❝ semua dah balik ke Jinwoo ❞ soal Jisoo. Dia sedang berhubung dengan Jinwoo menggunakan walkie talkie.❝ tinggal lagi seorang. Dia tak sampai lagi kat noona ke?❞ soal Jinwoo pula. Dia mengerutkan dahinya.
Setahu dirinya, peminat terakhir sudah masuk ke dalam cafe tersebut hampir 2 minit yang lalu. Takkan dia tak berjumpa dengan Jisoo lagi?
Nak kata cafe itu besar, tak adalah besar sangat. Cuma biasa-biasa sahaja.
❝ kejap lagi dia sampai lah tu. Maybe dia pergi tandas ❞
❝ noona. Jinwoo ada kerja ni. Gotta go ❞
Jisoo meletakkan walkie talkie ke tepi. Kemudian, dia meletakkan kepalanya di atas meja. Matanya dipejam.
Dia penat apabila hampir seharian bertemu dan berbual dengan peminat-peminatnya. Dan hampir semua peminat-peminatnya menyoal tentang pengakhiran novel tersebut.
Namun dia hanya mampu memberikan senyuman sebagai balasan kepada pertanyaan itu.
Secara tiba-tiba seseorang telah duduk di hadapannya. Dia mengangkat kepalanya untuk melihat gerangan individu tersebut.
Jisoo membulatkan mata apabila melihat individu tersebut. Dia agak terkejut dengan kehadirannya.
Wajah yang amat dia rindui selama tiga tahun ini. Dia merenung wajah itu lagi.
Wajah itu sudah semakin matang.
❝ Hi ❞ ucap si dia secara tiba-tiba.
Mata Jisoo terkelip-kelip melihat individu yang berada di hadapannya ini. Dia tidak percaya yang dia masih mempunyai peluang untuk menatap wajah itu.
❝ B–Baekhyun? ❞
❝ what are you doing here? ❞ soal Jisoo lagi.
Baekhyun mengeluarkan sebuah buku novel daripada begnya. Buku tersebut diletakkan di atas meja. Ianya adalah buku yang ditulis oleh Jisoo. Jisoo memandang wajah Baekhyun dan buku itu silih berganti. Baekhyun hanya tersenyum sebelum menjawab.
❝ I nak tolong tamatkan your novel with happy ending ❞
The End.
❝ Jinhyuk saya dah bersedia untuk mengarang novel ‘The Truth Behind’ siri kedua. Saya rasa saya dah jumpa penamatnya. It's a happy ending you know ❞
The end.
Please wait for special part.
Hehehehehe
YOU ARE READING
[C] The Truth Behind | Baekhyun
FanficPercintaan hanya di hadapan kamera. Love story between an idol and a bachelor. ❝ It is a fake relationship. But They fall in love with each other ❞ •byun baekhyun ft kim jisoo start: 29.3.20 end:...