4 8

242 30 2
                                    


Jisoo merebahkan badannya di atas katil sambil tersenyum.

Berbual bersama dengan Taeyong bukanlah satu idea yang buruk. Lelaki itu pandai mengatur kata sehingga dia berasa selesa semasa berbual dengannya.

Semua masalah yang dihadapinya di Korea diceritakan kepada lelaki itu. Beban dan perasaan yang selama ini dia pendam seakan-akan mula menghilang.

Drtt!

Unknown
+ Do you blocked my number?
+ Nahh, it's okay. I have another number
+ I love to see your smile.
+ Smile more, darling

Terketar-ketar tangan Jisoo apabila membaca mesej. Mesej daripada stalker yang sama tetapi 'dia' menggunakan nombor telefon yang lain.

Jisoo ingat stalker itu sudah tidak memerhatikannya lagi. Tetapi dia silap Stalker itu masih memerhatikan dirinya.

°•°•°

Hampir semalaman Jisoo tidak dapat melelapkan matanya akibat memikirkan tentang mesej daripada stalkernya.

Pagi ini, dia terkejut apabila melihat wajahnya di cermin. Rasa mahu menangis sahaja di situ.

Eyebag nya terlampau besar. Sudah serupa panda pun ada. Sedangkan baru semalaman dia tidak tidur.

Setelah membersihkan diri dan menukar baju, Jisoo keluar dari biliknya. Dan seperti pagi semalam, Jinwoo dan Jinhyuk berada di meja makan. Tetapi pagi ini, ada pertambahan. Taeyong juga akan menyertai mereka bersarapan.

Jisoo tidak duduk di meja makan. Sebaliknya kaki dia menuju ke ruang tamu di mana kedua-dua anak buahnya berada.

Kepalanya terus diletakkan di atas paha salah seorang anak buahnya, Minsung yang asyik melihat cerita Robocar Poli. Matanya dipejam rapat.

Muka budak lelaki itu terus berkerut. ❝ ahhh, ahjumma. Beratlah ❞ adu Minsung. Jisoo memekakkan telinganya.

ahjumma tidur ❞

❝ orang tidur mana boleh bercakap ❞ balasan daripada Minsung membuatkan Jisoo bangun dari pembaringannya. Wajah anak buahnya direnung.

Pandainya dia menjawab. Belajar daripada siapa? Bisik hati Jisoo.

Manakala Minjoon pula sudah terkekek ketawa melihat gelagat abang dan mak ciknya itu.

❝ dengan budak-budak pun nak gaduh ke? ❞ potong Jiyoon. Dia bercekak pinggang apabila melihat Jisoo dan Minsung saling berbalas renungan.

❝ mana ada gaduh. Ni salah satu cara untuk merapatkan hubungan antara Jisoo dan Minsu— ❞

❝ ha, menjawab ❞ potong Jiyoon. Jisoo memuncungkan bibirnya.

unnieee ❞ panggil Jisoo meleret. Dia agak terasa juga dengan layanan Jiyoon terhadap dirinya pada pagi ini. Kakaknya seakan-akan mahu memarahi dirinya sahaja.

Jisoo segera berjalan ke arah Jiyoon. Pinggang kakaknya dipeluk. Dagunya diletakkan pada bahu Jiyoon. Mata-mata yang memerhatikan perbuatan mereka ini dibiarkan sahaja. Biarlah dia nak peluk kakaknya sendiri. Tidak salah bukan?

unnieee ❞ panggil Jisoo meleret.

Tetapi Jiyoon tidak mempedulikan panggilan tersebut.

❝ bila Jisoo nak balik Korea? Omma dah bising kat kakak sebab Jisoo tak bagitahu omma Jisoo di sini ❞ marah Jiyoon. Dia melepaskan dirinya daripada pelukan Jisoo.

Kemudian tangannya disilangkan ke dada sambil merenung wajah adik dia tajam.

❝ Jisoo balik malam ni  ❞ ujar Jisoo perlahan. Dia segera duduk di meja makan lalu bersarapan.

Dia terasa hati dengan Jiyoon.
Salah ke dia ke Perancis tanpa pengetahuan sesiapa?
Dia juga manusia yang memerlukan masa dan ruang yang tersendiri untuk berehat.

Jiyoon mengeluh.
Manakala Jinhyuk, Jinwoo dan Taeyong masing-masing dalam diam memerhatikan Jisoo.

°•°•°

Airport

8.30 p.m

❝ terima kasih sebab sudi tumpangkan rumah untuk Jisoo ❞ kata Jisoo. Dia menundukkan badannya sedikit kepada Jiyoon dan Hanju.

❝ maaf kalau menyusahkan ❞ kata Jisoo lagi. Jiyoon terus memeluk badan Jisoo.

❝ akak minta maaf. akak bukan nak halah Jisoo. I just want you to face the reality ❞ ujar Jiyoon. Jisoo menganggukkan kepalanya tanda faham.

Jiyoon mengusap rambut Jisoo. ❝ akak harap Jisoo tabah. ❞ ujar Jiyoon lagi lalu mencium pipi Jisoo.

Jisoo hanya tersenyum. Dia kemudian melangkah pergi memasuki balai pelepasan.

Dia akan pulang semula ke Korea!

°•°•°

Tbc

[C] The Truth Behind | BaekhyunWhere stories live. Discover now