4 0

251 30 0
                                    

Keesokkannya

Jisoo membuka matanya secara perlahan-lahan. Terik matahari menyinari matanya. Badannya dikalihkan membelakangi matahari.

Kemudian, tangannya mencapai telefon pintar yang berada di sebelahnya. Skrin telefon dihidupkan.

You have 1 unread message from baekhyunn

Jisoo segera membuka mesej daripada Baekhyun.

Baekhyunnn
+ Good morning sayang!
+ Maaf saya terpaksa pulang ke Seoul terlebih dahulu.
+ Ada perkara mustahak yang perlu saya selesaikan.
+ Love you😘

Jisoo tersenyum gembira membaca mesej tersebut. Jari jemarinya mula menaip.

You
+ Love you too😘

Jisoo tersentak apabila mesej tersebut dihantar. Secara tiba-tiba perasaan malu mula menguasai dirinya. Mukanya ditekupkan pada bantal.

Ting!

Jisoo membuka telefonnya kembali. Mesej daripada Baekhyun.

baekhyunnn
+ ♥️

Jisoo menjerit dalam hati. Balasan mesej daripada Baekhyun itu benar-benar membuatkan dia berasa teruja!

°•°•°

oppa tak makan ke?❞ soal Jisoo kepada pengurusnya.

Sejak dari tadi, dia asyik memerhati gelagat pengurusnya yang agak tidak senang duduk atau dalam erti kata lain gelisah.

Pengurus Kim memandang Jisoo dengan pandangan takut-takut. Lelaki itu kemudian melihat pengawal peribadi yang sedang duduk di sebelah Jisoo.

Isyarat mata diberikan kepada pengawal peribadi tersebut.

Jisoo mengerutkan dahi melihat perbuatan pengurus dan pengawal peribadinya. Perbuatan mereka pada hari ini teramatlah pelik.

Sudu dan penyepit yang berada di tangannya diletakkan di tepi. Mulutnya kemudian dilap dengan tisu.

Jisoo menyandarkan badannya pada kerusi. Dia memeluk tubuhnya.

now tell me what had happens? ❞ ujar Jisoo. Dia perlu tahu perkara yang menganggu fikiran kedua-dua lelaki ini.

Pengurus Kim memberikan isyarat mata kepada pengawal peribadi Jisoo iaitu Encik Choi agar menjawab pertanyaan Jisoo itu. Namun, hanya gelengan sahaja yang diberikan oleh lelaki itu.

Satu keluhan kecil terlepas di bibir Jisoo. ❝ kenapa ni oppa? ❞ soal Jisoo lagi.

Pengurus Kim agak gelisah untuk memberitahu perkara ‘rahsia’ itu kepada Jisoo. Dia risau jika gadis itu berasa takut selepas mengetahui perkara itu.

❝ CEO Hwang ada sesuatu nak beritahu Jisoo bila Jisoo balik nanti. ❞ ujar Pengurus  Kim. Dia mengambil pendekatan untuk merahsiakan perkara tersebut. Sebaliknya, dia memberitahu perkara yang sudah sedia maklum diketahui oleh Jisoo.

Jisoo tersenyum. ❝ oh. Pasal benda itu, Jisoo dah tahu. ❞ balas Jisoo.

Pengurus Kim tersenyum hambar. Biarlah Jisoo tidak mengetahui tentang perkara rahsia tersebut. Dia beranggapan lebih baik jika Jisoo tidak tahu.

Manakala pengawal Choi menunjukkan muka risaunya.

Malam tadi, semasa Baekhyun dan Jisoo melakukan penggambaran, dia dan pengurus Kim terlihat kelibat seorang lelaki yang berpakaian serba hitam merenung Jisoo tajam. Gerak geri lelaki tersebut juga agak mencurigakan kerana pandangan matanya asyik mata Jisoo. Seperti dia ingin melakukan sesuatu kepada Jisoo.

Dalam erti kata lain, lelaki itu seperti stalker atau sasaeng fan Jisoo.

Sekarang, pengawal Choi perlu memperketatkan lagi kawalan di sekeliling Jisoo.

°•°•°

Jisoo memakai kaca mata hitamnya sebaik sahaja dia tiba di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Seoul.

Dia mengukirkan senyuman manis kepada peminat-peminatnya yang  menyambut ketibaan dirinya.

Tangannya dilambaikan kepada peminat-peminatnya.

Di satu sudut yang lain, terdapat seorang lelaki yang berpakaian hitam, berkaca hitam serta bertopi hitam sedang memerhatikan Jisoo.

Senyuman diukirkan di bibir lelaki itu. ❝ you always mine, Kim Jisoo shii ❞ ucapnya perlahan. Kemudian dia mula beredar dari situ.

°•°•°

Tbc

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now