Sesi rakaman kembali berlangsung. Kali ini, pelayan restoran menghidangkan dessert kepada Baekhyun dan juga Jisoo.Sepotong strawberry cheese cake. Jisoo kelihatan amat teruja sekali apabila kek tersebut dihidangkan.
Dengan sepantas kilat dia terus menyuap sesudu kek tersebut ke dalam mulutnya. Matanya terpejam-pejam, menikmati keenakan kek tersebut.
❝ you tak makan ke? ❞ soal Jisoo. Dia perasan yang Baekhyun langsung tidak menjamah kek tersebut.
Baekhyun menggelengkan kepalanya. ❝ tengok you makan pun dah buat I kenyang. Lagipun, I tak suka makanan manis. Tak baik untuk kesihatan ❞ balas Baekhyun.
Jisoo mencebik. Menyampah mendengar alasan yang keluar daripada mulut Baekhyun itu. Cliche' sangat.
Setelah itu, Jisoo kembali makan kek tersebut sehingga suapan yang terakhir. Mulutnya kemudian dilap.
Secara tiba-tiba Baekhyun mengeluarkan sesuatu daripada beg yang dibawa. Ianya sebuah kotak yang bersaiz kecil yang tertulis tiffany & co di atasnya
Kotak tersebut diberikan kepada Jisoo. Jisoo mengerutkan dahinya. Dia pelik. Biasanya kotak sebesar ini, hanya mampu memuatkan sebutir cincin. Tidak mungkin Baekhyun mahu melamar dirinya?
Jisoo menolak andaian yang difirkan olehnya ke tepi. Tangannya tetap mengambil kotak pemberian Baekhyun.
❝ bukalah ❞ arah Baekhyun. Lembut sahaja suara ketika berbicara. Matanya juga sedari tadi asyik melihat perilaku Jisoo.
Kemudian, Jisoo membuka kotak tersebut secara perlahan-lahan.
Jisoo menekup mulutnya apabila melihat isi di dalam kotak tersebut. Ianya adalah seutas rantai leher.
❝ Baek, cantiknya rantai ni ❞ ujar Jisoo teruja. Baekhyun tersenyum apabila melihat muka Jisoo yang gembira itu.
❝ you nak pakai sekarang? ❞ soal Baekhyun. Jisoo menganggukkan kepalanya.
Baekhyun bangun dari duduknya. Kemudian rantai tersebut dipakaikan pada leher Jisoo.
❝ you nak tahu tak kenapa I pilih rantai tu? ❞ soal Baekhyun lagi.
❝ sebab rantai tu ada kunci. Itu bermakna I dah kunci hati you daripada jatuh cinta kepada lelaki lain ❞ tutur Baekhyun.
Dia kembali kepada tempat duduknya semula. Matanya tetap menatap perilaku Jisoo yang sedang asyik menyentuh rantai yang berada di lehernya.
❝ you gembira? ❞
❝ thank you, Hyun ❞ kata Jisoo.
Senyuman masih menghiasi wajahnya.
Mata Baekhyun terkelip-kelip apabila Jisoo memanggilnya sebagai 'Hyun'. Tidak pernah lagi seseorang memanggil dirinya sebagai 'Hyun'. Selalunya orang akan memanggil dirinya sebagai 'Mr.Byun', 'Baekhyun' dan 'Baek'. Jisoo adalah yang pertama memanggilnya sebegitu.
❝ I love you ❞ kata Jisoo. Manakala Baekhyun pula terkedu.
°•°•°
❝ terima kasih untuk penggambaran hari ini. Esok kita akan buat penggambaran di taman tema ❞ kata Penerbit Bang. Kru-kru produksi yang lain sedang mengemas barang-barang yang digunakan oleh mereka sewaktu penggambaran tadi.
Jisoo dan Baekhyun mengangguk tanda faham. ❝ kalau kamu berdua ada apa-apa masalah, boleh telefon atau mesej saya. Saya pergi dulu. Selamat malam ❞ kata Penerbit Bang lagi. Kemudian, dia mulai beredar dari situ bersama-sama kru produksi.
Manakala Baekhyun dan Jisoo berjalan beriringan ke kereta Baekhyun. Mereka berdua masuk ke dalam kereta.
Baekhyum menghidupkan enjin dan penghawa dingin. Kemudian, keretanya mulai bergerak meninggalkan restoran.
❝ mana you dapat keberanian untuk ucap perkataan tadi? ❞ soal Baekhyun tiba-tiba.
Jisoo terdiam. Dia sebenarnya agak malu untuk berbual dengan Baekhyun selepas menuturkan ayat tadi.
Entahlah. Dia pun tidak tahu bagaimana ayat tersebut meluncur keluar daripada mulutnya.
❝ entahlah. I pun tak tahu ❞ jawab Jisoo. Baekhyun menolehkan kepalanya memandang Jisoo. Kemudian matanya kembali fokus kepada pemanduannya.
❝ I nak bawa you pergi suatu tempat ni sekarang ni. You nak ikut atau nak balik? ❞
❝ I nak ikut ❞
°•°•°
Tbc
YOU ARE READING
[C] The Truth Behind | Baekhyun
FanfictionPercintaan hanya di hadapan kamera. Love story between an idol and a bachelor. ❝ It is a fake relationship. But They fall in love with each other ❞ •byun baekhyun ft kim jisoo start: 29.3.20 end:...