Selepas sesi menangis sebentar tadi, Baekhyun mengarah Jisoo untuk bersiap. Dia mahu membawa Jisoo ke suatu tempat.❝ you nak bawa I pergi mana ni? ❞ soal Jisoo sebaik sahaja kereta Baekhyun mula bergerak.
Namun tiada langsung jawapan yang keluar daripada mulut Baekhyun. Lelaki itu bertindak untuk mengunci mulutnya.
Baekhyun menekan pedal minyak dengan kuat membuatkan kereta tersebut meluncur dengan laju.
Jisoo mulai cuak. Mukanya juga pucat. Sudahlah kini malam. Gelap pula tu. Dia takut kemalangan akan terjadi sahaja.
❝ hey, slow down. Kalau kemalangan macam mana? ❞ kata Jisoo kuat. Muka Baekhyun direnung.
❝ B-Baek? ❞
Baekhyun segera memberhentikan keretnya di tepi jalan. Kepalanya diletakkan di atas stereng buat seketika.
❝ hey, you okay tak ni? ❞ soal Jisoo prihatin. Bahu milik Baekhyun disentuh perlahan.
Baekhyun mengangkat kepalanya lalu memandang Jisoo. Tangan milik Jisoo mula digenggam erat. Kemudian dibawanya tangan tersebut ke bibirnya.
❝ you buat I risau. Banyak benda I fikirkan tentang you seperti you bunuh diri sebab tak tahan dengan kritikan netizen. Tak pun you makan pil tidu- ❞
❝ shh ❞ potong Jisoo. Jari telunjuknya diletakkan pada bibir Baekhyun.
❝ I tak buat pun semua benda tu ❞ lembut sahaja Jisoo berbicara. Dia tersenyum.
❝ jangan senyum. I tak suka ❞ ujar Baekhyun. Dia merenung tajam wajah Jisoo.
❝ lain kali jangan buat benda yang merisaukan I . kalau I call, you kena angkat.❞ bebel Baekhyun.
Jisoo tersenyum mendengar bebelan Baekhyun. Tidak pernah lagi seseorang membebel kepadanya kerana dia berkurung di dalam bilik selama seharian.
Baekhyun adalah orang yang pertama.
Dan ini membuatkan Jisoo rasa sesuatu. Sesuatu yang agak sukar untuk ditafsir melalui kata-kata.
Adakah Baekhyun merasai perkara yang sama juga? Atau adakah dia sahaja yang merasai perkara ini?
Perasaan ketika jatuh cinta.
°•°•°
❝ you tak kata pun yang kita nak pergi makan ❞ soal Jisoo sebaik sahaja Baekhyun memberhentikan keretanya di hadapan sebuah restoran mewah.
Baekhyun tersenyum. Dia mematikan enjin kereta lalu keluar daripada keretanya.
Pintu keretanya ditutup. Kemudian, dia bergerak ke pintu sebelah dan membukakan pintu kereta untuk Jisoo. Tetapi Jisoo tidak keluar daripada keretanya.
❝ takkanlah I nak kena cakap kat you tempat yang kita tuju ❞ Baekhyun menjongketkan keningnya. Manakala Jisoo memuncungkan bibirnya.
❝ you kenalah cakap. Dahlah nak makan kat tempat mewah. I pula pakai baju t-shirt je. Buruk tahu tak? ❞ adu Jisoo.
Baekhyun tergelak mendengar kata-kata Jisoo.
Kedengaran agak lawak baginya.
❝ kenapa you gelak?! ❞
❝ you dah cantik. Orang cantik kalau pakai baju apa pun tetap cantik ❞ puji Baekhyun.
YOU ARE READING
[C] The Truth Behind | Baekhyun
FanfictionPercintaan hanya di hadapan kamera. Love story between an idol and a bachelor. ❝ It is a fake relationship. But They fall in love with each other ❞ •byun baekhyun ft kim jisoo start: 29.3.20 end:...