Jisoo menggeliatkan badannya sebaik sahaja kakinya melangkah keluar daripada badan kapal terbang.Dia sudah tiba di Pulau Jeju!
Pengawal peribadi dan pengurus peribadinya sentiasa berada di sisi.
Pada mulanya, dia tidak mahu membawa pengawal peribadi mahupun pengurusnya, Tetapi CEO Hwang memaksanya dia membawa mereka berdua. Ini untuk keselamatan dirinya.
Jisoo melangkah keluar daripada Balai Ketibaan. Keadaan sekeliling dilihat seketika.
Dia tersenyum apabila keadaan di Lapangan Terbang Pulau Jeju itu aman tanpa sebarang kehadiran peminatnya.
Dia berasa teramat lega kerana buat pertama kalinya, kehadirannya di lapangan terbang tidak disambut dengan sorakan dan teriakan daripada orang ramai.
Jisoo bukan tidak menyukainya, tetapi kadang kala dia juga memerlukan masa untuk bersendirian.
Jisoo menghela nafas lega. Secara tiba-tiba seseorang menutup kedua-dua belah matanya.
Dia mulai berasa panik tetapi badannya tetap statik berdiri.
Panik sekiranya orang ini mahu mengapa-apakan dirinya.
❝ cuba teka siapa saya? ❞ bisik si dia di telinga Jisoo.
Jisoo tersenyum sebaik sahaja mendengar suara tersebut. Dia memusingkan badannya menyebabkan tangan yang menutup matanya beralih.
Pinggang milik ‘si dia’ dipeluk erat oleh Jisoo. ❝ Baekhyun, you kata you datang lambat? ❞ soal Jisoo. Wajahnya didonggakkan agar memandang Baekhyun.
Baekhyun tersenyum nipis mendengar pertanyaan daripada Jisoo. Kepala milik Jisoo diusap. ❝ dari semalam I dah sampai Pulau Jeju ni. Yang you ni pun satu, mata tu tajam sangat semasa buat video call semalam. Pandai je dia tengok perbezaan cuaca ❞ ujar Baekhyun. Hidung Jisoo dicuitnya.
Jisoo memuncungkan bibirnya. ❝ kenapa muncungkan bibir? Ingat comel? ❞ usik Baekhyun.
Jisoo meleraikan pelukan. ❝ kita memang comel pun ❞ balas Jisoo. Lidahnya dijelirkan kepada Baekhyun lalu kakinya melangkah keluar dari situ.
❝ macam budak-budak ❞ gumam Baekhyun perlahan. Dia tertawa. Kemudian, kakinya mengejar langkah Jisoo.
❝ tunggulah I! ❞
°•°•°
❝ wah, dah lama I tak datang sini ❞ kata Jisoo sebaik sahaja kakinya melangkah keluar daripada kereta.Mereka sekarang berada di Jeju Dongmun Traditional Market. Pasar yang paling tua dan terbesar di Pulau Jeju.
❝ Kali terakhir I datang sini pun semasa penggambaran rancangan realiti Blackpink House. Tu pun dah beberapa tahun lepas ❞ ujar Jisoo. Wajah milik Baekhyun dicari.
Baekhyun memeluk bahu Jisoo. Dia merenung mata Jisoo tajam. ❝ so jom makan! ❞ riang sahaja Baekhyun berbicara. Mereka berdua beriringan masuk ke dalam Jeju Dongmun Tradisional Market.
Jisoo memberhentikan langkah kakinya sebaik sahaja tiba di sebuah gerai makanan. Matanya penuh berminat dengan perkara yang sedang dilakukan oleh pemilik gerai tersebut.
❝ apa tu? ❞ soal Jisoo kepada pemilik gerai. Wajahnya diangkat melihat Jisoo dan Baekhyun secara seketika. Tangannya bergerak pantas membuat kerja.
YOU ARE READING
[C] The Truth Behind | Baekhyun
FanfictionPercintaan hanya di hadapan kamera. Love story between an idol and a bachelor. ❝ It is a fake relationship. But They fall in love with each other ❞ •byun baekhyun ft kim jisoo start: 29.3.20 end:...