BAB 18

68 5 0
                                    


"Jika apa yang kau perlukan sekadar bahu ini, aku relakan kerana sarat tanggungmu lebih ringan untukku pikul berbanding hilang tak terpandang." – Adib

ADIB mundar-mandir di luar bilik rawatan selepas Alya diusung ke bilik kecemasan. Dia tidak pernah berhadapan dengan situasi cemas begini. Ketika Alya meminta bantuan tadi, fikirannya sudah membayangkan segala yang buruk lalu segera bergegas ke rumah Alya. Ketika melihat tubuh kaku Alya diusung masuk ke dalam ambulan sebentar tadi, sekali lagi dirasakan dadanya bagai ingin pecah. Apa yang berlaku sebenarnya, dia sendiri tidak pasti. Yang dirisaukan olehnya sekarang adalah keadaan Alya.

"Encik Adib," satu suara melenyapkan apa yang difikirkannya sebentar tadi. Perempuan yang memakai seragam doktor itu segera menghampirinya.

"Cik Alya dalam keadaan stabil. Dia perlu kami tidurkan untuk beberapa jam bagi memantau keadaannya," ujar doktor tersebut.

"Is she going to be okay? What's wrong with her?" soal Adib bertubi-tubi minta penjelasan.

"Saya tidak boleh disclose rekod rawatan pesakit tanpa kebenaran tapi jangan bimbang she will be okay. Jururawat sedang siapkan dia untuk dihantar ke wad. Encik Adib boleh berurusan dengan salah seorang daripada mereka," ujar doktor itu lagi sebelum berlalu meninggalkannya. Selang beberapa minit kemudian, Alya diusung ke wad.

Diperhatikan wajah Alya. Pucat tetapi tenang. Nafas Alya turun naik tetapi tidak seperti sebelumnya. Siapa yang perlu dihubunginya kerana dia sendiri tidak tahu.

"Maaf encik, kami perlukan maklumat encik untuk kami masukkan ke dalam rekod," tegur salah seoarang jururawat.

"Oh, okey," jururawat itu segera meminta Adib mengisi beberapa makumat ke dalam borang yang diserahkan ke tangannya.

"Encik ada nombor kad pengenalan pesakit?" tanya jururawat itu lagi.

"Sekejap," dikeluarkan passport Alya memandangkan Alya sudah lama berhijrah mengikut keluarganya ke luar negara. Dia bukan lagi warganegara Malaysia kemudian diserahkan ke tangan jururawat tersebut.

"Dia bukan Malaysian," jelas Adib ringkas. Jururawat itu hanya mengangguk lalu memasukkan maklumat penting ke dalam sistem komputer, kemudian menyerahkan kembali passport Alya ke tangan Adib.

Setelah semuanya selesai, Adib terus ke wad Alya. Di tarik sofa ke sisi katil dan diperhati wajah Alya semahu hatinya. Turun naik nafasnya tenang. Adib lantas mengambil tisu yang tersedia di meja dan segera mengelap peluh di dahi Alya. Mulanya Adib teragak-agak untuk melakukannya, takut nanti Alya terjaga tetapi dia mahu Alya selesa.

Passport Alya disemaknya. Tertera alamat tempat tinggal Alya di Greece. Nafplio. Sebelum ini Adib tidak pernah bertanya tentang usia Alya tetapi di passport itu tertera jelas tarikh lahirnya, 7 Oktober 1991. Bermakna Alya lebih muda setahun berbanding dirinya.

Diperhatikan semula wajah Alya. Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa Alya memilih untuk menghubunginya? Setahu Adib, Alya pernah menyatakan yang dia mempunyai ibu saudara di sini. Kenapa tidak hubungi mereka? Kenapa dirinya? Bagaimana pula untuk dia khabarkan berita ini kepada keluarga terdekat Alya jika dia tidak punya maklumat mereka? Siang esok Adib perlu sampaikan berita ini kepada Jabatan Sumber Manusia dan kepada Puan Zahara. Ah! Kalut.

Sesekali Adib meilihat Alya menggerakkan tubuhnya. Mungkin tindakbalas refleks kerana suhu bilik yang agak dingin. Cepat-cepat dialihkan kedua-dua tangan Alya ke bawah selimut dan ditarik selimut agak menutupi seluruh tubuh Alya. Dia lantas megurangkan skala cahaya lampu bilik agar tidak mengganggu Alya dan kemudian duduk semula di sofa. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul empat pagi.

