Selepas bersarapan, Jisoo keluar untuk berjalan-jalan secara berseorangan. Telefonnya dihidupkan.Nombor asing yang menghubungi dan menghantar mesej kepadanya pada malam tadi terus disekat.
Dia berjalan sehingga tiba di taman. Dia mengambil tempat duduk di sebuah bangku yang berdekatan. Telefonnya dilihat kembali.
Aplikasi instagram dibuka.
Kemudian jari jemarinya menekan butang +. Dia ingin mengepost sesuatu di akaunnya.
Jari jemarinya mula menaip.
sooyaaa_
sooyaaa_ Hi Blinkue😍. Don't worry about me😅.I'm Jisoo. I'm ok😉
Selang beberapa saat dia mengepost gambar, berderet notifikasi masuk ke dalam telefonnya. Semuanya adalah ‘like’ dan ‘ comment ’ daripada para peminatnya.
Jisoo tersenyum. Dia mesti kuat untuk peminat-peminatnya.
°•°•°
Setelah bersiar-siar, Jisoo pulang ke rumah. Hampir 4 jam juga dia bersiar-siar di sekeliling kota Perancis itu. Ada juga dia singgah di kafe yang terdekat untuk minum secawan kopi dan juga makan roti.
Kod pintu rumah milik Jiyoon ditekan. Setelah itu, pintu terbuka secara automatik.
Jisoo melangkah masuk ke dalam rumah. Kemudian badannya terkaku apabila melihat Jinhyuk dan seorang lelaki asing berada di meja makan bersama dengan Jiyoon dan Hanju.
Dahinya dikerutkan. Kenapalah rumah kakaknya ini sering didatangani orang asing? Tiada langsung ruang privasi untuk diri bagi merehatkan fikirannya.
❝ ahh, Jisoo. Marilah duduk makan sekali. ❞ ajak Jiyoon. Jisoo menggelengkan kepalanya.
❝ tak apa. Jisoo tak lapar ❞ ujar Jisoo. Dia melangkah ke ruang tamu di mana terdapat dua orang anak buahnya di situ.
Perutnya masih kenyang dengan kopi dan roti yang dimakan sebentar tadi.
Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa. Remote televisyen diambil kemudian dia mula meneroka siaran-siaran yang terdapat di televisyen tersebut.
Aktiviti menukar saluran televisyen tersebut terhenti apabila terdapat sebuah berita yang memaparkan gambarnya dan gambar Baekhyun.
Jiyoon terus bangun dari duduknya. Kakinya terus dilangkah ke arah Jisoo. Kemudian, remote televisyen di tangan Jisoo dirampas. Wanita itu terus menutup televisyen tersebut.
Perbuatan wanita tersebut turut disaksikan oleh Taeyong, Jinhyuk dan Hanju. Taeyong hanya melopong melihat perbuatan Jiyoon itu.
Jisoo mengeluh kecil. Pasti berita tadi berkisarkan tentang hubungannya dengan Baekhyun.
Dia bangun dari duduknya kemudian dia bergerak keluar daripada rumah tersebut. Taman permainan yang terdapat di kawasan perumahan Jiyoon dituju. Dia mengambil tempat duduk di sebuah buaian.
earphone dan telefon dikeluarkan dari dalam kocek seluarnya kemudian earphone tersebut disumbatkan ke telinganya. Kepalanya disandarkan pada tali buaian dan memandang ke bawah.
Dia tidak mendengar sebarang lagu. Dia cuma mahukan privasi supaya orang tidak menganggunya.
°•°•°
Jisoo mengangkat kepalanya apabila melihat seseorang berdiri dekat dengan dirinya.
Dia adalah orang asing yang makan tengah hari di rumah Jiyoon sebentar tadi. Di tangannya terdapat sebuah bekal. Bekal tersebut diberikan kepada Jisoo.
❝ Jiyoon unnie suruh bagi ❞ ujar si dia. Jisoo menyambut bekal makanan tersebut. Penutup bekas tersebut dibuka.
Sushi!
Dengan penuh teruja Jisoo menyuap sushi tersebut ke dalam mulutnya. Terpejam-pejam matanya apabila menikmati sushi Jiyoon. Memang sedap sungguh!
❝ nama saya Taeyong ❞ kata Taeyong secara tiba-tiba. Dia tersenyum melihat perbuatan Jisoo itu. Agak comel di matanya.
Jisoo berdehem. Dia terlupa bahawa orang asing tadi masih berdiri dan memerhatikan dirinya.
❝ Jisoo. Kim Jisoo ❞
Taeyong tersenyum apabila Jisoo memberikan reaksi terhadap perkenalan dirinya sebentar tadi.
Dia terus mengambik tempat di buaian yang berada di sebelah buaian Jisoo.
❝ I already know you. ❞
❝ famous sangat ke saya? ❞
❝ yaa. Rasanya satu korea tu kenal awak ❞
Jisoo tergelak mendengar ayat Taeyong. Kedengaran agak lawak baginya.
❝ termasuk ahjumma dan ahjushi yang berumur 80-90 tahun tu? ❞
Taeyong mengerutkan dahi.
❝ tak adalah sampai macam tu. Soalan tu masuk akal sikit tak boleh ke? ❞ ujar Taeyong. Pipi Jisoo kemudian dicubit.
Seperti tersedar, Taeyong terus melepaskan cubitan pada pipi Jisoo. ❝ opps, sorry. Tak sengaja ❞ kata Taeyong.
Jisoo tersenyum nipis. Dia menggelengkan kepalanya. ❝ it's okay ❞
Perbuatan Taeyong tadi membuatkan Jisoo teringatkan tentang Baekhyun. Dia rindu dengan lelaki tersebut. Dalam hati, dia menangis sendirian.
°•°•°
Tbc
YOU ARE READING
[C] The Truth Behind | Baekhyun
FanfictionPercintaan hanya di hadapan kamera. Love story between an idol and a bachelor. ❝ It is a fake relationship. But They fall in love with each other ❞ •byun baekhyun ft kim jisoo start: 29.3.20 end:...