BAB 12

88 9 0
                                    


"If all those thoughts of you can become flowers, there might be a garden... so beautiful and enchanting; Where I will lie there forever." – Adib


ALYA sepatutnya mula bekerja hari ini. Selalunya gadis itu akan duduk sendiri di cafe; di meja paling hujung. Sambil menikmati sarapan pagi, selalunya Alya akan leka dengan buku atau akhbar. Hari ini susuk tubuh itu tiada di situ. Hari ni meja itu kosong. Adib tercari-cari kelibat Alya. Tiada. Mungkin belum sampai agaknya. Atau mungkin Alya sudah menikmati sarapan paginya dan kini berada di pejabat. Tanggapan itu bermain-main di fikirannya. Adib membayar harga sandwich dan segera beredar. Dia ingin segera bertemu gadis itu. Dia ingin melihat wajah manis itu di hadapannya.Entah alasan apakah yang ingin diberikannya jika dia tib

a-tiba muncul di hadapan pintu pejabat Alya. Peduli apa tentang mata yang memandang. Dia lebih peduli dengan apa yang bakal difikirkan Alya nanti. Reputasi dirinya juga tidaklah secantik mana. Kaki perempuan, kaki libur... siapa tidak tahu itu semua? Namun kaki perempuan dan kaki libur ini ternyata tidak mampu menang dan menguasai seorang perempuan bernama Alya. Maka bagi dirinya sendiri, dia bukanlah sehebat mana.Jika dahulu, dia mungkin bermati-matian berusaha mendapatkan a

pa yang diidamkannya. Jika dahulu, mungkin juga pelbagai cara telah digunakannya untuk menundukkan Alya ini dalam masa yang begitu singkat. Inikan pula sekiranya dia seperti dimalukan, mungkin sahaja Alya berjaya ditawannya dalam masa sehari dan kemudian terus tidak dipeduli. Namun hari ini berbeza berbanding masa lalu itu. Adib seperti terpukul namun tidak mampu melakukan apa-apa. Dia seperti hilang punca.

Hari ini tidak sama dengan hari-hari lalu di mana liar dirinya menjadi bualan dan umpatan sesiapa sahaja yang mengenalinya. Seringkali juga Adib ditegur orang atasan tetapi seringkali juga dia menyatakan itu adalah urusan peribadinya. Selagi tidak mengganggu prestasi kerja, dia merasakan dirinya berhak untuk menikmati keseronokan walau dengan apa cara sekalipun. Hari ini juga teman-teman yang dulu galak berlibur siang dan malam bersamanya semakin menjauh. Tidak mengapa.

Cepat-cepat Adib melangkah menuju ke bilik Alya. Kosong. Hatinya hampa. Alya tidak kelihatan. Lampu bilik Alya menyala tapi susuk tubuh itu tiada di situ. Dia kecewa. Setiausaha Alya , Safia menyambutnya denyan senyuman manis.

"Cik Alya belum sampai?" soal Adib kepada Safia.

"Sudah Encik Adib tapi dia keluar. Saya tak pasti dia ke mana. Encik Adib nak tinggalkan pesanan? Saya sampaikan kepada Cik Alya nanti," ujar Safia cuba membantu.

"Tak mengapalah. Thanks," ujar Adib dan beredar.

Dia kembali melangkah ke bilik sendiri dan disambut oleh Lieza. Tidak seperti kebiasaannya, hari ini gadis itu cuma mengucapkan selamat pagi tanpa senyuman. Dibuka pintu dan terus ke meja, seperti kebiasaannya.

"Kan manis kalau masuk ke bilik beri salam walaupun bilik sendiri dan tiada orang."

Dia segera berpaling ke arah datang suara tersebut. Alya sedang duduk santai di sofa ruang tamu. Jantungnya bagai terhenti. Bukan hanya kerana terkejut dengan teguran gadis itu, tetapi lebih kerana melihat wajah dan senyum manis di hadapannya.

"Assalamualaikum..." sapanya masih terpinga-pinga.

"Wa'alaikumussalam. Sorry I masuk ke bilik you. I know I shouldn't. I nak tunggu di luar saja tadi tapi kebetulan Puan Zahara lalu dan suruh setiausaha you benarkan I tunggu di dalam. Jangan marah dia kalau benarkan I masuk," jelas Alya dan senyum semula memandangnya. Adib masih terpinga-pinga melihat Alya yang masih duduk santai di sofa. Lidahnya jadi kelu. Hilang punca untuk berfikir dan meluah bicara.

STAYWhere stories live. Discover now