"...dan perasaan indah yang tumbuh di hati ini kian galak mengisi fikiran walau seribu kali hati menidakkan." – Alya
"PUKUL berapa kawan Alya nak datang?" soal Puan Nureen ketika mereka sibuk menyediakan juadah untuk makan malam. Alya berpaling ke arah ibunya dan senyum.
"Office hour habis pukul lima, mama. I'm not sure exact time sebab kalau dia ada kerja maybe lambatlah keluar," jawab Alya kemudian kembali membantu Puan Nureen menyediakan masakan. Leka dengan kesibukan yang terhidang.
"Alya, ada orang call. Telefon bunyi tu," tegur Puan Nureen tiba-tiba. Alya segera ke ruang tamu, melihat telefon yang berada di atas sofa. Suara Adib kedengaran di talian memberi salam. Bukan hanya bibirnya yang tersenyum tetapi dirasakan hatinya juga turut sama.
"Hi, just nak tanya is it okay if I bawa Suri? I macam tak selesa datang seorang," ujar Adib.
"Eh, tak apa bawalah. I pun dah lama tak jumpa dia," jelas Alya. memberi keizinan.
"Okey, I might be lambat sikit. I nak terus ke kampus Suri lepas tu baru ke rumah you. Not sure how long, depend on the traffic. Maybe one and a half hour," jelas Adib lagi.
"It's okay. Take your time."
"Okay... see you later. Kira kalau datang lambat makin teballah rindu, kan?" soal Adib mengusiknya. Senyum di bibir Alya menguntum. Ada rasa malu di hujung rasanya yang sukar ditafsir.
"Maybe..." jawab Alya sekadar melayan kerenah Adib sebelum mematikan talian.
"Siapa tu?" tanya mama
"Kawan... dia cakap maybe lambat sikit, ambil adiknya di kampus dan bawa sekali ke sini," jelas Alya kepada ibunya. Sehingga ke saat ini, Puan Nureen masih belum tahu siapakah kawan yang dimaksudkan. Samada lelaki atau perempuan tidak juga diceritakannya secara jelas. Puan Nureen hanya mengangguk dan kembali menyudahkan kerjanya.
Alya rasa gementar juga untuk mengenalkan ibunya kepada Adib. Bukan soal penolakan ibunya tetapi lebih kepada kemungkinan kemesraan di antara mereka yang bakal wujud. Dia yang sebenarnya tidak bersedia. Jika tidak kerana ibunya kerap meminta dikenalkan dengan kawan yang menjaga dirinya ketika sakit, Alya pasti, Adib bakal menjadi rahsia untuk dirinya sahaja.
Alya kembali ke dapur, menyambung kerja yang ditinggalkannya sebentar tadi. Sesekali ibunya seperti selalu, suka mencium pipinya. Alya cuma senyum kerana sudah terbiasa dengan perlakuan ibunya. Daripada kecil sehingga dewasa memang Puan Nureen suka melayan anak-anaknya begitu. Adakala Alya dapat merasakan ibunya itu memerhati dirinya dalam diam membuatkan dia berasa malu sendiri. Entah apa yang difikirkan ibunya setiap kali memerhati dirinya.
"Okey... mama dah selesai masak semuanya. Alya sambung siapkan fruit salad, ya. Nanti letak dalam fridge. Biar sejuk. Mama nak solat asar. Lepas siap ni nanti terus solat, ya?" pinta Puan Nureen lalu beredar naik ke bilik. Alya hanya mengangguk dan senyum. Selesai menyudahkan kerja dia segera ke bilik menunaikan solat asar. Ketika keluar dari bilik, Alya menjenguk ibunya di bilik. Kelihatan ibunyanya sedang berbaring di katil. Letih barangkali. Dia tidak mahu mengganggu lantas menutup semula pintu bilik dan turun ke tingkat bawah lalu terus ke halaman rumah.
Daun-daun kering yang jatuh ke beranda disapu dan kemudian disiram pula pokok-pokok bunga yang banyak mengelilingi kawasan rumah. Jam di tangan sudah berganjak ke angka 6.45 petang. Cuaca sudah semakin redup dan dingin memandangkan rumahnya berada di kawasan yang agak tinggi. Selesai menyiram pokok bunga, Alya duduk santai di gazebo. "Kalau datang lambat makin teballah rindu, kan?" kata-kata Adib terngiang-ngiang di telinganya. Dia senyum lagi.
YOU ARE READING
STAY
RomanceDUA jiwa bertembung dalam rentetan hidup yang telah ditentukan-Nya. Dua jiwa yang cuba mencari arah, pernah goyah, pernah patah, bangun dan tumbuh kembali. Dua jiwa yang hakikatnya berantakan dalam salah dan benar. Mencari kemaafan dan pengertian. M...