4 4

248 32 0
                                    


Jennie, Lisa dan Rose takut-takut memandang Jisoo apabila melihat Jisoo pergi ke dapur. Jennie dan Rose sudah mengetahui pengumuman yang dibuat oleh Baekhyun daripada Lisa.

Mereka berdua agak terkejut dengan perkara yang disampaikan oleh Lisa sehingga terkeluar kata-kata cacian daripada mulut mereka khas untuk Baekhyun.

Selang beberapa minit, Jisoo kembali semula ke dalam biliknya tanpa menghiraukan Jennie, Lisa dan juga Rose.

Mereka bertiga masing-masing takut ketika Jisoo marah. Ini kerana macam terdapat aura negatif di sekeliling Jisoo yang menyebabkan mereka bertiga takut akan gadis itu.

Jisoo menghidupkan skrin telefonnya. Aplikasi twitter dibuka.

Namanya dan Baekhyun menjadi trending. Dia terus keluar daripada aplikasi tersebut.

Dia malas mahu membaca reaksi netizen terhadap pengumuman yang disampaikan oleh Baekhyun.

Biarlah dia menjadi katak di bawah tempurung daripada hatinya sakit membaca komen-komen daripada masyarakat.

Secara tiba-tiba dia teringat kata-kata yang disampaikan oleh CEO Hwang tempoh hari

dapatkan rehat yang cukup. Dan kalau perlu, awak nak pergi berjumpa dengan kakak awak yang duduk di luar negara, pun tak apa. Saya benarkan

Jisoo bangun dari pembaringannya. Kemudian dia mengambil sebuah beg sandang yang berada di dalam almarinya.

Beberapa helai pakaian dan barang-barang peribadi dimasukkan ke dalam beg tersebut. Setelah itu, telefonnya dicapai. Nombor seseorang didail.

hello, pengurus Kim. Tolong belikan saya tiket penerbangan ke Perancis malam ini ❞ arah Jisoo.

Dia bertekad mahu pergi ke rumah kakaknya yang terletak di Perancis. Dia mahu menenangkan fikiran yang tengah kusut ini.

°•°•°

Tok! Tok! Tok!

Kedengaran pintu rumah milik Blackpink diketuk daripada luar. Jennie bergerak ke pintu utama. Matanya melihat gerangan yang mengetuk pintu tersebut melalui lubang yang terdapat pada pintu.

Kemudian, dia membuka pintu rumah setelah mengenal pasti identiti individu tersebut.

❝ pengurus Kim dengan pengawal Choi buat apa di sini? ❞ soal Jennie pelik. Setahunya dia dan ahli Blackpink yang lain tidak mempunyai sebarang acara penting yang memerlukan pengawasan daripada mereka berdua pada malam ini.

Belum sempat pengurus Kim dan pengawal Choi menjawab pertanyaan daripada Jennie, muka Jisoo tersembul di muka pintu biliknya. Dia melangkah ke arah pintu utama di mana Jennie, Pengurus Kim dan Pengawal Choi berada.

Jisoo memakai sebuah topi hitam, cermin mata hitam serta membawa beg galas di bahunya.

Ini membuatkan Jennie bertambah pelik. ❝ unnie nak pergi mana? ❞ soal Jennie. Dia memegang lengan Jisoo untuk menghalang gadis itu daripada pergi. Tetapi Jisoo menepisnya.

Dia segera keluar daripada rumah tersebut diiringi dengan Pengawal Choi dan meninggalkan Pengurus Kim di belakang.

oppa, Jisoo nak ke mana? ❞ soal Jennie risau.

Pengurus Kim melepaskan keluhan kecil. ❝ Perancis ❞ jawab Pengurus Kim pendek.

❝ Perancis? Buat apa kat sana? ❞ soal Jennie lagi.

oppa rasa dia nak tenangkan fikiran atas semua perkara yang dah berlaku. And I think she need some rest too

°•°•°

Airport-

Jisoo tunggu sini, oppa nak pergi beli air sekejap ❞ arah Pengurus Kim. Dia meninggalkan Jisoo sendirian di tempat sebuah tempat duduk.

Beg galas milik Jisoo sudah didaftarkan. Kini tinggal pengumuman daripada pihak lapangan terbang untuk memanggil penumpang menaiki kenderaan itu.

Pengurus Kim dan Pengawal Choi tidak mengikuti dirinya ke Perancis. Mereka berdua hanya menemani dirinya sahaja atas arahan CEO Hwang.

Jisoo mengeluh. Topi yang berada di atas kepalanya dibuka. Dia agak rimas dan panas apabila terpaksa memakai topi tersebut buat masa yang lama. Rambutnya kemudiam dibetulkan.

Nasib baiklah pada ketika ini lapangan terbang antarabangsa Seoul tidak mempunyai ramai orang kerana waktu malam. Kalau tidak, tentu sahaja dirinya sudah diserbu oleh peminat-peminatnya.

Jisoo mengeluarkan telefon daripada kocek seluarnya.

Terdapat beberapa mesej daripada nombor yang tidak dikenali.

Unknown
+ Jisooyaa kenapa awak perlu merana dengan lelaki seperti Baekhyun itu?
+ Saya akan pastikan dia akan merana sebagaimana awak merana sekarang ini.
+ And one more thing...
+ Please don't cry
+ Saya sakit kalau awak sakit
+ Kalau perlu, saya akan bunuh lelaki itu
+ Biar dia tahu awak sedang terseksa
+ Hahahahahaha

Jisoo cepat-cepat menutup skrin telefonnya. Kemudian, matanya diliarkan di sekeliling lapangan terbang itu. Tetapi tiada langsung individu yang mencurigakan di situ.

Drtt!

Jisoo kembali membuka telefonnya. Ianya mesej daripada orang yang sama! Darah mula berderau di muka Jisoo.

Unknown
+ Are you looking for me darling?

Tangan Jisoo terketar-ketar apabila membaca mesej tersebut. Peluh dingin mula menitik di dahinya.

Unknown
+ Okay, I will let you see me

Jisoo menutup kedua-dua matanya sebaik sahaja membaca mesej tersebut. Matanya dicelikkan.

Dengan berani, matanya diliarkan sekali lagi di sekeliling lapangan terbang itu.

Tetapi kali ini, matanya tertacap pada seseorang yang berada di penjuru dengan berpakaian serba hitam serta topeng di mukanya.

Jisoo memandang individu tersebut lama sehingga ditegur oleh Pengurus Kim. ❝ Jisoo tengok apa tu? ❞ soal Pengurus Kim.

Jisoo mengalihkan pandangannya kepada pengurus Kim. Dia kemudian menggelengkan kepalanya.

Setelah itu, matanya dipalingkan semula di tempat individu misteri itu berada. Tetapi individu misteri itu terus hilang. Jisoo segera melihat Pengurus Kim lagi.

Lelaki itu menghulurkan air kepada Jisoo. Jisoo menyambut huluran air tersebut dan tersenyum.

gomawo oppa

D

rtt!

Unknown
+ See you again, darling

°•°•°

Tbc

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now