1 1

397 50 2
                                    

Jisoo tersenguk-senguk menahan mengantuk yang sedang menguasai dirinya. Sudah banyak kali, Jennie mengejutkan dirinya daripada tertidur. Tetapi matanya tetap degil untuk tertutup.

Hari ini, Jennie menawarkan diri untuk menemaninya ke mesyuarat kali pertama bagi rancangan realiti ' We Are Dating ' memandangkan Rose dan Lisa mempunyai rancangan mereka yang tersendiri.

❝ baiklah miss Jisoo, untuk episod satu rancangan realiti kami, kami benarkan awak dan Mr.Byun tentukan aktiviti yang awak berdua perlu lakukan. ❞ kata penerbit rancangan realiti ' We Are Dating' itu secara tiba-tiba. Namun kata-kata daripada penerbit rancangan tersebut tidak didengari oleh Jisoo. Dia sedang sibuk menahan mengantuk yang sedang menguasai dirinya.

unnie ❞ kata Jennie perlahan di sebelahnya. Tetapi Jisoo masih tidak mendengarinya.

Pak!

Jisoo tersentak. Pahanya yang dipukul perlahan oleh Jennie diusap.

Pukulannya memang perlahan, tetapi sakit ya ampun.

Jisoo merenung Jennie yang duduk di sebelahnya. Marah apabila dipukul secara tiba-tiba.

miss Jisoo. Do you have any questions?❞ tanya penerbit itu lagi. Jisoo terdiam.

Dia tidak tahu mahu bertanya tentang apa memandangkan dia tidak mendengari penerangan daripada penerbit tersebut.

❝ ermmm. Memandangkan rancangan ini mempunyai 5 episod untuk setiap pasangan. Jadi, satu episod berapa minit? ❞ soal Jisoo. Hanya soalan itu yang timbul di fikirannya.

❝ pihak kami merancang 30 minit bagi satu episod tanpa iklan. Dan seperti yang saya katakan tadi, bagi episod pertama miss Jisoo and Mr.Byun bebas untuk lakukan aktiviti bagi rancangan ini. Tapi bagi episod dua, tiga, empat dan lima kamu berdua mungkin perlu mengikut rancangan daripada pihak kami penuh panjang lebar penerbit tersebut memberi penerangan.

Jisoo menganggukkan kepalanya tanda faham. ❝ nanti miss Jisoo berbincang dengan Mr Byun tentang aktiviti yang akan kamu berdua lakukan. Then, tolong mesej pihak kami tentang aktiviti tersebut.❞ kata penerbit itu lagi.

Jisoo mengerutkan dahinya. Bagaimana dia mahu berbincang dengan Baekhyun sedangkan dia tidak mempunyai nombor telefon Baekhyun?

Drttt drrt

Telefon milik penerbit tersebut bergetar menandakam terdapat sebuah pesanan. Penerbit tersebut membaca mesej yang baru didapatinya.

❝ nampaknya awak tak perlu fikir tentang aktiviti yang akan dilakukan bagi episod pertama sebab Mr Byun baru sahaja mesej kepada saya tentang aktiviti tersebut ❞ kata penerbit itu. Dia mengemas barang-barangnya kemudian dia bangun dari duduk.

❝ saya harap miss Jisoo dapat memberikan kerjasama sepanjang waktu rakaman rancangan realiti ini ❞ kata penerbit itu. Salam perkenalan dihulur. Jisoo menyambutnya.

❝ nama saya Bang Yongguk. Just call me penerbit Bang ❞












°•°•°









❝ aku dah baca tentang berita percintaan kau tu. Kau serious ke Baek? Jisoo tu idol tahu tak? Kalau kau tiba-tiba putus dengan dia, dia yang kena tempias ❞ kata seorang lelaki. Baekhyun mengukirkan senyuman hambar.

Badannya kemudian menghadap ke arah tingkap untuk melihat pemandangan Kota Paris. Kota yang romantik dan dipenuhi dengan cinta.

❝ taehyung. Aku tahu perkara yang aku buat. ❞ kata Baekhyun. Dia melihat Taehyung sekilas.

Taehyung mengusap mukanya. Dia sudah berputus asa dengan perangai Baekhyun ini. ❝ aku tahu kau suka Jisoo sejak sekolah tinggi. Tapi perlu ke buat macam ini? Umumkan yang kau orang bercinta padahal cinta palsu. Dan sekarang ada syarikat rakaman nak buat rancangan tentang percintaan korang. Lepas tu, kau umumkan pada orang ramai yang hubungan kau orang palsu- ❞

❝ -kau rasa apa perasaan orang ramai lepas kau umumkan benda itu? Aku tak rasa orang ramai akan kecam kau. Mereka akan kecam Jisoo tahu tak Baekhyun ❞ nasihat Taehyung. Tetapi Baekhyun hanya memekakkan telinganya.

❝ aku ada rancangan tersendiri. Just wait and see, Kim Taehyung ❞ kata Baekhyun. Dia cuba untuk menindakkan kata-kata Taehyung. Walaupun sudah banyak kali, perkara tersebut berada di dalam fikirannya.

Taehyung mengangkat kakinya dari situ. Malas mahu mendengar dan melayan perangai Baekhyun itu. Degil.

°•°•°

Tbc

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now