3 9

234 29 0
                                    


And cut! ❞ jerit Penerbit Bang. Semua kru-kru penggambaran menepuk tangan dan mengucapkan tahniah kepada diri mereka masing-masing.

Jisoo terpinga-pinga dengan keadaan ini. Muka Baekhyun dilihat untuk meminta penjelasan.

Baekhyun melihat muka Jisoo. Dia faham dengan riak wajah Jisoo itu. ❝ that's the last scene for our love story. Maaf sebab tak beritahu you awal-awal. Penerbit Bang tiba-tiba cakap kat I tadi. And I pun terkejut ❞ terang Baekhyun. Dia kemudian menarik lengan Jisoo menuju ke sebuah meja.

Kerusi untuk Jisoo ditarik sedikit lalu Jisoo melabuhkan punggung di atas kerusi tersebut. Manakala Baekhyun duduk bertentangan dengan Jisoo.

Kru-kru penggambaran mula mengambil tempat duduk mereka. Setelah itu, makanan mula dihidangkan di atas meja.

Jisoo melihat keadaan sekeliling. Dahinya dikerutkan apabila restoran ini dipenuhi dengan kru-kru penggambaran rancangan realiti ini sahaja tanpa kehadiran orang lain.

you tempah satu restoran ini ke? ❞ soal Jisoo menginginkan kepastian.

Baekhyun mengangguk. Manakala mata Jisoo mula terbuntang.

Pasti harga tempahan restoran ini mahal. Lihat sahaja pada dekorasi dan perabot di restoran ini semuanya mewah-mewah belaka. Ini belum dikira lagi dengan harga makanannya. Boleh cekik darah!

❝ tak mahal ke? ❞ ujar Jisoo perlahan hanya sekadar Baekhyun yang mendengar.

Lelaki itu menggeleng.

Sepotong chicken chop yang dipotongnya sebentar tadi disuakan pada mulut Jisoo. Jisoo memakan potongan kecil ayam tersebut.

❝ tak rasa membazir ke? ❞ soal Jisoo lagi. Manakala jawapan Baekhyun tetap sama. Dia menggelengkan kepalanya.

❝ Baek— ❞

you cakap lagi, I cium you ❞ ujar Baekhyun sebagai amaran.

Jisoo mencebik. Itu pun nak ugut.

Dia mencapai sudu dan garfu lalu menikmati hidangan yang berada di hadapan mata.

°•°•°

❝ terima kasih kepada semua yang bekerjasama semasa penggambaran ini berlangsung. Saya juga mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Baekhyun dan Cik Jisoo kerana sudi menerima tawaran daripada syarikat penerbitan kami ❞ ujar Penerbit Bang. Badannya ditundukkan sebagai tanda terima kasih. Kemudian dia mengukirkan senyuman lalu beredar dari restoran bersama-sama kru yang lain untuk ke bilik mereka.

Baekhyun merenung Jisoo manakala Jisoo merenung Baekhyun. Kemudian, Baekhyun bangun dari duduknya.

Dia menghulurkan tangannya kepada Jisoo. ❝ jom ke pantai ❞ kata Baekhyun. Jisoo menyambut huluran tangan Baekhyun. Lalu mereka berdua beriringan ke pantai.

Baekhyun melabuhkan punggung di atas pasir pantai. Begitu juga dengan Jisoo. Jisoo melentokkan kepalanya pada bahu Baekhyun.

Mata lelaki itu melihat pemandangan langit malam yang dipenuhi dengan bintang.

❝ sekarang penggambaran kita dah berakhir. Bila pulang ke Seoul nanti, boleh ke kita berjumpa selalu? ❞ soal Jisoo.

Baekhyun melepaskan keluhan kecil. ❝ if we can't, I akan cari cara untuk berjumpa dengan you walau apa cara sekalipun ❞ balas Baekhyun.

Kepalanya ditolehkan melihat Jisoo. Jisoo menjauhkan kepalanya dari bahu Baekhyun. Wajahnya dipalingkan melihat muka lelaki itu.

Bibir Baekhyun dilabuhkan pada dahi milik Jisoo.

Jisoo menutup matanya.

Dia berasa tenang setiap kali Baekhyun mencium dahinya. Dia mahu momen ini kekal buat selama-lamanya.

°•°•°

Tbc

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now