BAB 30

111 4 0
                                    


"Gempita apakah ini? Kembali ke hati kala aku ingin melabuhkan lelah yang panjang dan ingin kubuka taman hati kepadamu" – Alya


"SELAMAT pagi cik Alya, saya ada letakkan jambangan bunga atas meja. Tadi ada delivery," sapa Safia sejurus Alya sampai ke pejabat. Gadis itu tersenyum ke arahnya.

"Daripada siapa?" soal Alya walaupun dia sudah dapat mengagak.

"Pengirim yang sama," jawab Safia lagi. Alya segera masuk dan melihat jambangan ros kuning sudah elok tersedia di dalam pasu. Segera dibelek kad kecil yang diletak Safia di atas meja. Seperti biasa kad itu hanya tertera perkataan 'Soon' dengan lakaran senyuman sebagai ganti tanda nama.

Sehingga kini Alya masih belum tahu siapakah yang memberinya jambangan-jambangan bunga ini. Bulan lepas sahaja dia menerimanya setiap minggu dan bulan ini pula sudah dua kali dia menerimanya. Hati Alya tertanya-tanya sendiri. Adakah Adib? Tetapi Adib tidak pula memberi petunjuk ke arah itu. Mustahil juga untuk dia bertanya secara terbuka kepada lelaki itu.

Alya mengeluh sendiri. Di atas meja tamu, masih ada jambangan bunga dari minggu lepas yang masih elok segar. Dia lantas mengalihkan jambangan bunga yang baru diterimanya tadi ke meja sudut. Kali pertama menerimanya dahulu dia berasakan ia perkara biasa. Kemungkinan Adib yang sengaja mengujinya tetapi lama-kelamaan Alya menjadi pelik dan tidak selesa. Tiba-tiba telefon di mejanya berdering minta dijawab.

"Hello..."

"Cik Alya, ada incoming call dari Greece. Boleh saya sambungkan?" suara Safia jelas di corong telefon. Alya mengizinkannya. Mungkin mama atau Adra yang menghubunginya.

"Hello, Alya Hadi..." Alya segera menjawab setelah talian disambungkan.

"Hello..." tiada jawapan. Yang kedengaran cuma bunyi kenderaan lalu-lalang.

"Hello... Adra, is it you?" sekali lagi tiada jawapan yang di terimanya.

"Hello..." talian tiba-tiba dimatikan begitu sahaja. Mungkin Adra atau mama tersilap dail barangkali. Dibiarkan persoalan itu begitu sahaja dan Alya kembali meneliti kerja-kerja yang perlu disemak.

"...tapi mama dan Adra tak mungkin telefon waktu sekarang. Selalunya mereka terus telefon ke handphone. Kenapa pula telefon nombor pejabat?" getus hati Alya. Waktu itu juga pintu biliknya diketuk dan wajah Adib muncul disebaliknya.

"Boleh kacau?" tanya Adib bersahaja. Alya cuma senyum. Sejurus melihat jambangan bunga yang baru diterimanya, wajah Adib berubah serius.

"Okey ke nak jumpa ni, nanti orang yang hantar bunga ni tahu marah pula," ujar Adib seakan tidak selesa. Alya lantas mempersilakan Adib duduk seperti biasa.

"Orang yang hantar bunga, tak bermakna I kenal atau ada hubungan apa-apa," jelas Alya untuk meghilangkan rasa kekok.

"Betul ke? Kalau dah setiap minggu hantar mustahil tak kenal?" ujar Adib pula.

"Okay, enough about the flowers, so why do you want to see me?" Adib melihat ke wajahnya tanpa senyum.

"Ini ada kertas cadangan baru untuk projek baru di Brunei. I nak you tengok dulu kertas cadangan ni dan macam biasa bentangkan design concept. Client nak rebrand semula produk dan perkhidmatan mereka," jelas Adib. Alya segera mengambil fail yang dihulurkan Adib dan meneliti setiap helaian cadangan yang dilampirkan. Matanya meneliti tulisan-tulisan di atas kertas tersebut tetapi fikirannya menerawang kepada bunga dan panggilan telefon yang diterimanya sebentar tadi.

STAYWhere stories live. Discover now