1 6

373 43 2
                                    


❝ kita berada di Dongdaemun Night Market ❞ ujar Baekhyun secara tiba-tiba.

Baekhyun melihat wajah Jisoo yang berada di sebelahnya. Jisoo sudah memakai topeng berwarna hitam serta topi memandangkan dia tidak mahu sesiapa mengecam dirinya.

Baekhyun memegang erat tangan Jisoo. Jisoo terkedu. Lalu wajahnya diangkat untuk melihat Baekhyun. ❝ kajja ❞ teruja sahaja Baekhyun berkata. Baekhyun mula melangkah ke hadapan diikuti dengan Jisoo.

Kaki Baekhyun berhenti melangkah apabila tiba di sebuah gerai yang menjual ttobokki.

❝ ahjumma. Saya nak satu ttobokki pedas ❞ kata Baekhyun. Ahjumma pemilik gerai ttobokki ini menyiapkan pesanan daripada Baekhyun.

Kemudian, ahjumma tersebut memberikan sepinggan ttobokki pedas kepada Baekhyun. Baekhyun memberikan wang kepada ahjumma tersebut.

Satu suapan ttobokki selamat masuk ke dalam mulut Baekhyun. ❝ aaaaa ❞ arah Baekhyun kepada Jisoo.

Jisoo mengangakan mulutnya lalu satu ttobokki pedas selamat masuk ke dalam mulutnya. ❝ sedapnya ❞ kata Jisoo sebaik sahaja ttobokki tersebut berjaya ditelannya.

Baekhyun memberikan sepinggan ttobokki tersebut kepada Jisoo. ❝ tolong pegang kejap ❞ arah Baekhyun. Jisoo menyambut pinggan tersebut.

Baekhyun kemudian mengeluarkan telefon pintar daripada poketnya. Aplikasi kamera dibuka.

Kamera dihadapankan ke arahnya dan Jisoo. Kemudian, dia berswafoto bersama Jisoo.

Berbagai-bagai gaya yang ditunjukkan oleh Jisoo. Termasuklah dia memasukkan sepotong ttobokki ke dalam mulutnya.

Selesai bergambar, Baekhyun menghulurkan telefonnya kepada Jisoo. Jisoo hanya melihat telefon yang dihulurkan kepada Baekhyun.

Dia pelik. Takkan Baekhyun mahu memberikan telefonnya sendiri kepada Jisoo?

your number. Senang kita nak berkomunikasi nanti ❞ terang Baekhyun.

Jisoo faham dengan niat Baekhyun itu.

Dia terus mengambil telefon Baekhyun lalu menyimpan nombor telefonnya di dalam telefon Baekhyun. Kemudian telefon tersebut diserahkan kembali kepada Baekhyun.

Baekhyun merenung wajah Jisoo. ❝ nice to be with you again, Kim Jisoo shii ❞ kata Baekhyun perlahan. Hanya sekadar dirinya sahaja yang mendengar.










°•°•°











❝ perlu ke Baek bercinta dengan penyanyi idola itu? ❞ soal Tuan Byun sebaik sahaja Baekhyun melangkahkan kakinya ke dalam rumah.

Baekhyun berdecit apabila mendengar soalan diutarakan oleh papanya. Sebab inilah, dia jarang pulang ke rumah ibu bapanya.

Papanya terlalu mengongkong dirinya untuk melakukan sesuatu. Termasuklah hubungan peribadinya.

pa, itu sekadar hubungan palsu. Untuk naikkan prestasi syarikat kita juga. ❞ balas Baekhyun.

❝ putus dengan dia ❞ kata Tuan Byun

Baekhyun tidak terkejut dengan arahan tersebut malah dia merenung muka papanya dengan tajam.

i know you already fall in love with her. And I don't like it. Papa dah ada calon menantu papa sendiri ❞ tegas sahaja Tuan Byun berkata.

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now