya lebih-lebih. That's too personal," bukan Adib tidak terfikir untuk bertanya lebih dalam tetapi siapalah dia untuk berbuat demikian.
"Dah hubungi ibunya?"
"Dah lewat nak minta contact number daripada HR. Orang pun dah balik semua dah ni. Dapat saja info daripada doktor Adib minta HR terus contact family dia di Greece," jelas Adib lagi,
"Sebelum ni masa kawan dia meninggal, bukankah Adib ada call ke sana?"
"Adib call handphone dia, mommy. Bukan call direct telefon rumah," dia rasa seperti dipersalahkan pula. Ibunya sesekali menjenguk lorong menghala ke bilik rawatan. Kak Da juga turut mengikut rentak ibunya itu.
"Family terdekat di sini?" soal Kak Da turut risau.
"Ada. Tapi macam Adib cakap tadilah. HR saja yang ada contact number."
Hampir satu jam mereka menunggu barulah seorang doktor lelaki datang berjumpa dengan mereka. Puan Azah menjadi orang pertama yang bangun dan bertanya keadaan Alya. Jelas kerisauan yang ketara daripada suara ibunya itu.
"Alhamdulillah kami berjaya stabilkan keadaan dia. Jantungnya agak lemah dan pernafasan juga sama. Buat masa sekarang kami terpaksa tidurkan dia untuk direhatkan. Just now kami lakukan prosedur untuk masukkan endotracheal tube supaya dia boleh disambungkan ke mesin vantilator bagi membantu menstabilkan paru-paru dan jantungnya. Kami akan tempatkan dia di ICU untuk proses pemantauan. Petugas sekarang sedang uruskan proses pemindahan dia ke unit ICU. Mereka akan jumpa puan sekejap lagi," jelas doktor tersebut kepada ibunya.
"Are there any other injuries, doctor?" soal Adib pula
"Tidak ada since saya diberitahu ada someone yang sempat sambut waktu dia rebah. Jika tidak kami risau juga jika kepalanya terhantuk. Boleh berlaku pendarahan," Adib sedikit lega dan mangangguk-angguk tanda faham.
"Saya tengok passed record, dia pernah warded di sini atas masalah yang lebih kurang sama. Saya akan rujuk dengan doktor yang pernah merawat dia sebelum ini sebab jika berdasarkan info yang encik beri kepada paramedik tadi, she had all the symptoms of PTSD cuma saya tak boleh disclose in detail. Mohon encik hubungi keluarga terdekat dia," jelas doktor itu lagi kemudian meminta izin untuk beredar. Selang beberapa minit seorang jururawat muncul memintanya melengkapkan maklumat.
Kemudian mereka diiring ke unit ICU kerana Alya sudah sedia dipindahkan ke sana. Masuk sahaja ke bilik yang menempatkan Alya, kelihatan tubuh kaku Alya terbaring di atas katil. Ventilator tube disambungkan ke mulut Alya bagi memudahkannya bernafas manakala tiub-tiub berseliratan di tangan dan dada Alya. Mata Alya tertutup rapat. Wajah Alya kelihatan sungguh pucat. Hanya dadanya yang kelihatan turun naik perlahan-lahan. Puan Azah segera menggenggam dan mengusap lembut tangan Alya.
"Sejuknya tangan dia. Tadi doktor tu cakap PTSD... PTSD tu apa, Kak Azah?" soal Kak Da meminta kepastian.
"Post Traumatic Stress Disorder, Kak Da. Macam trauma tapi PTSD ni lagi teruk. Yang bawa maut pun ada, hidup tunggang-langgang pun ada kalau tak kena gayanya," jelas Puan Azah kemudian mengelus lembut kepala Alya.