Entah berapa lama Adib terlelap sambik duduk di sisi katil Alya, sedar sahaja dilihatnya ada jururawat yang sedang memeriksa keadaan Alya dan mencatatkan nota ke papan rekod. Adib cuma senyum dan menganggukkan kepada tanda hormat. Alya masih juga tidak sedar. Sekurang-kurangnya Alya tidak kelihatan terlalu pucat seperti malam tadi. Jam ditangannya menunjukkan pukul 7.45 pagi.

Selepas jururawat berlalu, Adib mengamati wajah Alya semula. Walau tanpa secalit solekan, wajah itu masih kekal ayu dan manis. Ya, Adib akui Alya miliki kecantikan semulajadi. Raut wajah yang sangat lembut. Segera dikemaskan apa yang perlu. Dia perlu segera pulang ke rumah. Hati Adib agak berat untuk meninggalkan Alya sendirian di situ namun dia terpaksa menguruskan banyak perkara lain.

Adib segera menghubungi Lieza, menyatakan yang dia tidak dapat hadir ke pejabat seperti biasa kerana ada urusan penting. Ditinggalkan pesanan kepada jururawat agar menghubunginya secepat mungkin sekiranya Alya sudah kembali sedar. Dia tidak mahu Alya berasa sendiri dan risau.

Pulang ke rumah Adib segera membersihkan diri. Mengemas apa yang perlu dan kemudian terus ke rumah Alya. Dia perlu pastikan rumah itu dalam keadaan baik. Sampai sahaja, segera diperiksa sekali lagi keadaan rumah walaupun sebelum ini pegawai penyiasat sudah memaklumkan semuanya dalam keadaan baik. Dari dapur hingga ke setiap bilik diperiksanya.

Masuk ke salah satu bilik, jelas kelihatan selimut yang tersingkap di katil dan hampir jatuh ke lantai, tanda itu adalah bilik tidur Alya dan gadis itu tidur di situ pada malam sebelumnya. Bilik tidur Alya sangat minimalis namun menenangkan. Di atas meja solek, terletak kemas satu potret keluarga. Wajah Alya yang tersenyum sambil merangkul pinggang seorang lelaki yang sudah berusia dan dua orang wanita lain di sisinya yang kelihatan sungguh mesra. Adib dapat mengagak itu adalah kedua ibu bapa dan adik Alya bila melihat raut wajah mereka. Tidak hairanlah Alya memiliki raut wajah yang cukup manis dan cantik.

Dia segera mengemas katil Alya agar lebih teratur supaya bila Alya pulang nanti Alya boleh berehat dan tidak terganggu dengan keadaan sekeliling. Ketika mengemas, Adib terlihat kertas tisu merah jambu yang yang terselit di bawah buku di atas meja sisi. Dia tahu itu tisu yang ditinggalkan di dalam kereta Alya sebelum ini. Ada kuntuman senyum berputik di dalam hatinya.

Dicapai dua buah buku bacaan Alya; Rumi Love Poetry translated by Nader Khalil dan The Universe in You: An Inner Journey Guided by Rumi translated by Omid Arabian. Dua buku itu boleh sudah memadai untuk dijadikan kayu pengukur jiwa dan cara pemikiran Alya. Dia senyum lagi. Diselak lembaran salah satu daripada buku tersebut. Ada sehelai kertas terselit dan dilihatnya...

The echoes of silence
Deftly surrounds my night
Glided along with your goodnight wishes
That I hate
For it means an end to a beautiful chapter
Of this fluttering heart
And yet it becomes
The one thing I love so much to read
And with this silence, my mind wanders
Down the many paths
That lead my heart to you
And there I found
A space for my solitude
It's within you

Alya
January 2020

Sekali lagi Adib membaca tulisan tangan Alya itu. Indah. Namun jauh dalam hati, dia seakan cemburu. Cemburu kerana dirasakan puisi itu ditujukan oleh Alya kepada orang lain. Orang yang berkemungkinan istimewa bagi Alya. Ah! Apa hak dia untuk berasa sedemikan. Dia tiada sebarang ikatan dengan gadis ini. Dia hanya rakan sekerja. Tidak lebih dan tidak kurang. Namun, dia tidak dapat menafikan dia cemburu.

Setelah memastikan semuanya dalam keadaan baik dan kemas, Adib terus mengunci pintu rumah Alya dan beredar. Petang nanti dia harus datang semula ke rumah ini bersama Suri, adiknya untuk mengambil pakaian Alya. Adib tidak selesa untuk melihat hingga ke dalam almari demi menjaga privasi gadis itu. Adalah lebih baik dia meminta bantuan adiknya walaupun tahu dia bakal disoal bagai penjenayah nanti. Fikirannya masih menerawang kepada Alya. Sudah sedarkah? Sudah makankah? Moga segalanya baik-baik sahaja.

STAYWhere stories live. Discover now