"...within those quiet moment, I found you in me. You've become the words I've read. The dark ink that become my eyes." – Adib
MESYUARAT kali ini berlangsung dalam keadaan tegang. Beberapa siri kesilapan operasi dan strategi menjadikan keadaan kalut. Masing-masing sibuk menegakkan kebenaran sendiri. Adib juga tidak betah untuk diam apabila sering ditempelak kiri dan kanan. Panas hatinya membuak-buak. Bila akhirnya pihak atasan membuat konklusi bahawa kegagalan adalah sama-rata, saling berkait dan kemudiannya memberi beberapa cadangan agar tindakan drastik di sesetengah jabatan untuk diubah, masing-masing mula diam walau dalam hati penuh sumpah-seranah. Adib mendengus geram memikirkan masalah yang datang secara tiba-tiba. Bukan satu. Bukan dua. Lebih pedih bila banyak jari yang mudah saling menunding ke arahnya. Ketika keluar dari ruang mesyuarat sebentar tadi, hatinya masih juga panas. Sesekali dia mendengus lagi. Tidak dipedulikan sangat akan mata yang melihat raut geram pada wajahnya.
Dia hairan. Bagaimana Alya boleh tenang walau diterjah pelbagai soalan dan dilempar pelbagai salah. Tidak sedikit pun gadis itu menampakkan riak wajah marah atau tanda-tanda tidak senang. Bila ada soalan yang diajukan, akan segera dijawab Alya dalam nada yang cukup lembut dan bersahaja. Sesekali, pandangannya tumpah ke wajah tenang itu. Alya lebih banyak berdiam. Bersuara hanya apabila diminta. Mungkin kebanyakan kesilapan-kesilapan yang berlaku tidak datang dari jabatannya kerana itu Alya lebih tenang dan tidak terlalu gusar akan sebarang tindakan atau kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku. Adakala pandangan mereka bertembung dan yang tumpah daripada pandangan Alya itu amat sukar untuk ditafsir.
Minggu lalu ketika makan malam santai bersama, banyak perkara yang mereka bualkan. Semuanya berlalu dalam keadaan yang baik. Ada serba sedikit perkara tentang Alya yang diketahuinya. Tentang Alya yang berasal dari selatan tanah air tetapi berhijrah ke Greece bersama keluarga ketika berusia sembilan tahun. Juga tentang pemergian ayahnya beberapa tahun yang lepas. Dia tidak berani untuk bertanya lebih mengenai itu selagi Alya sendiri tidak bersedia. Cukuplah jika dia hanya tahu tentang apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Alya. Perkara-perkara biasa yang sering dibualkan oleh orang lain juga. Itu sudah memadai buat waktu ini. Baginya Alya bagaikan satu misteri yang perlu diungkai perlahan-lahan. Tidak perlu terburu-buru. Tidak perlu dipaksa.
Pagi tadi, Alya kelihatan gembira menikmati sarapan bersama rakan-rakan lelaki sepejabat. Adib jadi cemburu. Berulangkali mereka mengajak makan bersama, dia tetap menolak sedang Alya cuma diam tanpa reaksi. Mungkin itu juga penyebab yang menjadikankan hati Adib panas hari ini. Bila difikirkan lebih dalam, apa haknya untuk berasa cemburu terhadap Alya? Dia dan Alya bukan punya apa-apa ikatan. Malah sebelum ini pun, perempuan-perempuan yang mendampinginya bertukar daripada tangan ke tangan. Tidak sedikit pun dia berasa marah atau cemburu. Apa perlunya perasaan yang dirasainya ini terhadap seseorang yang bukan miliknya? Adib mendengus lalu cepat-cepat mengalih perhatian kepada tugasan. Namun yang terbentang difikirannya hanyalah wajah Alya dan dalam masa yang sama ketukan di pintu mengganggu ulas-ulas lamunanannya.
"Alya, sorry I didn't mean to... Come in, please."
Alya masih tercegat berdiri di muka pintu, melihat terus ke wajahnya, kemudian senyum lalu masuk dan duduk mengambil tempat di hadapannya.
"Things are in chaos, isn't it? Semua orang panas hati dan marah-marah and you look so tense."
"Can't help it, right?" dilihat wajah Alya semula.
"I'm sorry about this morning."
"What about this morning?"
"Di kafe pagi tadi. About me having breakfast with your buddies," jelas Alya.
"What about it?" soal Adib semula acuh tak acuh.
"I don't like your expression. It's like I did something wrong which I know nothing of. But if I ada buat apa-apa salah, I am truly sorry," jelas Alya lagi.
