Special PartTok! Tok! Tok!
Dengan perasaan malas Rose bangun dari duduknya dan menuju ke pintu utama. ❝ nuguseyo? ❞ soal Rose sambil tangannya membuka pintu.
Individu yang mengetuk pintu rumah itu tersengih. Manakala Rose sudah membulatkan matanya.
Dia terus mendakap tubuh individu tersebut dengan kadar segera. ❝ ommo, Jisoo unnie! ❞
❝ unnie tahu tak Chaeng rindu sangat dengan unnie ❞ kata Rose. Kedua-dua pipi milik Jisoo ditekup. Dia mahu melihat muka unnienya selama mana yang mungkin.
Nak melepaskan rindulah katakan.
❝ unnie apa bisi— eh Jisoo unnie? ❞
Kali ini giliran Lisa pula memeluk Jisoo. Jisoo hanya tersenyum dengan gelagat Rose dan Lisa ini.
❝ Lisa rindu unnie ❞ adu Lisa. Bibirnya dimuncungkan. Jisoo mengusap rambut Lisa. ❝ unnie pun rindu korang ❞ ujar Jisoo.
Rose dan Lisa menjemput Jisoo masuk ke dalam dorm mereka. Jisoo melabuhkan punggung di atas sofa. Matanya meliar memerhatikan rumah yang pernah dia duduki dahulu.
Banyak perubahan yang telah berlaku di rumah ini memandangkan sudah tiga tahun berlalu.
❝ btw mana Jennie?❞ soal Jisoo. Matanya kemudian mencari kelibat Jennie memandangkan anjing peliharaan gadis itu berada di atas pangkuan Lisa.
❝ jennie unnie dalam bilik— ha panjang umur. Baru sebut nama dia, dia dah datang ❞ kata Rose.
Jennie menenyeh kedua-dua belah matanya. Dia baru sahaja bangkit daripada tidurnya. Jadi dia masih mamai.
Jisoo bangun dari duduknya. Tubuh Jennie terus didakap. ❝ Jendeukie ❞
❝ jisoo unnie? ❞
°•°•°
❝ nah! ❞ kata Jisoo sambil memberikan sebuah sampul kepada Jennie, Rose dan Lisa. Mereka bertiga masing-masing menyambut pemberian sampul itu.
❝ sampul apa ni unnie? ❞ soal Lisa sambil membuka sampul tersebut. Terdapat sebuah kad di dalamnya.
❝ kad undangan ke perkahwinan unnie ❞
❝ hah! ❞ jerit Jennie, Rose dan Lisa serentak. Mata mereka masing-masing terbeliak. Mereka terperanjat dengan ayat penyata yang dikatakan oleh Jisoo.
Yelah siapa je yang tak terperanjat?
Tiga tahun lepas Jisoo keluar daripada YG dan BLACKPINK.Selama tiga tahun gadis itu lesap dan tidak boleh dihubungi. Alih-alih balik ke Korea, terbitkan buku berdasarkan kisah cintanya dan secara tiba-tiba unnienya ini mahu berkahwin. Tak ke pelik?
❝ but with who? ❞
❝ Baekhyun ❞
Jawapan daripada Jisoo lebih membuatkan Jennie,Rose dan Lisa lebih terperanjat. Kejutan demi kejutan diberikan oleh Jisoo hari ini kepada mereka bertiga.
Jisoo tergelak melihat reaksi Jennie, Rose dan Lisa. Dah macam dia baru buat pengakuan yang dia telah bunuh orang.
❝ kenapa bagi reaksi macam tu? I love him and he loves me. Jadi apa masalahnya? Nothing wrong ❞
❝ but how can you meet him? I j— ❞
❝ dia datang ke acara tandatangan buku unnie. And I never expected that ❞ beritahu Jisoo. Matanya kemudian melihat wajah Jennie, Rose dan Lisa satu persatu.
Secara tiba-tiba Rose tersenyum. ❝ baguslah unnie kahwin dengan dia. Lepas je berita unnie keluar daripada BLACKPINK tersebar, dia terus datang ke sini cari unnie. Dahlah waktu tu kitaorang tengah buat siaran Vlive. Muka Baekhyun tu risau sangat waktu tu. Hari-hari tanya tentang unnie. Padahal kitaorang pun tak tahu unnie ke mana waktu tu. Esoknya kejadian tu menjadi topik hangat dan viral selama beberapa hari ❞ cerita Jennie tenang.
❝ perkahwinan dia dengan Irene pun terbatal bila berita tu tersebar. Dia sanggup buat sidang media sebab nak terangkan status hubungan dia dengan unnie. He told that he really loves you. Selama beberapa hari jugalah, dia asyik kena serbu dengan wartawan. Sampai satu tahap, dia terpaksa mengupah pengawal peribadi untuk melindunginya daripada wartawan-wartawan tersebut. ❞ cerita Rose pula.
Jisoo hanya tersenyum.❝ because I'm his first love ❞
°•°•°
Baekhyun merenung wajah Jisoo yang sedang nyenyak tidur itu. Wajahnya begitu polos. Serupa macam bayi!Baekhyun tersenyum. Semalam telah berlangsungnya majlis perkahwinan antara mereka berdua.
Idea nakal mula timbul di fikiran Baekhyun. Jarinya mula bergerak menekan-nekan pipi Jisoo.
Jisoo merengek.
Kemudian tangannya bermain dengan rambut Jisoo pula.
Jisoo merengek lagi. Kali ini selimutnya ditarik agar menyelubungi dirinya. Tetapi matanya kekal ditutup.
Baekhyun menekup mulutnya untuk menahan ketawa daripada meletus.
Setelah beberapa saat, ketawa Baekhyun meletus juga. Jisoo menolak selimut. Wajah Baekhyun dipandang dengan matanya yang masih kuyu. Dia masih mengantuk.
Jisoo tersenyum. Badannya digulingkan agar masuk ke dalam dakapan Baekhyun. Tubuh lelaki itu dipeluk.
❝ wake up princess. Tengah hari nanti kita ada majlis resepsi. You kena bersiap awal. Nak pakai mekap lagi. Kan ambil masa lama. I takut you tak sempat bersiap ❞
❝ hmmm. Give me five more minutes ❞ kata Jisoo. Kemudian dengkuran halus mula kedengaran.
Baekhyun tersenyum melihat kelakuan isterinya ini. Comel dan lucu.
Tangannya bergerak menyentuh rambut Jisoo. Rambut gadis itu diusapnya. ❝ I never expected I will married you. I taught it is just a puppy love. But my heart can't stop beating fast everytime I see you. Then I realize that you are my first love ❞
❝ I love you Kim Jisoo. You are my first and last. Only you have a place in my heart. Forever my love ❞
°•°•°
The end.
Hueheueheuehe
Tenkiu kepada semua pembaca yang sudi menyokong cerita ni.
I really appreciate it😘See you in my next story.
See you later.
Maybe Never?Bye!
✌️
YOU ARE READING
[C] The Truth Behind | Baekhyun
FanfictionPercintaan hanya di hadapan kamera. Love story between an idol and a bachelor. ❝ It is a fake relationship. But They fall in love with each other ❞ •byun baekhyun ft kim jisoo start: 29.3.20 end:...