Adib hanya memerhati. Apakah yang menyebabkan Alya tiba-tiba mengalami semua ini? Pasti ada sesuatu yang menyebabkan Alya jadi begini. Dia teringat tentang pemanggil misteri dan pengirim bunga sebelum ini. Dia teringat juga tentang nota yang disertakan. Nota yang hanya ditulis perkataan 'Soon'. Adib dapat merasakan seperti ada kaitan antara semua itu dengan keadaan Alya sekarang tetapi dia tidak dapat memastikan secara terperinci.
"Alya, cepat sihat, ya sayang. Mommy dengan Kak Da rindu nak berbual-bual dengan Alya lagi. Cepat sihat, cepat sedar, ya sayang," Puan Azah berbisik ke telinga Alya sambil mengusap-usap lembut dada Alya. Kemudian pipi Alya diciumnya.
"Tak ada apa kita boleh buat sekarang ni, mommy. Kena tunggu sampai keadaan jantung dan paru-paru Alya stabil. Mommy hantar Adib balik ke pejabat sekejap, ya? Nak ambil kereta dan ambil few things dari pejabat," ujar Adib.
"Malam ni Adib datang semula tengok dia, ya. Bawa blanket tebal sikit. Sejuk sangat kat sini," arah Puan Azah kemudian mengelus kepala Alya semula. Adib segera mengangguk.
•••
KETIKA berada di lantai kerja dan berada di dalam bilik Alya sekarang, Adib dapat merasakan seperti Alya ada bersamanya. Bau pewangi yang Alya gunakan seakan sebati bersama ruang ini. Ketika sampai di lobi syarikat tadi, Adib meminta bantuan pengawal untuk membuka semula pintu bilik Alya. Dalam keadaan kelam kabut tadi dia tertinggal beg kerjanya di situ. Bilik Alya agak tidak terurus, dibetulkan sofa dan meja yang terpaksa dialihkan ke tepi sebelum ini.
Blazer Alya yang masih berada dilantai, diambil dan diletak kemas ke sofa bersama beg kerjanya. Komputer Alya yang masih terpasang diperiksa agar fail-fail penting ditutup dengan teliti. Adib baru perasan telefon bimbit Alya yang jatuh betul-betul dibawah meja. Hatinya masih kuat menyatakan ada sesuatu yang menyebabkan Alya diserang anxiety. Ketika menyusun semula kertas-kertas yang berterabur di lantai ke meja, telefon bimbit Alya berdering. Skrin menyatakan panggilan itu daripada private number. Adib segera menjawab panggilan tersebut.
Serta-merta dia mendengar suara yang sukar di pastikan sama ada lelaki atau perempuan berkata, "Soon. Soon. Soon. Soon. Soon. Soon. Soon. Soon. Soon. Bitch! I'll meet you soon." Suara itu berulang-ulang menyatakan yang sama.
"Hello, siapa ni?" tiada jawapan yang diterimanya sekadar suara seseorang ketawa dan kemudian talian dimatikan. Adakah ini penyebab Alya jatuh sakit? Adib segera memasukkan telefon Alya ke dalam saku seluar, mengambil barang-barang yang perlu dibawa pulang. Bilik Alya kembali dikunci dan dia terus beredar dalam seribu tanda tanya yang hanya Alya mampu memberi jawapannya.
Sampai di rumah, Adib terus membersihkan diri dan solat maghrib. Dia kemudian menyiapkan keperluan yang perlu dibawa ke hospital. Barang-barang milik Alya diletakkan di dalam bilik bacaan kecuali telefon bimbit Alya yang dirasakan perlu dibawa bersama. Mana tahu jika keluarga Alya ada menelefon nanti. Untuk malam ini dia perlu menjadi kekuatan untuk Alya walaupun tanpa pengetahuan gadis itu.
YOU ARE READING
STAY
RomanceDUA jiwa bertembung dalam rentetan hidup yang telah ditentukan-Nya. Dua jiwa yang cuba mencari arah, pernah goyah, pernah patah, bangun dan tumbuh kembali. Dua jiwa yang hakikatnya berantakan dalam salah dan benar. Mencari kemaafan dan pengertian. M...