"You tak ada buat salah pun, why nak minta maaf? It's just me. Too much thinking, I guess."
"Well, I hope it's true but..." ujar Alya seperti meragui penjelasannya tadi.
"But what?"
"You bought two cup of coffee..." pandangan Alya menyorot ke arah dua cawan kertas di atas meja yang masih belum disentuh.
"I assume it is for me since it's been a habit of you to buy one for me for the past few weeks," ujar Alya lagi.
Jantung Adib seakan terhenti mendengar kata-kata Alya. Lidahnya kelu dan yang termampu dilakukan hanyalah melihat ke arah dua cawan kertas di atas meja. Memang benar, salah satu daripada kopi tersebut dibeli untuk Alya seperti pagi-pagi sebelumnya. Namun, sebaik melihat Alya bergelak ketawa bersama rakan-rakan lelaki yang lain, dia merasakan Alya tidak memerlukan kopi yang dibelinya. Entah mengapa sekarang dirasakn dirinya kelihatan begitu bodoh, terperangkap dengan sikap sendiri.
"Is it still rightfully mine?" soalan Alya itu memecahkan rasa canggung yang mula melebar di antara mereka.
Adib cuma mampu mengangguk sambil melihat Alya mengambil cawan kertas berisi kopi kegemarannya itu. Bibir Alya masih juga menguntum senyum, dan sesekali diteliti cawan kopi ditangannya.
"I've waited for you this morning. I meant, I waited at the cafe, so you don't have to buy me one of these," mata Alya kembali menyorot ke arah cawan kopi yang dipegangnya.
"But they just came from nowhere and I couldn't say no to them," jelas Alya lagi.
Ah! Semakin Alya bersuara semakin meninggi rasa bersalah yang bertapak di dalam hatinya hanya kerana menyangka yang bukan-bukan. Siapakah dirinya untuk buat Alya begitu? Siapakah dia untuk mendapat penjelasan yang sedemikian daripada Alya? Dia tiada hak. Cuma, dia sedar gadis ini saban hari benar-benar mengubah persepsi dirinya tentang makna hati dan perasaan. Tentang nilai-nilai perhubungan yang selama ini sering dianggap remeh baginya.
"Look, I'm sorry."
"Things went out of control for everybody today, but this coffee is still rightfully mine though it's cold, so it's okay," Alya mula bangkit daripada duduk. Cawan kertas masih kejap di tangan. Adib jadi semakin tidak keruan untuk membiarkan Alya pergi.
"Alya..."
"Ya."
Lidah Adib kembali kelu. Hanya mampu melihat wajah Alya yang menanti luah bicaranya. Degup jantung seakan terdengar berdentum-dentam di gegendangnya.
"I minta maaf. My mind is just..." kata-kata Adib terhenti di situ, tidak mampu diteruskan.
"It's okay. Just take a little bit of time to cool down. You know what, if you stress, marah-marah pun the situation won't change. Lagi you stress, lagi semua kerja tak menjadi. Lagi banyak silapnya nanti. So, maybe you should drink that coffee. Relax then continue your work. Thanks again for this coffee," tegur Alya mengingatkannya.
Alya kemudian menyeluk saku blazer yang dipakai lalu meletakkan sebungkus coklat M&M di hadapannya dan kemudiannya senyum manis seperti kebiasaan.
"Smile Adib. It helps," ujar Alya sebelum beredar.
Adib cuma mampu memerhati langkah Alya yang semakin menjauh. Coklat M&M di hadapannya diperhati. Digeleng-gelengkan kepala, tidak percaya dengan sikap sendiri yang adakala kelihatan bodoh dan keanak-anakan. Cemburukan seseorang yang bukan miliknya. Adib tersenyum mengingatkan kejadian pagi tadi yang tidak sepatutnya berlaku. Melihat reaksi dan tindakannya pagi tad, Adib pasti Alya dapat mengagak kenapa sikapnya berubah. Bila difikirkan dari sudut Alya, dengan merendahkan diri untuk datang dan cuba menjelaskan duduk perkara, bukanlah sesuatu tindakan yang biasa jika Alya tidak punya sebarang rasa. Tiba-tiba ada rasa gembira menyelinap dalam jiwa Adib. Dia lantas senyum melihat coklat M&M di tangan. Ya, senyum... it helps.
YOU ARE READING
STAY
RomanceDUA jiwa bertembung dalam rentetan hidup yang telah ditentukan-Nya. Dua jiwa yang cuba mencari arah, pernah goyah, pernah patah, bangun dan tumbuh kembali. Dua jiwa yang hakikatnya berantakan dalam salah dan benar. Mencari kemaafan dan pengertian. M...