1 3

377 50 0
                                    

Airport-

Sejak dari tadi, Jisoo cuba untuk menenangkan hatinya yang sedang gelisah ini.

Kadang kala, jam yang berada di pergelangan tangannya dilihat.

Dia sebenarnya agak gementar untuk bertemu dengan Baekhyun memandangkan hampir satu minggu mereka tidak bersua muka.

Jisoo kemudian melihat keadaan sekitarnya, beberapa orang kru produksi sedang bersiap sedia untuk merakam dirinya. Terdapat juga segelintir orang menumpukan perhatian kepada dirinya.

jisoo shii. Anda okay? ❞ tanya Penerbit Bang. Jisoo mengukirkan sekilas senyuman. Cuba untuk menampakkan bahawa dirinya dalam keadaan baik-baik sahaja.

❝ jangan panik. Just relaks. Okay?

Jisoo mengangukkan kepalanya. ❝ kapal terbang Baekhyun sudah mendarat. Saya rasa kita kena mulakan rakaman sekarang ❞ beritahu Penerbit Bang. Dia segera berdiri jauh daripada Jisoo.

Kemudian dua orang jurukamera berdiri berdekatan Jisoo dan merakam Jisoo. Jisoo mengukirkan senyuman kekok pada kamera tersebut.

Secara tiba-tiba muncul satu kelompok manusia yang keluar daripada balai ketibaan di lapangan terbang tersebut.

Jisoo terjengket-jengket untuk mencari Baekhyun. Namun batang hidung milik Baekhyun langsung tidak dijumpai.

Setelah beberapa minit, tempat tersebut mulai kosong. Jisoo melihat kamera yang berada di sebelah kanannya. Mukanya bertukar muram.

Takkan Baekhyun sengaja mahu mempermainkam dirinya? Atau lebih tepat lagi memalukan dirinya.

Jisoo mencari kelibat Penerbit Bang, namun kelibat Penerbit Bang sudah pun hilang. Mungkin Penerbit Bang sudah balik. Jisoo beranggapan.

Kini tinggal Jisoo bersama dengan dua orang jurukameranya serta beberapa orang lagi kru produksi yang sedang melihat dirinya dari jauh. Jisoo memusingkan badannya membelakangi balai ketibaan. Rasanya tidak perlu lagi dia berlama-lama di situ.

Kemudian kakinya mula melangkah untuk beredar dari situ.

Secara tiba-tiba lengannya dipegang dan tubuhnya ditarik agar masuk ke dalam pelukan seseorang. Jisoo tersentak. ❝ hey, you nak pergi mana? ❞ lembut sahaja suara tersebut bersuara.

❝ B-Baekhyun? ❞

Jisoo mengangkat mukanya untuk melihat wajah Baekhyun. Baekhyun mengukirkan senyuman.

❝ maaf sebab buat you tunggu lama ❞ kata Baekhyun lagi. Badannya dijauhkan sikit daripada Jisoo untuk memberi Jisoo ruang.

Jisoo kemudian mencebik. ❝ dah lah lambat. Lepas itu senang-senang je nak minta maaf. Ingat I ni tunggul ke? Kerja nak tunggu you je ❞ bebel Jisoo. Baekhyun menggaru keningnya.

Kemudian jari milik Baekhyun mengepit muncung Jisoo. ❝ you ni boleh tahan macam ahjumma-ahjumma juga ye? Asyik membebel je ❞ gurau Baekhyun. Dia kemudian melepaskan jarinya daripada mulut Jisoo.

Jisoo memuncungkan bibirnya. Agak sedih kerana dilabel sebagai ahjumma oleh Baekhyun.

Baekhyun segera menarik badan Jisoo ke dalam pelukannya. ❝ i'm sorry ❞ bisik Baekhyun.

you maafkan I tak? ❞ soal Baekhyun. Jisoo mendongakkan kepalanya untuk melihat Baekhyun. Kemudian dia melepaskan diri daripada pelukan Baekhyun.

❝ hmmm ❞ Jisoo meletakkan satu jari pada dagunya. Berpura-pura untuk berfikir. ❝ rasanya I tak maafkan you kot ❞ kata Jisoo separa bergurau.

Baekhyun terus mengambil keputusan drastik untuk melekapkan bibirnya pada dahi Jisoo.

Jisoo terkedu dengan perbuatan Baekhyun.

Secara tiba-tiba ada satu perasaan halus terdetik di hati Jisoo mengatakan semua perbuatan Baekhyun ini adalah ikhlas dan bukannya palsu semata-mata.

Tetapi ini hanya tekaan hatinya sahaja kan?

•°•°•

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now