❝ dorang berdua ni jiran akak. Selalu datang makan kat sini sebab Jinhyuk ni tak reti masak ❞ beritahu Jiyoon. Dia tergelak di hujung ayatnya.Jinwoo juga tertawa mendengar kata-kata Jiyoon. Tangan abangnya dipukul perlahan. ❝ dengar tu hyung, Jiyoon noona pun kata hyung tak reti masak. Hyung tak nak percaya cakap Jinwoo ❞ balas Jinwoo. Dia masih tergelak.
Manakala Jinhyuk memberikan jelingan tajam kepada adiknya itu.❝ oh ya, Jinhyuk. Kau kata kawan kau nak duduk rumah kau sekejap. Mana dia? ❞ soal Hanju.
❝ ada kat rumah. Tengah tidur. Maklumlah baru sampai sini malam tadi ❞ kata Jinhyuk. Sudu dan penyepit diletakkan di tepi. Kemudian mulutnya dilap. Pinggan mangkuk diangkat ke singki dan membasuhnya.
Mata Jisoo hanya merenung perbuatan Jinhyuk. Jarang sekali orang lelaki mahu membasuh pinggannya sendiri selepas makan.
❝ noona! ❞ panggil Jinwoo secara tiba-tiba. Jisoo mengalihkan pandangannya kepada remaja lelaki tersebut. Senyuman diukir pada bibirnya.
❝ ya? ❞
Jinwoo tersengih.
❝ Jinwoo dah tengok rancangan realiti noona tu. Sweetlah noona dengan Baekhyun hyung tu.❞ puji Jinwoo. Jisoo hanya tersenyum hambar mendengar kata-kata pujian tersebut.
Rasanya Jinwoo tidak tahu lagi apa yang sudah berlaku antara hubungannya dengan Baekhyun.
Agaknya berita itu tidak didengari oleh Jinwoo lagi.
Pak!
Jinwoo mengusap tengkuknya yang dipukul oleh Jinhyuk. Kepalanya ditolehkan ke belakang. ❝ sakitlah hyung! ❞ ujar Jinwoo kuat. Matanya merenung Jinhyuk tajam.
Jisoo hanya memerhatikan sahaja perbuatan dua beradik itu.
❝ makan cepat. Pergi sekolah. Aku nak balik rumah dulu. Terima kasih Hanju, Jiyoon ❞ kata Jinhyuk sepatah. Kemudian, kakinya melangkah keluar daripada rumah tersebut. Dia masuk ke dalam rumah yang terletak di sebelah rumah Jiyoon.
❝ Jisoo jangan pedulikan dorang tu sangat. Suka bergaduh macam anjing dengan kucing ❞ kata Jiyoon. Jinwoo memuncungkan bibirnya. Jisoo hanya tersenyum kecil.
°•°•°
❝ rumah kau tak ada makanan ke Jinhyuk? ❞ soal seorang lelaki. Kakinya mundar mandir di dapur rumah Jinhyuk untuk mencari makanan.
Peti ais dibuka tetapi hanya terdapat sebiji telur, coklat dan beberapa bekas air pelbagai perisa. Kemudian, kabinat dapur pula dibuka. Hanya terdapat sebungkus ramen dan makanan bertin.
Kabinet dapur ditutup. Dia mengeluh. Kakinya dilangkah ke bilik kerja Jinhyuk. Pintu bilik Jinhyuk terus dibukanya.
Dia ternganga apabila melihat keadaan bilik Jinhyuk yang gelap gelita. Hanya lampu daripada laptop sahaja yang menerangi bilik itu.
❝ yah, macam mana kau boleh hidup kat rumah tanpa makanan ha? ❞ soal lelaki itu kuat.
Jinhyuk segera menutup laptopnya. ❝ yah, Lee Taeyong. Tak reti nak ketuk pintu dulu ke? ❞ marah Jinhyuk. Taeyong tersengih.
❝ maaflah. Aku tengah lapar ni ❞ adu Taeyong. Perutnya diusap tanda kelaparan.
❝ selalunya aku makan kat rumah sebelah. Tulah kau matahari dah terpacak baru nak bangun- ❞
Jinhyuk memberhentikan ayatnya. Dia melihat Taeyong dari atas hingga ke bawah.
❝ dengan tak mandinya. Pergi mandi cepat. Kita pergi rumah sebelah untuk makan tengah hari ❞ arah Jinhyuk. Kemudian, Taeyong berdesup keluar daripada bilik Jinhyuk untuk ke biliknya.
Manakala Jinhyuk menarik nafas lega. Lega apabila Taeyong tidak melihat perkara yang terpampang di dalam komputernya.
°•°•°
❝ CEO Hwang kenapa nak jumpa dengan saya? ❞ soal Baekhyun sebaik sahaja punggungnya dilabuhkan di atas sofa yang terdapat di pejabat wanita itu.
Agak terkejut juga dia apabila mendapat pesanan ringkas daripada wanita pertengahan usia ini.
Dia rasa hal yang mereka akan bincang pasti berkenaan tentang hubungannya dengan Jisoo.
CEO Hwang merenung wajah Baekhyun. Kemudian, senyuman sinis terukir.
❝ awak dah memungkiri perjanjian kita Baekhyun. Awak kata hubungan tu selama 3 bulan tapi sekarang baru 2 bulan. ❞ ujar CEO Hwang. Beberapa helai kertas dicampakkan di atas meja. Matanya menyuruh Baekhyun membaca balik kontrak yang ditandangani 2 bulan lepas.
❝ di dalam kontrak tertulis awak akan pastikan saham syarikat saya akan naik bersama-sama dengan syarikat awak. And now after your announcement saham syarikat saya turun secara mendadak ❞ kata CEO Hwang lagi.
Baekhyun meletakkan kontrak tersebut kembali di atas meja. Senyuman sinis terukir di bibirnya.
❝ dalam dunia perniagaan, ada kalanya kita naik dan adakalanya kita turun. Ia bergantung kepada nasib kita. Saham syarikat saya naik mendadak selepas pengumuman semalam. Mungkin sebab saya akan berkahwin dengan anak perempuan Tuan Bae ❞ ujar. Baekhyun. Dia bangun dari duduknya. Kotnya dibetulkan.
❝ maaf kalau saya bersikap biadap. Hubungan saya dan Jisoo sudah berakhir. Jadi saya tidak ada kena mengena dengan syarikat ini lagi. ❞
❝ dan lagi satu tolong sampaikan maaf saya kepada Jisoo. Terima kasih ❞ kata Baekhyun. Dia kemudian terus berjalan keluar dari pejabat CEO Hwang.
Mungkin di mata CEO Hwang, dia kelihatan agak sombong. Tetapi semua ini hanyalah lakonan sahaja.
Dia berlakon untuk mengaburi mata Tuan Bae agar Tuan Bae tidak mengesyaki dirinya sedang merancang untuk mengagalkan perkahwinannya dengan Irene.
°•°•°
Tbc
YOU ARE READING
[C] The Truth Behind | Baekhyun
FanfictionPercintaan hanya di hadapan kamera. Love story between an idol and a bachelor. ❝ It is a fake relationship. But They fall in love with each other ❞ •byun baekhyun ft kim jisoo start: 29.3.20 end:...